Iktibar: Pembunuh Adik Dirang Di Hukum Mati.

By Kimi Jamai - June 28, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Mesti ramai yang dah terbaca berita tentang pembunuh arwah adik Dirang yg disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kan? Kes pembunuhan adik Dirang ni dapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat xkira agama bangsa dan umur..Semua msti sedih bila terbaca berita tentang kanak2 yang masih kecil, masih belum sempat nak kenal dunia telah diculik, dibunuh dan dibakar dalam perjalanan nak pergi kedai beli mee segera.. Tambah sedih bila, rangka arwah ditemui selepas 7 hari arwah dilaporkan hilang..Xmampu nak bayangkan betapa hancurnya hati keluarga arwah..Tapi, Allah itu maha adil dan hari ni pembunuh  adik Dirang (Muidin Maidin,27) telah dijatuhkan hukuman yang sepatutnya.. Dendam dikatakan menjadi motif utama pembunuhan adik Dirang.




Iktibar yang kita boleh ambik daripada berita ni ialah, sebelum kita buat sesuatu perkara tu, pikirlah sedalam dalam dan sejauh jauhnya.. Fikirkan tentang keluarga dan orang2 yang sayangkan kita.. Fikirkan orang2 yang akan terjejas disebabkan tingkah laku dan tindakan kita.. Fikirkan kesan2 negatif yang boleh terjadik kalau kita buat sesuatu benda tu..  Tambah lagi, kita ni orang Islam kan? Islam menekankan supaya kita sentiasa bersabar.. sabar dan sabar..Sabar itu kan sebahagian daripada iman? Jganlah berdendam sampai nak mengambil nyawa orang lain.. Tapi dalam kes ni, nasik dah jadi bubur.. Dah terlambat untuk menyesal sebab hukuman dah pun disabitkan.. Apa yang boleh dilakukan oleh pesalah tu, is mohon maaf daripada keluarga mangsa dan mohon taubat kat Allah.. Kepada kita semua, jadikanlah kes ni sebagai iktibar untuk tidak melakukan perkara2 yang xsepatutnya.. Itu saja untuk kali ni.



  

Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

6 Org Buat Aku Senyum

  1. apalah yang diorang dapat dari balas dendam tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ann.. dendam2 tu suma mainan syaitan kan?

      Delete
  2. kasihan..anak kecil yang tidak berdosa jadi mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kesian kat mangsa.. setiap yg berlaku ada hikmahnya..

      Delete
  3. syaitan syok la , sebab dah jadi geng dia 3:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 sekarang ni kan wieda? tatau la apa nak jadi..

      Delete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D