Pengalaman: Macam Mana Nak Tau Jika Ada Jin Di Dalam Rumah Kita?

By Kimi Jamai - April 23, 2016

Assalamualaikum.
Semalam tak post entry.. Tetiba hilang mood untuk menulis kat sini. Well actually sebab semalam memang tak dak idea langsung nak tulis apa. Di tambah pulak dengan rasa malas yang luar biasa. So, kita ambik cuti sehari. Hehe.. Hari ni aku tulis dalam bahasa melayu sebab isu yang nak aku kongsikan kat sini berkait rapat dengan orang kita lah. Sebenarnya around the globe pun benda ni berlaku sahaja.. Tapi sebab aku orang Malaysia, jadi aku lihat pada skala itu lah. Seperti mana yang anda boleh baca dekat tajuk diatas sana tu "Macam Mana Nak Tau Jika Ada Jin Di Dalam Rumah Kita?", itulah yang aku nak kongsikan dengan anda semua. Aku bukan sahaja sahaja nak kongsi cerita sebab nak raih pageview ke whatever tapi benda ni recently ada berlaku dekat saudara terdekat aku. So, aku terasa nak berkongsi sedikit. So, apa yang berlaku?

Ceritanya begini, ada sepasang suami isteri yang baru pindah ke sebuah rumah di Kulim. Pada awalnya tiada apa yang berlaku kepada mereka, namun setelah beberapa bulan tinggal di rumah tersebut, si isteri mengandung. Dalam tempoh awal kandungan tersebut, si Isteri bermimpi mcm2 perkara aneh. Mimpi ular, situasi seram dan macam2 lagi. Dan Si Isteri ni terasa badan lemah-selemahnya sampai tak larat nak buat apa2 kerja. Ya, mungkin ada yang akan kata, "biasalah, perempuan mengandung memang selalu lemah", aku jugak katakan benda yang sama. Tapi dalam kes ini, si isteri hanya rasa lemah yang teramat itu, apabila berada di rumah mereka di Kulim itu. Bila mereka pulang ke rumah mertua di Sungai Petani, badan si isteri tidak selemah itu. Kebingungan, ibu si Isteri yg tinggal di Sungai Petani bawalah anak perempuannya itu bersama suami bertemu dengan seorang ustad.. Setelah di bacakan ayat ayat suci Al-Quran, Ustad itu menerangkan bahawasanya, rumah mereka di Kulim itu telah ditambat seekor "anjing" di dalamnya.  Lalu, ustad itu tanyakan pada suami isteri berkenaan, "nasi dekat rumah cepat basi tak?". Jawapan mereka YA..Maka ustad itu bertambah pasti memang ada yang tinggal disitu selain mereka. Sebenarnya si Suami dah lama perasan yang nasi di rumah mereka cepat sangat basi. Berbeza sangat dengan nasi yang dimasak di rumahnya yang lama. Sekarang baru terjawab kenapa hal itu berlaku.  

Itu adalah kisah terbaru yang aku lihat sendiri yang berlaku kepada saudara terdekat aku. Sebelum ini ada lagi cerita lain yang berlaku pada saudara terdekat juga, lebih kurang perkara yang sama namun ustad yang lain. Juga, beliau menanyakan benda yang sama, " Nasi dekat rumah cepat basi tak?". Aku pernah terbaca dekat satu artikel tentang hal ini lama dahulu, tapi aku sangat skeptikal ketika itu dan tidak percaya dengan info yang aku dapat itu. Tapi sekarang, setelah dua kali aku berhadapan sendiri dengan perihal seperti ini, memang ternyata ada betulnya apa yang aku baca dahulu. Btw, cepat basi disini pada kadar yang bagaimana kan? Berdasarkan pengalaman yg terjadi pada aku dan keluarga, kalau nasi yang anda masak basi dalam masa cuma separuh hari (12 Jam kebawah), mungkin anda boleh cuba rujuk mana2 ustad. Kerana normalnya nasi boleh tahan lebih lama dari itu jika tidak terdedah, Jadi sekarang, jika ada yang tanyakan pada aku atau ada dikalangan anda yang sedang baca blog ini mencarikan jawapan kepada soalan "Macam Mana Nak Tau Jika Ada Jin Di Dalam Rumah Kita?", aku tanya pada anda nasi kat rumah cepat basi tak? Harap info ini berguna. Harap anda semua selamat dalam lindungan Allah. Assalamualaikum.



  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D