Tutorial : Kat Mana Nak Dapatkan Font/Tulisan Lawa2.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Aku suka buat kerja2 designing poster, banner, blog header dan sebagainya lah *walaupun xdelah berbakat sangat pun.. Cuma minat tu ada.. Salah satu punca aku boleh terjebak ataupun tersuka dalam bidang design2 ni adalah sebab aku seorang blogger.. Banyak ilmu edit mengedit yg aku dapat sejak aku mula2 aktif blogging dulu.. Dan pada pandangan aku, salah satu perkara yg memainkan peranan yang penting dalam sesuatu design (banner, header, etc) adalah FONT/TULISAN/TYPOGRAPHY... Bagi aku, aku suka sesuatu seni yang coraknya simple tapi nampak seimbang dan cantik.. Dan salah satu caranya adalah dengan bermain dengan saiz/bentuk/kedudukan font dalam design tu.. Jadi, dalam entri kali ni aku nak kongsikan 2 website yang aku selalu guna untuk dapatkan Font/Tulisan/Typography yg cantik2 dan menarik serta kau mmg debomm.. 





Ok, pertama sekali ni nama dia Cooltext.com.. Kat sini ada banyak pilihan font yang lawa2 yang kita boleh pilih.. Hgpa boleh tengok2lah yg mana berkenan dihati, lepastu boleh klik kat font yg hgpa suka tu.. Then, bolehla type in perkataan yang hgpa nak gunakan.. Lepas dah puas hati dengan warna, saiz, dan sebagainya, hgpa boleh download hasil yg dah siap tu, n gunakan dalam project masing2.. Mudah saja! :D






Yang kedua ni mmg sangat kerap aku guna sebab pilihan yg disediakan kat situ lebih memenuhi citarasa aku *dah mcm makanan ja.. Hehe.. Kat flammingtext ni pun senang ja cara nak guna dia.. Tengok2 dulu yang mana satu yg hgpa berkenan.. Then select, lepas tu masukkan ja perkataan2 yang hg nak.. Lepas dah puas hati dengan background, saiz, shadow dan sebagainya, hg boleh download dalam bentuk .PNG, .JPEG , dan sebagainya.. Boleh? Orait.. :)


So, itulah dua website untuk dapatkan font2 yang menarik yang aku selalu dok guna.. Kalau hgpa try cari kat google, ada berjuta lagi website yang sediakan service mcm ni tapi dua ni je yg paling kerap aku guna.. Hehe.. Boleh la cuba2 yer.. Harap apa yang aku kongsi ni bermanfaat la untuk sapa2.. Orait, itu saja untuk kali ni.. Kita jumpa di lain entri k.. :)

Assalamualaikum
***************
Jemput Komen


 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger