Assalamualaikum,
Salam muhibbah.. Entry ni ditujukan kepada adik-adik yang baru lepas duduki SPM pada hujung tahun lepas..Ditujukan jugak kepada adik aku yang sekarang ni dok menanam anggur (menganggur) sementara dok tunggu result SPM keluar nnt . Ni sekadar perkongsian daripada aku yang pernah menghadapi situasi yang sama, bergelut dengan dilemma yang sama. Remember, ni sekadar perkongsian cerita dan pendapat aku sahaja okey? Bukan paksaan ataupun rujukan utama kalau hgpa, adik2 sekalian nak pilih jalan hidup hgpa.
Lepas habis SPM, Mana nak pergi? Terasa macam hgpa tengah berada atas sampan tanpa pendayung ditengah tengah lautan yang dilitupi kabus yang tebal nokhayam kan? Taktau apa nak buat.. Taktau apa nak jadi.. Terasa macam masih awal untuk tetapkan hala tuju hidup hgpa.. Kalau ada yang dah nampak jalan sipi2 tu, alhamdulillah.. Kalau hgpa masih blur, masih belum kenal faham diri hgpa dan apa yang hgpa betul2 nak jadi ataupun nak capai dalam hidup hgpa, jgn risau.. Itu normal. Aku pun macam tu dulu. No. Kami pun mcm tu dulu.. Tapi disebabkan aku dulu dah buat kesilapan tu (being blur and didn’t make everything clear) masa lepas SPM dulu, aku harap hgpa xulang kesilapan aku tu. Kenali diri hgpa, bakat hgpa, minat hgpa. Fahami diri hgpa pada masa sekarang terlebih dahulu dan kemudian aturkan perjalanan diri hgpa di masa hadapan. Bila dah betul-betul kenal diri hgpa dan bila dah atur secara kasarnya apa yang hgpa mahu capai inshaAllah, sampan yang hgpa naik akan ada pendayung dan kabus yang tebal tadi akan hilang dan hgpa dapat pulak seketul kompas untuk hgpa jadikan panduan. Jangan fikir “eh, aku baru abis spm ni.. Awal lagi.. Nanti nak masuk dergree aku set la betul2 nak jadi apa”. No! jgn buat macam tu.. Sebab mula2 hgpa rasa macam masih awal, tp nnt tanpa hgpa sedaq, dah tinggal lagi satu sem nak habis belajar degree dan hgpa masih xdak hala tuju hidup. Time tu nnt menggelabah. Menggelupur. Trust me.
So. Apa minat hgpa? Sains? Sastera? Kulinari? Accounting? Etc? Dah dapat bayangkan walaupun secebis belum apa yang hgpa nak hadap lagi 5 atau 6 tahun? Banyak betoi soalan aku kan? Hgpa kena tanya soalan2 ni sekarang agar satu hari nanti hgpa takkan tanya diri hgpa “ Kenapa aku pilih course yang aku xminat ni?”. So before you make any move, think. Give it a ponder. No, you are not that little kid yang dok main aci ligan duduk dekat kantin sekolah anymore.. Hgpa semua dah besaq.. Dah kena belajaq make life decision.. Sebab apa? Sebab dunia yang menanti hgpa lepas hgpa dah habis belajaq nanti akan jadi sangat dahsyat, sangat kompetetif dan boleh sampai ke tahap kejam.. Mcmmana aku tau? Aku taktau, tapi melihatkan keadaan dan dunia sekarang, kita boleh agak dah mcmna keadaan pasaran pekerjaan pada masa akan datang.. So, pilih langkah yang betul sekarang. Pilih bidang yang hgpa betul2 minat, garap betul2 kemahiran dan ilmu yang perlu hgpa ada.. Dan jadi yang terbaik.. InshaAllah anda ada tempat dalam dunia yang bakal rancak nanti..
Dah kenal diri hgpa? Dah tau apa minat hgpa? Ok sekarang kita boleh cakap pasal ways to get yourself into colleges and universities. Kita bahagikan ikut bidang ok? First, bidang sains. Bila cakap bidang sains, sangat banyaklah cabang dalam bidang ni.. Yang paling femes, ofkos la Medic kan? Dan yang xfemes ada beribu lagi cabang yang hgpa boleh further dalam bidang sains ni.. Untuk further studies hgpa dalam bidang sains lepas SPM ada plenty of ways yang hgpa boleh guna.
1. UPU (ASASI) – Time isi upu nanti hgpa boleh letak keutamaan kepada program program asasi sains yang ada kat certain universities kat Malaysia ni.. Antara universiti kerajaan yang ada pusat asasi sains adalah:
- · UIA
- · UiTM
- · UM
- · UPM
- · UNIMAS
Mungkin ada yang aku terlepas pandang, tapi itu antara yang aku pasti mmg ada pusat asasi sains. Setiap ASASI universiti2 tu ada kelebihan dan kekurang masing-masing yang aku rasa xperlu la kot nak dicerita kat sini sebab terlalu banyak kan. Nnt lain kali kita cerita ok? Btw, UPU tahun ni boleh diisi starting from 19 Januari 2015.. Pergi ke BSN dan beli number pin UPU ok? Jangan ralik!http://upu.moe.gov.my/web/
2. Matrikulasi- Matriks ni mmg sangat terkenal sebagai pusat foundation sains kat Malaysia ni.. Setiap negeri pun ada Matrikulasi masing2 kan.. Aku tak pergi ke Matriks dulu jadi aku taktau sangat kondisi dan atmosfera dalam matriks tu macammana, ada yang kata susah nak score, tapi dalam pada masa yang sama ramai kawan2 aku yang keluar dari Matriks dengan pointer 4 rata.. Apa maksudnya? Maksudnya, memang susah nak score dekat Matriks tu, tapi hgpa boleh score kalau hgpa pulun.. Duduk mana mana pun kena pulun! Ingat tu! X pulun mmg xkemana, xkiralah hgpa belajaq kat mana pun. Lepas dah keluar matriks nnti, kalau pointer hgpa ok, InshaAllah pilihan kat tangan hgpa nak sambung ke cabang yang lebih mendalam yang mana.
3. UPU (Diploma)- Ramai jugak kawan2 aku dulu yang further ke diploma dalam bidang yang depa minat. Ingat ni, xdak apa yang kurang pun kalau hgpa sambung diploma..Kenapa aku cakap cmni, sebab nanti one day lepas hgpa dah pilih nak sambung diploma dalam bidang yang hgpa minat and tiba2 hgpa tengok kawan sebaya hgpa yg dulu buat asasi tengah further degree. Don’t feel bad about yourself.. As long as hgpa buat benda yang hgpa minat, and hgpa buat btoi2, toksah dok compare apa2 dengan siapa2! Ok? Belajaq sunggoh2 kasi dapat 4flat and shove it on everyone’s face! *don’t. So kalau ada yang nak sambung diploma maybe dalam bidang Sains, engineering dan sebagainya, silakan. Do it proudly.
4. Form 6 – Orang2 yang sambung Form 6 ni selalu orang lain dok being skeptik dekat depa by saying that “depa ni xdapat sambung belajaq mana2 sebab tulah depa sambung form 6 jaa”. Form 6 ja hgpa kata? Form tu punya silibus susah nokhorom hgpa tau dak.. Orang2 yang dok buat andaian mcm tu mau kena penampaq dengan buku teks form 6 baru depa nak beringat. In fact, kalau pilih jalan form 6 ni, maybe it will take more time than the other means, tapi bila nak sambung ke degree nanti, these form 6 students yang akan diberi keutamaan. Hgpa akan faham betapa bernilainya istilah “diberi keutamaan” bila hgpa nak isi UPU untuk degree nanti.. Kalau nak apply untuk form 6, selalu2 lah tanya cikgu kaunseling hgpa k.. They can help, they will help.
5. Foundation Swasta- Lastly, kalau hgpa ber-u-wang sikit. Boleh lah sambung ke universiti swasta. Xbanyak yang aku boleh cerita tentang ni.. Tapi I have friends yang sambung ke foundation universiti swasta ni, then depa belajaq sunggoh2, and they managed to get decent grades then depa dapat biasiswa from MARA to further studies overseas.Ada yang dapat sponsor from that universiti swasta sendiri..
Ok, itu pilihan cara yang ada kalau hgpa nak sambung bidang sains, kalau nak sambung bidang selain dari sains? Sebenaqnya cara dia lebih kurang jaa.. Untuk sambung bidang sastera, komunikasi, multimedia, perakaunan dan sebagainya. Pilihan cara yang boleh hgpa gunakan sama ja macam kat atas tadi tu, cuma tukar dekat bidang sahaja.
Kalau ada bidang yang hgpa nak aku perincikan lagi, dipersilakan tinggalkan komen kat bawah ok? So, macamna sekarang? Kalau belum mula fikir, silalah mula fikir dan rancang.. Jangan pilih sesuatu bidang tu sebab bidang tu femes atau sebab ramai kawan2 yang amek bidang tu, pilih bidang yang hgpa tau hgpa memang minat sebab nanti hgpa bukan nak menghadap betapa femesnya bidang tu, tapi hgpa akan hadap betapa susahnya bidang tu.. Setiap cabang bidang pengajian tu susah, tapi kalau hgpa minat, yg susah tu akan berjaya hgpa atasi and hgpa akan rasa puasnya menuntut ilmu. Oklah, rasanya ni dah panjang gila dah aku tulis. Semoga berjaya dalam membuat pilihan. Ok? Kalau ada aku terlepas cakap apa2 yang salah atau terlepas pandang apa2 yang sepatutnya dimasukkan dalam entry ni, aku susun sepuluh jari mohon maaf ok.. Baik, jumpa di lain entry! :)
Assalamualaikum.
Jemput Komen.
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D