Pengalaman: Sakit Ke Cabut Gigi Graham?

By Kimi Jamai - April 07, 2014

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Lama sangat dah rasanya aku biarkan blog ni terbengkalai x dak cerita.. Mcm biasalah, alasan aku adalah "sibuk" dengan hal2 pelajaran, kolej & sebagainya.. n satu lagi sebab, aku xdak idea nak update apa.. Tapi sekarang ni, aku tengah cuti Midsem, n diri terasa rajin, n ada cerita yg nak dikongsikan, so I dont have any excuses to not to write here.


Cerita yang aku nak kongsikan ni happened a few days back (6/4/14). Ini cerita boleh aku klasifikasikan sebagai salah satu moment terfaktab aku. It started like a week before tarikh yang aku sebutkan tadi, time tu aku tengah floss gigi graham aku, when suddenly gigi tu pecah.. Yep, pecah, pecah sikit which make it berlubang.. Sejak tu, waktu makan mmg agak menyengsarakan *bahasa nak bajet ja.. Lepas makan, mmg gigi yg pecah tu akan sakit.. So, aku nekad nak cabut.. Then comes cuti midsem.. Aku balik hari sabtu pagi and sampai ke SP petangnya.. Sampai2 kat rumah aku ceritakanlah dekat mak aku pasai gigi aku ni..Mak pun sarankan aku p cabut gigi tu.. Cabut dekat klinik kerajaan sebelah Taman Jubli.

Esoknya, aku pun p la ke klinik yang mak aku recommended tu.. Sampai situ lebih kurang pukul 8 suku.. Orang dah ramai melimpah sampai ke luaq.. Aku masuk jugak, x kisahlah lama pun.. yg penting this pain goes away.. Masuk dalam and amek number.. Then tunggu.. Masa tunggu tu, mcm2 lah gelagat manusia aku tengok.. Mcm biasalah, ada mak yg dok kejaq anak2 dia, ada remaja2 yg dok main smartphone masing2 dan lain lainlah..  Aku berdiri ja tepi dinding, tunggu.


Sejam lepas tu, number aku dipanggil.. Aku pun masuklah dalam bilik yg mana number aku dipanggil tu.. Dlm tu, nurse sorang ni tanya "nak buat apa dik?" aku pun gtaulah dia aku nak cabut gigi.. Lepas tu dia suruh baring atas kerusi.. Mai sorang Doktor perempuan muda, dia start checking gigi gigi aku.. Habis dia check, dia gtau aku yg gigi graham atas aku yg berlubang tu perlu dicabut.. Aku pun setuju lah.. Then dia went away to take ubat bius dia.. Dia datang balik dengan jarum untuk disuntikkan bius kat gusi aku.. Aku nganga besaq2, then dia suntik jarum bius tu.. Tiba2 aku rasa mcm lama semacam ja jarum tu dalam gusi aku.. Doktor tu pun nampak mcm tengah figuring something out.. Dia cuba tekan jarum tu berkali-kali tp mcm stuck.. Rupa2nya jarum tu rosak.. Time tu, dlm hati aku dah gelisah ni.. "Apakah petandanyaa inii"...  Dia mintak maaf n p dapatkan jarum lain yang xrosak.. Lepas dah bius gusi aku, aku dimintak tunggu kat luaq..


Aku pun tunggu lah depan bilik tu.. Tunggu punya tunggu, nama aku tak dipanggil panggil.. Sambil tunggu tu aku cuba lah tekan2 gusi aku to ensure that the bius yang depa bagi tadi is still there.. I was afraid that the bius would wear off.. So I kept on checking my gums.. Aku terasa lama sangat plak aku tunggu kali ni.. Dulu aku pernah cabut dah gigi graham tapi xdalah lama mcmni menunggunya.. Tunggu tunggu, aku check lagi gums aku..aku tekan2 and suddenly dah terasa sakit dah sikit.. Time tu dah cuak dah sikit..Dlm hati ni dok cuak tatau nak kata... Finally after more than 30 minutes aku tunggu, nama aku dipanggil.. Aku pun masuk n duduk atas kerusi tadi tu.. Doktor tadi tu datang looking very ready to cabut gigi aku.. Dia keluarkan playar dentist dia n kepit gigi graham aku tu.. Digoyangkan kiri ke kanan beberapa kali then dia tarik.. Tapi nothing happened, gigi tu masih kat situ.. Dia buat lagi benda yang sama.. Still nope.. Gigi tu masih kat situ.. Lepas tu, dia keluarkan satu benda tajam ni, dia buat apa ntah.. lepas tu dia ulang lagi step yang sama.. I noticed that she started to panic.. Sampai sekali tu, dia dok usaha nak cabut tu, tangan dia terhentak bibir aku.. Itu sakit.. Then doktor muda tu give up.. I assumed that she is a practical doctor becaause..

Sorang nurse ni cadangkan "cuba panggil senior awk"...Dalam hati aku "wait whaaat? can you do that? boleh main pass2 kah?" Then datang sorang lagi doktor perempuan  ambik alih.. I assumed she is the senior yg nurse tadi tu was talking about.. Knowing that this one is a senior, aku berharap dia dapatlah cabut gigi aku ni..Unfortuntely, by that time, aku dah mula rasa sakit.. Badan aku dah mula dok melawan apa yg doktor tu buat.. Bukan melawan as in aku p sepak terajang doktor tu.. Tapi as in aku x melembutkan badan atau aku x meredhakan gigi aku dicabut..yelah tengah sakit kan.. So, it was really hard to cabut the gigi.. That senior doktor also failed.. Then both doctors td tu decide untuk panggil Dr. Yeoh.. Dr Yeoh ni lelaki..

Dr Yeoh tu datang n tanya "kamu nak cabut jugak harini atau nak buat appointment?", dlm hati aku "heck no aku nak buat appointment", so aku gtau lah yang aku nak cabut harini jugak.. Then aku gtau yang aku dah mula rasa sakit.. Dr.Yeoh cakap depa akan suntik bius baru untuk aku.. Lepas dah suntik, Dr.Yeoh tadi tu mula cuba untuk keluarkan gigi aku tu.. This time, I feel nothing.. Mmg xrasa apa2, ofcoz la sebab bius yg baru dicucuk tadi tu kan.. A few minutes after that, baamm! tercabut jugak gigi aku ni..After more than 40 minutes in that room.. The room that  I'll never forrrgettt for the rest of my life... Mulut aku penuh dengan darah.. They gave me paracetamol and cotton.. Lepas2 tu, terus aku pecut balik rumah.. Balik2, terus demam.. haha.. Tataulah demam sebab trauma kena operate dengan 3 doktor gigi atau demam sebab terkejut hilang gigi graham ni..  Sampai ke harini (8/4) dok demam lagi tapi Im feeling a lot better la daripada the first day haritu..



So, apakah moralnya cerita aku ni? haha.. Rasanya xdak pun moral of the story.. n kalau ada pun, hgpa dah already figure it out kan? Hehe.. Aku saja kongsikan cerita ni kat sini, alang2 dah ada cerita nak diceritakan tu, why not ceritakan kan? kan? kan? kan? hehe.. Kalau ada yang nak kongsiakan pengalaman cabut gigi masing2 tu, buatlah satu entri n kita tengok cerita sapa paling terfaktab... haha.. Haaaa.. n satu lagi nak pesan, jagalah gigi anda sebelum anda demam selepas dioperate 3 orang doktor.. XD Orait, itu saja yang aku nak kongsikan kali ni.. Maaf panjang lebaq plak rasanya.. Ok, dah3.. ni last sentence dah ni.. Betoi ni.. hehe.. K

Assalamualaikum
******************
Jemput Komen


  • Share:

You Might Also Like

1 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D