Pengalaman: Aku Dan Minggu First Kat UPM..



Assalamualaikum..
Salam muhibbah kwn2.. Ya Allah, rindu gila kot kat blog aku ni.. dah berapa dekad dah x update.. ni sambil dok taip entry ni sambil aku dok sapu2 mana2 sawang yg dok berjuntai kat bumbung kedai kopi aku ni.. Sebenaqnya ada cerita n sebab2 yg munahsabah kenapa aku dah berabad x update blog.. (*walaupun aku tau xramai yang baca blog aku ni, aku tetap nak berlagak mcm blog aku n femes.. haha..) wokeh2, sebenaqnya aku baru ja dapat status baru dalam hidup aku.. status apa? status mahasiswa UPM.....  So, life have been a little bit kelam kabut la.. maklumlah, tu nak buat, ni nak settle, meggi nak rendam, baju nak basuh.. macam2lah korje nye kan.. Plus, laptop aku ni ada problem plak dah.. xboleh nak kenneck(connect) ngan WiFi yg kolej sediakan.. so, kalau nak online, aku terpaksalah nek bas p libry atau masjid atau fakulti.. n sekarang ni aku ada fakulti..  Kalau nak cerita mmg macam2 bnda aku nak cerita ngan hgpa tentang pengalaman first week aku kat UPM ni.. hgpa nak dengaq aku cerita dak? ( sila angguk dengan kelajuan 112 km/h).. hehe... Orait2, dah hgpa nak dengaq sangat kan, meh la aku cerita.. :P hoho..


The Pendaftaran

Yang hantaq aku masa pendaftaran aritu adalah Mak Abah N Iman.. Kami bertolak dalam area pukul 11 malam kot kalau xsilap aku la... pastu berenti la kat RnR untuk rehat n bla bla bla bla.. esok tu sampailah kat area selangoq... Keluar ja daripada highway, trus kami on GPS.. Dah mmg xpernah jejak kaki kat UPM ni, so kena la guna Gigirl Penunjuk Satelit..  Malangnya( ayat tragis) , Dah guna GpS pun still sesat gak... Sampai berperanglah mak abah aku dalam keta tu.. hehe... Tapi dengan berkat kesabaran kami, last2 jumpak la jugak pintu masuk UPM ni.. bnda first yg kami nampak masa masuk UPM ni, Jirat cina! (tanah perkuburan cina).. Hoi!, hgpa ingat aku melawak ka? mmg betoila ada perkuburan cina kat dalam UPm ni... haha.. kalau xpercaya cuba cari kat google..  Lepas dah sampai tu, kami pun p la ke kolej 12 n aku pun p la daftar... 



The Kolej

Kat sini aku dok kat kolej 12.. kolej serumpun... Kolej ni xla sehebat hotel puteri's emerald kat SP tu.. tapi aku suka kolej ni.. sebab apa? sebab bilik aku dekat ngan toilet... sebab bilik aku dekat ngan water cooler n heater.. sebab bilik aku dekat ngan mesin basuh n dryer... n  sebab roomate aku baik.. :) n kat sini kami xkena induct macam kat uitm dulu.. n senior2 sini apparently sumanya ok2... So, aku xkisah untuk duduk kat bilik ni sampai habes 3 tahun setengah aku kat sini pun...



The Faculty

Fakulti tempat aku belajaq nama dia Fakulti Bahasa Modern Dan Komunikasi... Dulu kat Uitm kami menumpang ja dekat fakulty mass com tapi kali ni kami ada fakulti sendiri beb! dalam fakulti ni ada belambak foreigner... hgpa nak tgok org apa? Arab? Africa? Amerika? Thailand? sum ada kat sini.. ..mmg satu bnda baru la kat aku..  imam surau pun kadang2 org Africa yg jadik.. mmg rare la untuk aku..



The Bas

Kat sini, pergerakkan nak p mana2 sumanya guna bas.. kalau jalan kaki mmg cukup bulan tinggai tulang je la aku ni.. tapi setakat ni, perkhidmatan bas upm ni mmg memuaskan la... Almost all the time ada bas...  kat sini ada satu prinsip yg lelaki kena tau.. prinsip tu berbunyi " xpayah nak gentleman sangat" .. n prinsip tu perlu di applykan masa naik bas.. kalau hgpa dok buat gentleman, mmg xsampai ke kelas la jawabnya... org ramai sangat, so, pandai2 lah selit2 masa nak naik bas tu....


The Lecture


kat sini mmg dah xmcm kat SMK, MRSM ataupun Asasi dulu.. masuk kelas, lecturer cakapppp jaaa... kalau malas salin, xdala nota untuk kita baca... tapi kalau rajin ngat menyalin, mmg x btul2 paham apa yg lecturer dok xplain... so, kena pandai2 balance kan..  


So, aku rasa takat tu sajalah dulu noh.. nnt kalau aku free aku sambung cerita ngan hgpa k... Papepun, aku suka dengan suasana n tempat baru aku ni.. harap2 aku x lalai ngan bnda yg bukan2 n merapu2... harap2 aku dapat buat mak ayah aku bangga lepas ni... So, thats all for now..

KurANGKan KoleSTRol, Tingkatkan PREStasi

assalamualaikum
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger