Pengalaman: Program Hypno Entrepreneur.. Well Done?

By Kimi Jamai - February 16, 2014

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Ini hari gua bakal masuk kelas untuk semester baru.. Semester 4..Ada dua subjek lagi xberdaftar dek kerana keperlahanan sistem maklumat pelajar yg upm pakai ni.. Tapi xpalah, japg inshaAllah settle.. Anyway, entri kali ni aku berkongsi sikit cerita tentang kursus yang aku hadiri beberapa hari yg lepas.. Kalau ada yg perasan, dalam beberapa entri yang lepas aku ada sebut tentang kursus Hypno Entrepreneur kan? Haaaaa.. dah ingat dah? Kursus itulah yang aku nak ceritakan ni..


Kursus ni dianjurkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia dan UPM dimana pengarah untuk projek ni adalah TNC kami sendiri.. Peserta untuk Hypno Entrepreneur kali ni adalah peneraju untuk program Hypno Entrepreneur *susahnya lah nak sebut* yg akan datang..

Program ni ada 4 fasa semuanya, fasa pertama dibuat dekat D'Village Ayer Keroh Melaka.. Dekat dengan ZOO Melaka, Hari pertama lagi aku ngan kawan2 aku dah p menyelinap masuk dalam ZOO tu.. Xdapat kawal nafsu nak tengok harimau, kucing hutan dan lain lain menatang lah.. haha.. Untuk fasa 1 tu, penganjur ada panggil selebriti tv dan jugak usahawan2 berjaya untuk bagi talk berkenaan dengan penampilan diri dan apa yg perlu kita terapkan dalam diri kita untuk jadi seorang usahawan..Diakhir Fasa 1 tu, kami dimintak untuk buat kumpulan/companyolokolok sendiri, dan rancangkan apa yg kami nak jual untuk fasa 2 nnt.. 

Tengok ayat tu.. Xleh blah btoi..
Fasa 2 dibuat dekat Port Dickson.. Time tu tengah dok cuti Chinese New Year, so mmg sangat ramai manusia kat situ.. Walaupun cuaca panas terik teruk, still ramai orang yg dok berendam dalam laut tu.. Untuk fasa 2 ni, kumpulan aku ( Hashra, Wan, Husna, Mimi, Mariah, & Ju) dah decide untuk jual kerepek ubi, biskut, marshmallow n kacang salut tepung.. Alhamdulillah berjaya, siap ada time untuk naik banana boat lagi..hehe.. Nice experience.. Untuk baca lebih lanjut, boleh klik SINI


Fasa 3, kami dibawak ke Sungai Besar Selangor.. Menginap dekat Homestay D'idaman Hj Dorani.. Dalam fasa 3 ni, kami peserta2 didedahkan dengan produk2 industri kecil & Sederhana.. Kami pergi kilang kerepek, kilang bahulu, kilang nata de coco & kilang minyak kelapa dara..Semuanya bumiputra yang uruskan.. Tabik Springgggtoingtoingtoing! Fasa 3 pun best..


Fasa 4, kami menginap dekat UPM jaa,  pengisian untuk fasa 4 ni adalah lawatan ke syarikat2 yang mana tokey besar syarikat2 ni adalah bekas pelajar UPM sendiri.. n depa ni muda2 lagi.. Kami p ke kilang Burger Bakar Abg Burn.. Dengar sendiri Pengurus besar company tu, Sabri Salleh bercerita & berkongsi pengalaman dia dalam dunia perniagaan ni.. Sangat byklah benda yg dia kongsikan dengan kami n siap bagi kami daging mentah abg burn lagi.. Haha.. Nampak x betapa specialnya kami, org lain dok beratuq beli burger bakar abg burn.. Kami dapat tengok sendiri daging2 burger tu sebelum dibakar.. haha.. Lepas tu, kami pergi ke  tadika yg jugak diusahakan oleh bekas pelajar UPM.. Tadika tu merupakan franchise bagi jenama The Little Caliph.. Byk jugak yg pengurus tadika tu kongsikan.. Mmg sangat berguna untuk kami yg teringin nak venture into bussiness ni.. Terima kasih atas ilmu dan perkongsian yg diberikan.. Program ni diakhiri dengan Dinner with our TNC.. :)


Secara keseluruhannya program ni mmg best.. bak kata nora danish, "Nora bagi 4 Bintanggg..ihikihikihik".. haha.. Mmg pengisian program berjaya menghasilkan outcome yg berkesanlah.. Kenapa aku cakap cmtu? sebab lepas habis program ni haritu, otak aku asyik nampak bisnes ja.. Pandang baju nampak bisnes, pandang hanger nampak bisnes, pandang tombol pintu nampak bisnes, pandang roomate nampak bisnes * apakah..haha.. The thing is, program ni mmg dah berjaya menghypnosis otak aku.. So, sekali lagi "Nora bagi 4 Bintanggg..ihikihikihik".. Sekarang pun dah ada plan untuk buat satu bisnes ni, tapi masih lagi dalam perancang.. Harap dapat laksanakan...So, aku nak ucapkan terima kasih kepada penganjur sebab dah anjurkan satu program yg bagus untuk kami peserta, and thank you Allah for this opportunity.. Thanks.. So, stakat tu dululah untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri..
Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen




  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D