Pengalaman: Cerita 2 Mamat Cina

By Kimi Jamai - November 04, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Entri kali ni gua mau berbicara tentang 2 mamat cina yg gua jumpa dalam masa 4 hari sebelum ni.. Kenapa aku nak berbicara tentang depa berdua akan aku huraikan sebentar lagi.. 

Mamat Cina 1.
Nama dia Ling Tian Wong tapi dia lagi suka org panggil dia Awang. Dia kata, kwn2 selalu terpanggil dia Tiang dan dia xsuka.. So, dia pun suruhlah org panggil dia Awang. Lagi sedap katanya.. Aku kenal bro ni masa Kem Kelab Penyayang haritu.. Apa yg aku kagum dengan mamat cina sorang ni adalah pertama sekali, sekarang ni dia tengah mengambil degree pendidikan untuk jadi cikgu Bahasa Malaysia.. Jujurnya, aku xpernah lagi diajar oleh cikgu daripada kaum cina untuk subjek bahasa malaysia.. So, bila terjumpa si Awang ni, aku agak kagum. Dia kata ada sorang cikgu dia ni yg jadi inspirasi untuk dia mendidik anak bangsa Malaysia.. Keduanya, Awang ni adalah Johan Pidato  Bahasa Malaysia peringkat Negeri Johor.. Bravo2..  Ketiganya, Si Awang ni dalam phone dia ada belambak lagu2 melayu n lagu nasyid.. Mula2 aku ingat ada member melayu dia saja letak lagu nasyid dalam phone dia, tapi rupa2nya mmg dia yg berminat dengan lagu2 nasyid tu.. Siap hafal lagi.. Wa salute sama lu bro.. :D


Mamat Cina 2.
Mamat cina yg kedua ni aku jumpa masa otw nak balik ke SP.. Nama bro ni William Chia.. Aku dapat seat sebelah dia dalam bas tu.. Mula2 aku duduk, dia tengah berborak dalam fon.. Dia dok bercakap dalam bahasa yg seakan akan tamil..Aku ingat dia ni org Vietnam.. Lepas dia habis sembang dalam fon, dia tegur aku.. " Lu mau balik mana?".. Aku jawab "Saya mau balik SP".. Lepas tu aku tanya plak " Tadi lu cakap bahasa apa?" , dia jawab " Tamil"..  Aku tanya lagi " Lu org apa ek?", dia jawab " Cina la".. Lepas tu dia pun cerita la yg dia duduk kat Estate n kawan2 dia mmg sumanya org india.. So, mmg dia dah boleh cakap tamil daripada sekolah rendah..  Lepas sembang punya sembang, baru aku tau rupa2nya dia ni Artis.. Artis dalam komuniti org india..  Apa yg artisnya? Dia ni rupa2nya penyanyi lagu tamil dalam  key suara org perempuan.. Mula2 aku xpercaya sangat, lepas tu dia tunjukkan video dia kat Youtube.. Cuba tengok video kat bawah ni.. Perhatikan mamat cina dalam video tu..



Dengaq x suara dia? Mmg sebijik suara perempuan kan? haha.. Masa aku dengaq mula2, dalam hatiku ckap " What on earth was that".. Haha..Tapi tu mmg betul2 suara dia.. Mmg bakat semulajadi kurniaan Tuhan kata dia.. Masa aku jumpa dia tu, dia baru balik daripada Singapore, ada persembahan sempena Deepavali.. Dia mmg buat duet dengan menyanyi sahaja.. 

Itulah cerita dua mamat cina yg aku kenal sepanjang 4 hari lepas.. Kenapa aku cerita pasal bro dua org ni?  Sebab aku rasa cerita depa ni unik dan perlu dikongsikan.. Haha.. Orait, itu sajalah cerita yang aku nak kongsikan kali ni..

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D