About Me

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Nama aku Hakimi.. Pada saat detik dan ketika aku menaip entri ni, umur aku 20 tahun.. Aku belajar di Universiti Putra Malaysia mengambil jurusan Bacelor Bahasa Inggeris.. Blog aku ni dah lama sebenarnya aku buat, tapi dulu tu aku buat blog sebab member2 aku suma pakat ada blog.. Suma pakat nak kongsi cerita.. So, aku pun xnak ketinggalan la kan.. Muncullah blog ni.. Walaubagaimanapun, dulu blog ni sekadar untuk kawan2 terdekat aku ja baca.. Memang betul2 untuk depa.. Haha.. Time tu taktau langsung apa2 tentang dunia blogging ni.. Lepas tu, Tahun aku SPM, blog ni mati. Yelah, dah aku tinggalkan dia xberentri.. Mcm badan xda roh la kan? Mati. Lepas SPM, aku p PLKN.. Blog ni masih lagi, Mati.

 Lepas tu aku masuk ke UiTM Alor Gajah.. Blog masih lagi sunyi.. Lepas2 aku keluar dari UiTM, time tu cuti selama lebih kurang 6 bulan.. Time tu, aku tatau nak buat apa.. Ya, kerja memanglah kerja.. Tapi still rasa kosong.. Then aku teringatkan blog ni.. Aku bukak balik blog ni.. Baca balik kisah2 lama.. Tergelak aku baca suma yg aku dok gebang kat sini dulu.. Then aku realise.. "Hey, blogging is fun la.. Its like a diary that everyone can read, Why dont I keep on writing stuff".. Start daripada tulah, aku mula menulis blog ni dan pastikan ia sentiasa hidup..

Sekarang, blog ni dah jadi sebahagian dari hidup aku.literally sebahagian dari hidup aku.. Yelah, hampir suma benda yg aku lalui, aku tulis dalam blog ni.. So, its safe to say that aku sayang blog ni.. Dengan blog ni lah aku dapat ramai kawan baru, dengan blog nilah aku merasa masuk majalah.. Dengan blog ni lah aku sentiasa xsunyi.. Thanx blog.. You are one of my best buddies.. :D


  • Share: