Pengalaman: Kisah Nak Balik Raya Kami :)

By Kimi Jamai - October 25, 2012

Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Tersebutlah kisah, tiga sekawan mahu pulang ke kampung halaman.. Kampung tercinta.. Kisah ini dilakonkan 3 watak utama.. Tuan kedai kopi, Ikram(kwn tuan kedai) n nur farhana.. Selain itu, terdapat jugak watak2 sampingan seperti mak cik tukang jaga kedai runcit, cashier kedai buku 1 malaysia, Kakak jaga pintu platform, dan beberapa lagi watak sampingan..

watak2 utama.. ( the real person may look different)


Ceritanya bermula beberapa minggu sebelum tibanya tarikh 25 oktober.. Si tuan kedai kopi dan cik nur farhana meminta tolong daripada saudara ikram untuk membelikan tiket secara online (seksanya tulis bahasa baku niii)... Pastu, ikram pun tolonglah belikan tiket balik ke Sungai Petani untuk aku n farhana.. Segalanya berjalan dengan lancar..Bas Mara Liner, pukul 10.30, 25 oktober.. 




25 Oktober 2012
Aku gerak daripada Kolej 12, UPM pukul 7.30 pagi.. Naik Rapid.. Pastu Rapid tu pusingla satu Serdang ni n last2 aku sampai ke Stesen KTM Serdang lebih kurang sejam kemudian.. Pastu aku pun belilah tiket KTM ke KL Sentral.. Meanwhile, Cik Farhana tengah atas LRT dok on the way ke KL Sentral.. We plan to meet there and then go find Ikram kat Puduraya(aku selalu terbayang "budu" n berudu bila sebut puduraya..:P).. 


Lebih kurang 15 minit atas KTM, Aku pun sampailah ke KL Sentral.. N jumpalah dengan Cik Farhana kat situ... Lepas tu Cik Farhana menghulurkan seketul duit syiling plastik berwarna biru.. Aku yg berjiwa kampung n yg mmg jarang sekali jejakkan kaki ke bndar yg gah ni mmg sedikit hairan la kan? Aku pun tanya la dia, "cena nak guna menatang alah ni??".. Dia tidak membalas pertanyaan ku, dia teruskan langkahnya ke arah pintu masuk tempat menunggu LRT.. Lalu dia sentuhkan duit syiling plastik itu di atas mesin tuu.. Barulah aku tauuu, begitu rupanya gunanyaa.. ( tudiaaa! ada gaya penulis novel dak?? ada kan? kan??)... Lepas tu kami pun naik la LRT n turun kat Masjid Jamek.. Dari situ kami jalan ikut naluri jaa... Pastu bila dah rasa macam agak2 kesesatan , barulah kami tanya sorang brother ni , n dia cakap "jalan straightt jaa".. N After that , sampailah kami ke Stesen Puduraya yg sekarang dah ada nama baru..Pusat Tranformasi Bandar (if im not mistaken)




Dah sampai situ, kami pun tunggu la Ikram sampai.. A few minutes after that, we saw ikram.. Dia g amek tiket.. Pastu dia mai kat kami.. Dia bagi tiket tu kat kami.. Kami x tengok dah, terus buh dalam poket.. Pastu kami tiga pun berjejak kasih la kat situ.. Almaklumlah, dah berpuluh taun x jumpaa (puluh taun la sangatt).. kami p la Sembang2, jalan2, Tengok2 buku kat kedai buku 1 malaysia, beli keropok dan sebagainya.. 




Sedaq x sedaq dah pukul 10.20 a.m. Kami pun gerak lah ke Platform yg spatutnyaa.. Pastu akak yg jaga platform tu tnya, " nak naik bas g mana ni?".. Ikram jawab, " nak naik bas g SP".. akak tu balas balik "Bas SP baru je gerak dik".. Pastu barulah kami keluarkan tiket kami n kami tgok betul2 kat waktu perjalanan...."10.15 A.M.!!!".. Keadaan mula tegang...  Muka ikram, farhana n kakak tu agak ke-cuak-kan.. Namun aku kekal tenang (konon2 hero laa..padahai dalam hati cuak gak, xnak aku beraya kat Pudu tuu)... 


(dah hampir2 sampai klimaks cerita aku ni)

Jam 10.25 a.m..
Kami still bincang2 g ngan kakak tu, maybe ada apa2 cara yg kami boleh kami buat.. Pastu dia cakap bas yg kami dah terlepas tu akan stop kat hentian Duta at 10.45a.m...  Kami pun decide nak ligan bas tu... Ikram try call atok dia mintak tolong amek n hantar kami... 10.35, Atok Ikram x sampai lagi, kami dok risau x sempat nak ligan bas tu.. So, kami decide to just take a taxi.. 


The real taxi may be different



Driver taxi tu memecut laju macam dalam cerita K..kkk..kkk..KL Drift... N Luckily masa kami sampai  kat hentian duta tu, the bus was still there... So, kami pun naik laa... Lega n syukur yg teramat sangat sebab dapat naik bas tu maka terselamatlah kami daripada terpaksa beraya di Kota Raya Kola Lumpuq.. :) Itulah Kisah Nak Balik Raya kami bertiga.. 


Ikram           , aku,            farhana..


Macam tulah ceritanya.. Pengajarannya kat sini, tgok betul2 tiket bas yg kita dah beli.. Papepun, kami bertiga dah selamat sampai ke rumah masing2... N sedang happy ber-online dengan wifi yg lebih laju..cewah!.. So, aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin yer kwn2.. Raya dengan selamat... Jgn merempit.. ingatlah org yg tersayang... :) Anda mampu mengubahnya..

Assalamualaikum..

  • Share:

You Might Also Like

10 Org Buat Aku Senyum

  1. Fuh, panjang entry nya..tapi gigih membaca..Selamat Hari Raya Haji..

    ReplyDelete
  2. hehe..smangat..laen kali buh la gamaq aq yg latest ke, ne gamaq time aq tgh hduh..x stai la..hhaa

    ReplyDelete
  3. @ikram haha... stail la tuu.. hg nak tara mana lagi? haha

    ReplyDelete
  4. smart la teksi tuhh . balik kedah ka ?
    SALAM AIDIL ADHA :)

    ReplyDelete
  5. @Cik Wiedahaha.. teksi ferari tuu.. yep balik kedah... salam aidil adha jugak.. :)

    ReplyDelete
  6. Kalau aku mauya teriak dulu kot baru pikiaq. hoho

    ReplyDelete
  7. @Asmieza As kalau teriak alamatnya x sempat ligan la as oi.. haha

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D