Pengalaman: Utusan 7.12.2013

By Kimi Jamai - December 06, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Semalam dapat keputusan positif daripada JPA.. Harini dapat berita gembira daripda Utusan Malaysia pulak.. Satu persatu rezki Allah bagi.. Alhamdulillah.. 



Minggu lepas kak Lyn dari Utusan hantar mesej kat inbox fb aku, katanya nak interview aku untuk blogger pilihan minggu depan ( minggu ni)..Haritu hari khamis, n dia nak interiview tu hari jumaat..Mula2 terkejut gak aku.. Lepas tu mai rasa seronok.. Lepas seronok, mai rasa berdebaq plak dah.. Berdebaq pasaipa? Pasai, aku ni kalau bab2 kena interview ni mmg agak xberapa nak pandai sangat.. So, berdebaq.. Esoknya, jumpa Kak Lynn.. Nasib baiklah Kak Lyn ni mmg jenis yg sporting n sempoi ja.. So, xdalah kekok terok sangat.. Tapi still kekok.. Kekok sebab, Satunya aku mmg selalu kekok.. Kedua sebab aku ni bukanlah sapa2 pun untuk diinterview.. Blogger picisan ja.. Tapi Alhamdulillah Allah bg peluang nak merasa masuk paper..So, kena bersyukurlah kan Hehe.. Thank You Allah..Dan thanx jugak Kak Lyn sebab help me through with the interview dan sebab tulis elok2 pasai saya..

Hari ni, lepas kelas tadi, dapat call daripada rumah.. Mak call.. Dengaq daripada suara, seronok sungguh dia anak dia masuk paper.. Haha.. Mak kata, "Gambaq hg besaq dalam tu.. Hensem!".. Haha.. Kembang semangkuk sat.. Thanx mak abah sebab selalu doakan kebahagiaan Mie.. n finally, thanx kepada semua yg pernah, sedang dan akan singgah ke blog Kimi Jamai ni.. :) Arigatogozaimasuu, kamsahamida, kopkhunkhrap, syukran!

Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D