Assalamualaikum,
Salam Muhibbah semuanya.. Rasanya tak perlu kot aku tulis "Im Back!" kan? haha.. Lepas entry ni, I would probably will disappear again for one year.. So, lets just skip that part okey? Anyway, ada satu benda yang aku rasa penting untuk aku kongsikan dengan hgpa especially para fresh graduate peminjam PTPTN. Aku baru sahaja dapat surat daripada PTPTN yg menyatakan aku dapat pengecualian pembayaran balik PTPTN lepas almost sebulan aku hantar rayuan permohonan aku. Alhamdulillah dapat jugak. Ok, entri ni bukan lah untuk aku menunjuk nunjuk yang aku dapat pengecualian ke apa ka. Im writing this entry is because there is a story before aku apply untuk pengecualian tu. Lets get into it.
Aku pemegang biasiswa JPA starting daripada semester 4 aku masa kat UPM dulu. Jadi sebelum aku dapat JPA tu aku mengunakan khidmat PTPTN la kan. Maknanya aku ada berhutang dengan PTPTN dan aku tak habiskan degree aku dengan PTPTN, tp dengan JPA. Months before aku apply for pengecualian tu, aku ada tanya dekat satu kaunter PTPTN yg dibukak dekat Mines Shopping Centre samada aku kena bayar atau tak PTPTN aku sebab aku tak habiskan degree aku dengan PTPTN walaupun aku dapat first class for my final CGPA. Pegawai tu cakap Yes aku kena bayar balik semua yg aku dah pakai sebab aku tak tamatkan degree aku dengan PTPTN. So, aku pun balik lah dengan hati yang hampaa dan kaciwa sebab fikir yang aku kena bayar balik RM13,000 walaupun aku susah payah belajar dptkan first class tu. Mostly kawan2 aku yang lain pun mmg fikir mcm tu jugak, so nobody really took the iniative to pergi tanya PTPTN punya pejabat sebab kami percaya lah kata2 abg tadi tu.
Fast forward a few months later, aku dapat kerja and aku dapat surat mengatakan aku dah mula kena bayar PTPTN aku. Aku pun pergilah ke kaunter PTPTN yang di buka dekat Tesco Utara Sungai Petani. Beratur...... Then bila sampai turn aku.. Aku pun isilah borang untuk pembayaran tu, right before aku bayar.. Aku tanya dekat pegawai yang jaga situ, for the last time sama ada aku mmg kena bayar atau tak PTPTN aku tu. Sembang punya sembang, rupanya aku boleh apply untuk pengecualian bayaran balik ptptn tu. Aku pun apa lagi, tarik balik borang yang aku dah isi td tu, simpan dalam poket and senyum. *dalam hati. Then aku pun tanyakan procedure yang patut aku buat. Pegawai tu pun bagilah kat aku Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN. Its really a very simple prcodure actually. Things u need to do/have.
- Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
- Salinan Transcript Degree (Disahkan BHEA)
- Sijil Degree (Disahkan BHEA)
- Offer letter biasiswa (If pemegang biasiswa)
Aku pergi UPM a few days after that, dptkan cop BHEA dan lepastu aku pun submit semuanya dekat pejabat PTPTN dekat TBS. Settle weh. Senang ja. Aku ingatkan tidious kerjanya. Hgpa pun msti ingat byk benda nak kena buat kan? Nope. Simple sahaja. Borang dia pun satu page ja actually. Kalau hgpa nak pun aku boleh emailkan dekat hangpa. So, kepada peminjam PTPTN yg grad first class, jgn buang masa lagi, p cepat settlekan benda ni. Kepada yang sama case macam aku, harap info ni berguna. Ramai weh yang tatau pasal scholarship holder boleh dpt pengecualian jugak ni.. So, now you know, masih ada harapan untuk kita. haha.. Ok, p apply cepat, they will take lebih kurang 1 bulan untuk process application hgpa. Goodluck! Ada soalan boleh tanya kat bawah ok?
Assalamualaikum.