Muhasabah: Setiap Yang Bernyawa Akan Merasai Mati

By Kimi Jamai - February 07, 2013

"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya"
(Surah Ali Imran 3:185)



Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui ajal.. Hari ni, kat facebook ramai orang berkongsi tentang kisah adik Ahmad Adam Syukri yg telah pergi meninggalkan ibu dan bapanya untuk bertemu dengan Allah S.W.T.  Aku mula2 xberapa tau apa sebenaqnya cerita disebalik pemergian adik ni.. Jadi aku pun cari kat google.. Dan banyak yang aku jumpa blogger berkongsi tentang kelahiran adik adam syukri serta penderitaan yang dialami adik adam syukri dan keluarganya..


"Adik Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/12 dan telah mengalami brain damaged (severe hie) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.Beliau lahir secara vacuum dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.Scan MRI pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk.Adik Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup.Adik Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adik Adam mengalami injured,begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.



Kuatnya kasih seorang ibu...

Aku doakan keluarga arwah adik adam syukri tabah dalam menghadapi ujian Allah ni.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Percayalah, besar ganjaran yang Allah janjikan kepada mereka yang redha dan sabar dalam menghadapi ujianNya... Satu lagi berita kematian yang aku dapat hari ni datang daripada kawan aku sendiri.. Kakaknya telah pulang ke Rahmatullah pada jam 3 pagi semalam... Meninggal semasa tidur..  Banyak2 bersabar yer Pujah...

Kita yang masih hidup kenalah sentiasa ingat, kematian itu pasti akan datang.. Cuma kita xtahu bila... Apa yg mampu kita buat cumalah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah S.W.T.  Gunakan umur yang masih ada ni sebaiknya.. Sebelum sampainya masa kita pulak untuk pergi.. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua mereka.. Al-Fatihah..

Assalamualaikum.

  • Share:

You Might Also Like

17 Org Buat Aku Senyum

  1. alfatihan buat almarhumah...moga adik adam juga diberi kesihatan yang lebih baik lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik adam tu dah meninggal alyn.. Baru harini.. Al-fatihah...

      Delete
  2. baru je baca kisah adik adam ni . tapi takpe . syurga tempat dia :')

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat Adik adam pasti syurga utknya di sne nnti :)

    ReplyDelete
  4. bergenang air mata dah nieyh ! yang pasti tempat arwah adik Adam kat syurga . untung meninggal masa kanak-2 . kita nie tataw la lagi . astaghfirullah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. xsanggup nak buh gambaq adik adam banyak2 kat sini.. rasa sayu..

      Delete
  5. tak pernah baca lagi pasal adik ni .. baru nak cukup setahunlah adik ni..

    tapi kalau difikir2kan balik, lebih baik dia pergi sekarang dari hidup menderita..

    ReplyDelete
  6. alfatihah...

    ibunya org yg plg dikasihi Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebak bila baca kisah masa ibu arwah jaga arwah.. Besar ganjaran untuk dia In sha Allah..

      Delete
  7. semoga mereka berada dalam kalangan org yg soleh dan solehah..InsyaAllah..

    sedih tgk baby nie..hurm..Allah lebih sayangkan dia..

    org kata kalo meninggal dalam tidur tu syahid kecil ya? untung kalo sblm tido kita mengucap dlu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) In sha Allah.. Ada dengar jugak mcm tu.. Sebab tu kalau boleh,kena mengucap dulu sebelum tido..

      Delete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D