Tips: Nak Jimat Belanja

By Kimi Jamai - August 11, 2012

Assalamualaikum..
Salam muhibbah pengunjung2 sekalian..  Jimat belanja! Jimat belanja ni sangatlah penting.. especially kepada sorang student n bakal jadi student balik mcm aku ni.. Sebabnya ialah  kita x menjana apa2 pendapatan, kita cuma lakukan penggunaan kewangan (ayat BM A+).. Sebab tulah kita kena berjimat cermat dalam penggunaan duet... Mostly student yg ada kat Malaysia ni akan pinjam PtPtn la kan, so bila dah nama pun pinjaman, gunakanlah mengikut niat asal peminjaman tu yer.. :) Masa aku buat asasi kat melaka dulu , aku rasa aku ni sangatlah boros n thats why aku nekad xnak dah jadi cmtu... nak jadi org yg bijak mengatuq penggunaan duet (Cewwwah!).. seriusly, aku mmg nak berubah.. Jom sama2! Jadi today aku nak kongsikan beberapa tips ataupun cara mudah untuk JIMAT BELANJA!


1. Bawak jumlah duet yg xbanyak bila keluar..
Cara ni mudah ja, tiap2 kali nak keluaq tu just bawak jumlah duet yg mencukupi untuk bnda2 yg kita dah plan nak beli.. kalau lebih sikit2 tu xpala, tapi jgn lebih banyak..Sbb otak manusia mmg dah mcm tu, otak selalu kalah dengan nafsu.. tapi nafsu akan kalah dengan reality.. secara mudahnya, cuba bayangkan Hgpa nampak sehelai seluaq jeans levis pastu:
  • otak kata  : "sabaq bro.. jgn beli bnda yg xperlu..dah ada belambak dah seluaq kat rumah" 
  • nafsu kata : " Beli jelahh... bukan selalu pun beli2 cmnii, duet tgah dok ada.. beli jaa.. "
  • otak kata   : "owhh..ok, ikut cakap nafsu"
  • realiti kata: " woi nafsu! hg memandai ja kata duet tgah dok ada.. kimi ni bawak 10 hingget ja    keluaq tadi.. "
So, cmtulah.. jadi, ingat! jgn bawak duet banyak2 bila keluaq g jalan2 k..Buat Bajet 2012 Hgpa b4 p mana2.. Barulah buleh jimat belanja!






2. Banyakkan Menyimpan duet2 besaq..
Duet2 besaq disini bermaksud duet 50 hinget ataupun 100 hingget.. kalau ada duet 10 hinget banyak2 tu, cepat2 tukaqkan ke duet besaq.. Kenapa? sebab secara psikologinya, kita akan sayangkan duet 10 hinggit ka duet 50 hingget? (sila jujur)... Msti la 50 hinggit yg jadi pilihan hati kan? Bila kita sayang tu, susah la kita nak guna... Kalu duet singgit, 5 hinget, 10 hingget tu, cepat ja lesap.. cuba pikiaq balik, btoi dak? So, tukaqkan lah duet kecik anda kepada duet besaq..





3. Sebelum Keluaq p mana2, makan banyak2 siap2..
Cara ni mmg berkesan.. hgpa maybe boleh terselamat daripada jatuh kedalam jerangkap samar McD, KFC, PizzA, n Theeee chickenn ricee shopppp.. bukan sekadar nasik ayam... Bila kita dah makan , secara automatiknya ada dinding depan muka kita yg tertulis "hg dah makan dua pinggan nasik lauk ayam tadi.. toksah dok ngada nak kfc2 .." Tataula kat org lain cmna, tapi kat aku mmg cmtulah jadiknya.. So, kalau nak berjimat, makan dulu nasik kat rumah sebelum keluaq..




4.Buh gambaq mak abah dalam wallet..
Bila ada gambaq mak abah dalam wallet tu, msti kita akan teringat kat depa.. teringat kat usaha keras depa untuk cari nafkah nak bela kita..Depa usaha punyala keras nak dapatkan duet, tapi kita gunakan sesuka kaki kita... So bila teringat suma tu, harap2 akan hilang segala nafsu2 yg gila nak beli itu ini yg xperlu.. hehe.. So, letaklah gambaq mak abah kita dalam wallet.. mmg berbaloii!





Rasanya, tu sajalah kot tips jimat belanja yg tuankedai nak kongsikan..  Ni suma just pendapat aku ja tau.. pandangan aku sebagai seorang aku... Kalau ada yg xsetuju tu.. Kususun 14 jari yer.. yg baik datang daripada Allah, yg kurang daripada aku yg lemah ni.. hehe.. Thats about it.. Btw, nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg dah tiggalkan voicemail kat aku.. hehe.. hgpa mmg sporting! makaseh..

tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
assalamualaikum

  • Share:

You Might Also Like

10 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D