Sembang2: Lempaq Bayi? kenapalahai...


Assalamualaikum..

Salam muhibbah kwn2.. Arini jom sembang2 pasal satu isu yg serius nak? asyik dok merapu ja kan slama ni.. Okeh, hgpa ingat lagi x kes lempaq bayi aritu?  jgnla lupa tentang kes tu k.. Kes tu boleh dijadikan penanda aras on betapa teruknya masalah remaja kita kat malaysia ni.. Mmg la bukan semua remaja lempaq bayi cmtu, tapi kalau dah ada yang berani lempaq2 bayi ikut suka hati cmtu, we're in a freakin big trouble... Kalau sebelum ni, letak slow2 kat tepi masjid,ataupun tepi rumah org tapi sekarang lempaq dari bangunan.. Lepas ni apa plak? sembelih kat khalayak ramai?




Benda ni bukan bnda main2, baby yang dia baling tu bukan anak patung.. itu manusia.. Xterdetik langsung ker rasa kesian kat hati si ibu yg lempaq anak dia dari tingkat 3 tu? Ibu penguin pun sanggup kena baham ngan singa laut semata-mata nak selamatkan anak dia... Tapi manusia? Kenapa jadi cmtu? Nak salah sapa?  Kalau nak cari titik punca bnda2 cmni terjadi mmg suma dah tau.. Bnda tu boleh pakat pikiaq sendiri...  Tapi still jadi gak benda cmni... 




Berani buat berani tanggung.. Tapi kalau boleh, gunakan keberanian tu kearah yg lain la, jgn la berani buat bnda yg tak tentu hala... So xpayah la nak tangung segala kesan2 yang x tentu hala jugak.. Ingat senang2 ker nak lepas bila dah bunuh org... Ahlong yg bunuh org senyap2 pun polis berkas sampai dapat, apatah lagi org yang lempaq bayi daripada tingkat tiga bangunan... Mmg sengaja nak try dok kat lokap ke apa? Aku percaya yang ramai org pun akan geram dengan tindakan org yang lempaq bayi tu... Susah untuk sesapa pun pikir positif kat dia... Apa yang dia buat tu mmg bikin panas..Tapi sama2lah ktia doakan dia diberi hidayah.. Setiap org pun berhak diberi peluang kedua tapi jgnla plak dia ulangi apa yang dia buat tu lagi... Harap2 aku x terjerumus dalam benda2 cmni.. hgpa2 pun sama k.. 


Apa yang aku nak sampaikan kat sini is that,
fikirlah sebelum buat sesuat...

kita ada agama..
kita ada perikemanusiaan..
kita ada akal...
kita ada pilihan..

tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
Assalamualaikum.





 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger