Pengalaman: Kisah Aku Dan SPM..

By Kimi Jamai - November 10, 2012


Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. lama jugak dah eden x menghapdate blog ni... Dah bleh nmpak dua ekoq labah2 dok cuba nak buat sarang kat celahan2 kedai kopi ni..  Jom tolong aku sapu2 sikit habuk2 kat kedai kopi ni haa.. Wokey2, settle dah cuci2 meja kerusi dan tin susu dutch lady kat kat kedai kopi ni... Now time tu amek order... Nak minum apa? segelas ketakwaan? Secawan keimanan? or whatabout sehirup keihsanan.. hehe... ada gaya penovel islamik dak? Bukan apa, saja nak bg kita teringat bab2 takwa iman n ihsan ni.. Sebab apa? sebab aku rasa tahap takwa iman n ihsan dalam diri aku ni still rendah.. So, sama2 lah kita cuba brubah sempena maal hijrah yg nak mai ni k... 

Orait2, dah abeh mukadimah, aku pun tatau nak cerita apa kat hgpa kali ni.. haha.. Tapi dok rasa macam nak share kisah2 kat sekolah menengah dulu.. Sekarang ni kan budak2 form 5 tengah dok sibuk nak SPM, so boleh la kita lihat kat facebook tu status2 macam " Esok nak SPM!! OMGGG!" n "SPM bakal menjelma.. sayew doakan titeww berduew berjayew menempuhinyew"... Hehe.. Samalah macam masa aku nak SPM dulu... Status facebook tu dah macam nak g perang ngan tentera Zionis jaa.. Study ciput jaa.. Hehe...So, bersempena dengan SPM tahun ni, aku nak kongsi sikit kisah2 aku dengan subjek2 SPM ni... 


Kisah Aku dan Add Math



Add math ni mmg antara subjek yang paling aku "cintai"(aku harap hgpa paham kenapa aku buh "cintai" tu).. Hehe.. Ok2 xbaik kita bersikap sarcastic dengan ilmu.. so, secara jujurnya, aku sangatlah sengsara masa belajaq add math dulu... Mat modern ok lagi, tapi bila mai kat Add math mmg tetiba urat2 dalam otak aku ni dia terbelit-belit macam ngan apa lagi... Ada topic yang aku suka tapi kebanyakkannya mmg sadis untuk aku ingat.. Hehe..  Hgpa tau dak, aku pernah dapat 0 untuk test add math ni.. Sedih tu jangan kata la, xlarat nak siram dah pokok kat bawah bilik aku tu dengan ayaq mata ni haa ( hiperbolasepaktempatan!).. Tapi masa menjelang nak SPM tu, aku pulun btoi3.. Bak kata org kedah pulun nokhoromzz.. Haha.. An berkat usaha aku, dapatlah B+..  Bagi aku, B+ tu sangatlah ok kalau nak dibandingkan dengan result aku untuk test2 sebelum SPM tu... :)



Kisah Aku dan Sejarah



Sejarah masa tahun aku nak SPM dulu sangat lah relax.. Cikgu yang ajar subjek sejarah tu mmg sangatlah pandai amek hati student2 dia.. Dia rapat gila ngan student2 dia n student2 dia sangat sayang kat dia.. Time cuti kan, cikgu2 lain pakat dok bagi kerja sekolah berkilo-kilo tapi cikgu sejarah kami yg sorang ni dia punya prinsip " cuti, cuti laa.. watpa nak bagi kerja banyak2.. kesian kat budak2".. Hehe.. bagus kan? Dia sangat sabar ajaq kami.. Maklumlah subjek sejarah kot.. Msti la boring kan? tapi  cikgu kami ni dia pandai selit2 ngan macam2 cerita.. N Masa SPM, kalau x salah aku satu batch aku dapat A dan ke atas...n nama cikgu aku tu, cikgu Azizan Hehe.. :)



Kisah Aku dan Kimia



Aku dengan subjek kimia mmg langsung xda chemistry.. Ironi kan? ni nak habaq kat hgpa ni, masa form 4 dulu, aku xpaham langsung apa yang aku belajaq.. Bukannya salah cikgu silap ajaq, tapi mmg aku bengap kimia dulu... Haha... Org lain ok jaa.. tapi aku ni sampai tatau apa langsung yang aku dok belajaq.. Tapi masa dah naik form 5, aku dah paham dah sikit2.. Masa form 5 tu ada org yang tolong motivate aku... Thats why la aku nekad that "aku msti paham!"... Aku pulun blajaq guna video2 kat Youtube.. 

Tgok video2 experiment kat Youtube n finally banyakla jugak yang aku paham masa aku kat form 5 tu... Pastu ni ada satu cerita masa aku nak jawab test Trial Chemistry.. Cerita dia cmni,sebelum aku nak jawab paper Kimia tu perut aku ada rasa len macam sikit..Pastu masa dah dapat paper Kimia, makin truk plak sakit prut aku tu... Tgok plak soklan suma susah2.. Makin memulas la perut ni haa.. Pastu dah xtahan, aku pun p la ke bilik ayaq yang berdekatan.. *kita skip part proses penyahtinjaan tu k*... Dah settle suma, aku pakai2 seluaq tgok2 ada kesan kena ayaq.. Besaq! rupa2nya td aku gantung seluaq tu dekat tangki yang bocoq... Dalam otak aku "ayaaammmM!!!!" haha... So, cena ni? nak masuk dalam dewan balik nnt org kata aku berak dalam seluaq plak... So, aku pun lari la balik ke bilik aku..( ikut peraturan peperiksaan tu mmg satu kesalahan besaq kalau tinggalkan dewan tanpa izin.. tapi aku dah xda pilihan lain time tu.).. 

Aku lari ke bilik n aku terus capai seluaq kat loker yang berdekatan yg dok terbukak yakni loker kawan aku.. asyraff namanya, nama femes dia Brap.. Aku capai seluaq dia n terus pakai... Pakai dengan kalut( tgah dok kejaq masa niii.. org lain dok pakat jawab exam trial.. aku plak dok cari seluaq).. Pakai2 tgok2 sendat.. tapi aku pksa jugak pakai.. tuptaptuptap.. disebabkan perbezaan saiz perut yang ketara, seluaq brap yang aku pakai td yg sndat tu, tercabut cangkuk/butang seluaq tu.. haha.. sumpah aku x tipu.. terpelanting mcm dalam tv.. haha... Pastu aku bukak seluaq tu n capai seluaq yg lain plak.. n muat!  terus ke dewan! n selesaikan paper Percubaan Kimia aku tuu... Lepas tu baru aku gtau kat  Brap yg aku punahkan seluaq dia.. Nasib baik dia xmarah.. Hehe.. N Alhamdulillah, SPM aku dapat B+ gak for Kimia.. 


Tudia2, macam menipu ja kan cerita kimia aku tu.. Tapi percayalah, aku x tipu.. Bnda tu mmg betoi2  jadik... N aku still ingat lagi cena aku lari sorok2 masuk asrama n kalut2 suma tu.. Mmg xleh blah... Papepun suma tu dah jadi memori n aku akan ingt sampai aku mati... Aku rasa, ni ja kot cerita2 yang aku nak kongsikan ngan hgpa kali ni.... Kalau aku teringat ada kisah2 menarik lagi nnt aku cerita lagi noh... kepada adik2 yang dok SPM tu, pulun la btoi2... SPM ni sangat penting... Menyesal kemudian xdak guna, so pulun lah skarang.. Thats all for now.. Gudluck k adik2 SPM... 

Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
Assalamualaikum

  • Share:

You Might Also Like

14 Org Buat Aku Senyum

  1. haha. naseb masa trial... kalau SPM real ?

    ReplyDelete
  2. @monmon™ hahaha.. tatau la nak bayang cena... kah3..

    ReplyDelete
  3. hahaha , dahsyat sungguh aihh . tapi , tak pa la result SPM gempak-2 !
    congrats !

    ReplyDelete
  4. betol2!!serius time spm mcm dgn pa lgi..
    nostalgic pn ada.haha..
    btw,rindu dgn suma cikgu2 yg ajaq kita..
    :))

    ReplyDelete
  5. @Cik Wieda haha.. xgempak tara mana pun aihh.. hhah

    ReplyDelete
  6. @kimi jamai gempak la tuhh . kimia dpat b+ ngan add math .

    ReplyDelete
  7. Belajar add math masa mula2 memang kurg faham. Dah akhir2 baru sedar yg add math sebenarnya tak susah sgt. Pernah sekali gagal add math masa thun ni (f4) tp alhamdulillah final exam C+.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. @Cik Wiedahehe.. ramai lagi yg power2.. saya biasa ja.. :)

    ReplyDelete
  10. OMG I tak nak repeat SPM haha...horror!

    ReplyDelete
  11. Jom join segmen Aimi :

    http://aimi-wardina.blogspot.com/2012/11/segmen-tambahkan-followers-diblog.html

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D