Sembang2: Cara Memohon Dan Syarat Memohon BR1M 2014

By Kimi Jamai - December 24, 2013


Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Kepada rakyat Malaysia kat luar sana yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia, anda msti dah tau tentang pembukaan pendaftaran untuk memohon BR1M bagi tahun depan kan? Atau mungkin ada yang masih taktau? Xpa, jgn risau, jgn gelabah dan jgn panik, pendaftaran baru sahaja dibuka pada 23hb haritu, jadi kalian tak terlewat lagi untuk mendaftar.. Ok, sebelum memohon BR1M ni apa kata kita sama2 tengok dulu syarat-syarat kelayakan untuk BR1M ni..



Syarat Kelayakan Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014 
Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014 :
  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

 Salinan dokumen yang perlu disediakan :
  •  MyKad bagi pemohon; dan
  •  MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
Info tambahan :
  • Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


Ok, dah tau syarat2 kelayakan untuk memohon BR1M 2014 ni? Kalau layak dan ingin memohon, hgpa boleh lah masuk terus ke laman web E-BR1M dan terus mendaftar secara online...Boleh klik SINI (E-BRIM)...


Selain daripada mendaftar secara online, kalian jugak boleh mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran yang mana borang2 permohonan ni boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang (Isnin – Jumaat) bermula 23 Disember 2013... Orait, itu saja yang aku nak kongsikan kali ni.. Diharap info ni bermanfaatlah kepada anda2 diluaq sana.. Ceq belum layak memohon lagi BR1M ni.. Mmpu kongsi maklumat jelah.. Hehe.. Orait, jumpa lagi di lain entri!

Assalamualaikum
*******************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D