Assalamualaikum
Salam muhibbah.. Lepas final exam aritu, aku, beberapa orang kawan dan jugak pelajar2 yang ambik subject Bahasa Thai telah p ke Thailand untuk satu lawatan khidmat komuniti bahasa yang ditaja separuhnya oleh kerajaan Thai.. Lawatan ni dah diatur lama oleh pensyarah bahasa thai aku dan Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hajat beliau untuk bawak kami pelajar2 berjalan kat Thai selama 6 hari.. Sebagai pelajar bahasa Thai, kami mmg seronok tak terkata lah dapat p sana, kononya nak praktikkan apa yang dah belajaq selama ni.. Last2 p sana, "English anyone? English? Malay?".. Depa kat sana cakap laju sangat.. Mmg respond yang kami mampu bagi hanya ternganga dan terpinga pinga je lah..
Day 1.
Pengangkutan kami sepanjang perjalanan untuk lawatan ni adalah Bas. Bermula daripada UPM sampailah ke Thailand mmg guna Bas.. Dekat Thai ada jugak lah naik boat.. Dari UPM ke sempadan Malaysia-Thai (Sadao) mengambil masa lebih kurang 9-10 jam.. Mungkin bunyi mcm lama sebab kami ada berhenti dekat Gurun untuk makan n mandi dan melabur dan sebgainya lah.. Kat situ lama jugaklah berenti.. Dekat sempadan Malaysia-Thai(Sadao) proses pengesahan passport dan kebenaran masuk ke Thai mengambil masa lebih kurang 45 minit cmtu kalau xsalah aku... and then dari sempadan tu, ada bas agen perlancongan Thai datang untuk bawak kitorang semua ke Phuket.. Dekat Sempadan ni aku dok kalut carik pisau cukuq.. Nak shave janggut k.. So, masuklah satu kedai ni.. Then aku tanya kat pakcik kedai tu "Shaver mi mai??" maksud dia shaver ada x, lepas tu pakcik tu ambik pisau cukur n cakap "Yang ni ka?".. Reti cakap Melayu rupanya orang2 kat Sadao.. Ofcoz la kan, baru kat sempadan kot.. Aku ni yang terlebih excited dok buat pro cakap Thai.. Nasib pakcik tu reply bahasa melayu, sekali dia reply bahasa Thai, nganga. Lepas dapat pisau cukur n makan2 jap, kami berangkat ke Phuket.
Day 2.
Untuk hari kedua, daripada pagi sampai ke malam kami berada atas bas.. Kalau dicampurkan dengan tempoh perjalanan kami dari UPM ke Phuket mmg lebih 24jam.. Ni first time aku duduk atas bas for that long.. Sebelum ni paling lama pun 13 jam... Now, that record has been broken by 11more hours.. haha... Seharian atas bas.. Sampai dekat hotel mandi2 terus tidoq.. atas lantai.. Selesa plak lantai hotel tu.. Ni nak habaq, dekat Thai ( at least dekat tempat2 yang kami p haritu) tandas depa mmg jarang sekali ada paip getah yang kita kat Malaysia ni selalu dok guna nak melabur.. So, kalau nak p Thai, you can either prepare mentally to poop without washing your tuttt using proper washing tuttt way or you can bring your own paip getah and design the system your own way because sometimes they also dont have the kepala paip.. Haha.. That was one of our struggles throughout the vacation there.. Tapi small matter ja tu.. Bila dah at hand with those situation, hgpa msti tau apa nak buat.. XD Kami sampai Phuket lewat malam on the second day.
Day 3.
Untuk hari ke-3 ni kami telah melawat Pulau Panyi yang terletak di daerah Phang Nga.. Nak sampai ke pulau tu ofcoz la kena naik boat kan.. Sepanjang perjalanan nak sampai ke Pulau Panyi tu mmg banyak sangat pemandang menarik yang kami semua dapat tengok.. Banyak gila pulau2 kecik yang unik dekat sekitar kawasan yg kami p tu.. Nak menambah perisa lagi, hujan lebat plak time tu.. Perhh.. mmg adventure abes.. haha... Kami sempat jugak singgah kat Pulau James Bond yg dapat nama sebab there was a James Bond filmed here.. Pulau tu mmg cantik.. Very much recommended untuk hgpa p usha2..
Lepas tu kami sampai ke Pulau Panyi.. Pulau Panyi ni yang menariknya adalah, pulau ni menempatkan 360 keluarga yang kesemuanya tinggal dekat rumah atas ayaq.. Environment kat situ mmg best.. Budak2 depa pun cerdik2, makan pun sedap.. Lepas makan dan beramah mesra dengan pelajar2 sekolah rendah kat situ, kami pun balik ke hotel di Phuket.
Day 4.
Untuk hari keempat ni, kami telah dibawak ke Rajabhat University Phuket.. Depa bawak kami p fakulti Sains Social dan Kemanusiaan yg mana dalam tu salah satunya disediakan kursus bahasa.. Kepada yg taktau, pelajar2 universiti kat Thailand kena pakai uniform untuk p ke kelas.. Yep, uniform macam yg budak2 sekolah dok pakai tu.. Aku pun baru tau benda ni.. So, suasana dlm universiti tu pun lebih kurang mcm dekat sekolah.. Kalau buat peraturan cmtu kat Malaysia, mmg habes semua students buat Mogok Uniform.. p kelas pakai spenda ja.. haha.. Lepas dengar TNC Rajabhat tu bcerita serba sedikit pasai U tu, kami pun bertolak balik ke kawasan Krabi (if im not mistaken).. Perjalanan mmg lama nak mampoih.. Masa siang kami habes kat atas bas.. Tapi ada jugaklah bas kami stopped at some tourism spot yang pemandangannya mmg awesome tahap boleh muntah pelangi.. Contohnya kat Patong Beach.. Walaupun kami dapat tengok from above ja, tapi tu pun dah rasa macam tiba2 ada sayap n jadi burung yg dok menari riang kat udara #gizzyyeuww.. Mmg sangat cantik.. Do visit this beach ok.. Kami sampai kat tempat penginapan kami untuk malam tu lebih kurang pukul 8 cmtu.. Malam ni kami tidoq kat Bungtao Village resort.. Yg ni pun best.. Malam tu tengok Non-Stop sampai tetidoq.. Esok pagi nak berangkat ke Hatyai.
Day 5.
Hari kelima kami berangkat ke Hatyai pulak. Perjalanan mengambil masa kira-kira.. entah aku pun dah xingat dah.. Tapi kami sampai mmg malam la.. Sepanjang perjalanan ke Hatyai, bas ada berhenti kat a few places untuk makan.. Haaaa.. satu lagi, pasai makan.. Nak habaq kat hgpa ni, makanan2 kat Thai (at least at those places yg kami lawat tu) mmg majoritinya sedap2.. Benda2 berkuah dia mmg huooawwwesomee*overmintakpenampaqjadisilatampaqlaptopmasing2danbayangkanhgpamenampaqaku.Xcaya? sila p dan rasa sendiri k.. Jangan dok p sana cari Sup Kera plak.. Mintak yg normal2 la noh.. So Hatyai.. Sampai kat pekan Hatyai malam, lepas punggah2 barang masuk hotel, kami pun berjalan la kat sekitar pekan tu cari makan.. Jalan2 jumpak Gajah kat tengah2 bandaq tu.. Walaupun excited dpt pegang gajah tapi hati tetap rasa sadis sebab that gajah does not belong in that city.. He belongs in the wild.. Kat mata gajah tu pun ada ayaq mata sikit aku tengok.. Tataulah dia nanges sedih ka nanges bahagia ka masuk habuk ka.. Tp mmg ada ayaq mata sikit.. Lepas dah makan2 malam tu, kami pun tidoq.
Day 6.
This is the last day of percutian kami bumi gajah putih ni.. Kami dimaklumkan bas akan bertolak ke sempadan pukul 1 tengahhari, so, dari pagi sampai sebelum pukul 1 tu kami bebas nak p jalan2 pusing pekan Hatyai ni.. Kami pun decide nak pusing2 naik Tuk Tuk.. Tuk tuk ni kira mcm trademark Thai jugak la, kalau p sana kena lah try naik tuktuk k.. Satu kepala 20bhat ja.. 20bhat tu sama dengan RM2.. Kami naik tuktuk tu n dia bawak kami p satu Market ni.. ntah apa nama dia aku xingat.. Tp mmg market tu salah satu tourism spot kat situ lah.. Kalau hgpa p Hatyai, naik tuktuk, sebut "Market" mmg ke situ lah yg dia akan bawak.. Kat market tu ada juai mcm2 lah barang.. Mcm Padang Besar la lebih kurang.. Tapi barang2 kat situ bagi aku xdelah semurah mana, lebih kurang harga kat Malaysia jugak.. Kena pandai tawar menawar.. Tawar sampai dia buat muka menyampah n "lebih rela hgpa blah dari dok tawar menawar mcmtu".. Aku pun adalah beli barang2 sikit untuk keluarga n kawan2 n untuk diri sendiri.. Dekat Market ni lah kami telah rasa satu makanan specialty thai yg mmg Perhhhgghh sedap! Nama dia Phat Thai.. Dia mcm mee tp mcm kuoey teow tp mcm meggi tp mcm bihun.. Haaa mcmtulah.. Mmg sedap.. Hgpa kena p rasa kat sana! Lepas dah shopping puas kami balik ke hotel.. Packed up and ready to leave Thai n balik kampung..
Itulah dia cerita aku, pali, amiirul, anis, farah and diyana kat Thai haritu.. Banyak lagi cerita2 disebalik cerita ni contohnya cerita si pali ngan amiirul yg xhabes2 nak terberak.. haha.. Cerita kami berjalan malam ke jalan yg xberpenghujung, cerita pertembungan dengan anjing thai n byk lagi lah.. Nak cerita semua mmg xlarat lah.. Secara keseluruhannya percutian tu best lah.. cuma masa banyak habes atas bas.. other than that, awesome.. Tentang kawasan2 yang kami kat Thai tu plak, yg bestnya, view cantik Subhanallah, orang peramah sawadikap, makanan sedap Alhamdulillah! Yg kureng best, jamban xdak paip. Tu jaa.. haha.. Oklah, itu saja yang aku nak kongsikan kali ni.. Nnt kalau free2 and ada duit lebih sikit, bolehlah p berjalan kat sana k... Orait.. Nah Selfies.
Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D