Pengalaman: Recapitulation of the Week.

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tuddiiiaaaa.. Lama gila dah rasanya aku biarkan ruang kecil ni xterupdate..Last update 17 januari haritu.. Ish2.. Nak kata busy, xdelah busy mana pun.. Entah kenapa tiba2 terasa berat pulak tangan ni nak taip entri2 baru kat sini..  Tapi tidak lagi! *ayat dramatik iklan.. Tak boleh biarkan blog ni bersawang lama2, takut nnt labah2 mai bertelur plak kat sini.. So, kali ni aku nak cerita ceriti sikit kat sini..



Pertama-tama, aku nak ucapkan terima kasih kepada kwn2 dan keluarga yg wish untuk birthday aku tempoh hari.. Semoga apa yg anda2 sekalian doakan untuk aku tu dimakbulkan.. Amin.. Masa birthday aku haritu aku tengah dok berkursus usahawan dekat Port Dickson and dekat hotel kami tu xberapa nak dpt line internet yang clear.. So, mmg xtaulah apa yg terjadi kat alam maya ni ha.. Birthday wishes pun xsempat nak ucapkan terima kasih.. So, here I am saying Thank you kepada semua yg wish haritu.. haha.. Buat terok plak aku ni.. XD


Ok, next.. Kursus usahawan yang aku mentioned kat atas tadi tu adalah fasa kedua bagi Hypno Entrepreneur anjuran Kementrian Pendidikan Malaysia & UPM sendiri.. Untuk fasa kedua ni, aku dan kumpulan aku serta kumpulan2 yang lain perlu bertanding untuk menjual produk masing-masing yang mana bermodalkan RM500 yg diberi oleh pihak penganjur.. RM5OO tu mmg diorang bagi terus kat kami untuk jadikan modal..Ni kira The Apprentice versi student la.. Macam yang aku cakap tadi, kursus kali ni dibuat kat Port Dickson bertarikh 31 januari sampai 2 Februari.. CNY kott.. mmg ramai gila manusia kat PD tu.. dah mcm kat Hawaii dah aku tengok..




Back to our bisnes tadi tu, kitorang telah bersetuju untuk jual Biskut Choc Chip, Kerepek, Kacang & Marshmallow.. Group lain ada yg jual air, jeruk n mcm2 lagilah.. Untuk kumpulan kami, semuanya berjalan lancar.. Sangatlah lancar.. Mmg xdak masalah langsung.. Pengunjung2 kat PD tu mmg sproting abes *sproting pun bolehh... Ada yang siap nak sedekah lagi kat group kitorang.. haha.. Pemurah sungguh hati org Malaysia ni.. dan disebabkan kelancaran proses urus niaga group kami dan jugak ahli2 kumpulan kami yg mmg kacak serta comel yg telah berjaya menambat hati pengunjung2 kat PD tu, maka produck kami habes dijual on the half of the second day.. Mmg terlajak larisssss * bak kata Dherbs punya owner.. Mmg diluar jangkaan jugaklah.. So, kami pun balik dan berehat.. Produk dah habis, n we still have one more day to spend.. Hehe.. The next day, kumpulan2 lain masih lagi berjual beli, kami dok enjoy dalam laut.. haha.. Naik banana boat, lepastu dok main pasir mcm budak2 tadika kemas.. It was a really good day.. Fasa 2 berakhir dengan baiknya.. Untung jual haritu pun Alhamdulillah memberangsangkan.. hehe.. So, tunggu fasa 3 & 4 plak sekarang.. :)





That was Port Dickson, buat masa sekarang, aku sedang memerah otak untuk buat design bagi kotak Tahfiz Coffee yg akan diedarkan oleh Maahad Tahfiz Al-Barakah di Tikam Batu.. Harap dapat buat yg stailo2 dan memenuhi kehendak Maahad.. :D Rasanya itu saja kot perkara2 yang aku dapat kongsikan untuk kali ni... Harap nafsu aku untuk blogging ni akan sentiasa ada.. Bila lama2 xupdate blog ni, risau jugakk takut2 terpadam semangat nak menulis ni... Biar xdak orang baca pun, tapi aku jgn aku berhenti bercerita.. Hehe.. Orait, tu saja untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri...

Assalamualaikum.
********************
Jemput Komen
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger