Sembang2: Info Biasiswa Malaysia

Tuesday, February 18, 2014

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Entri kali ni adalah untuk mempromosikan satu page baru kendalian aku sendiri dimana dalam page ni aku akan warwarkan atau hebahkan tawaran2 biasiswa yang dibukak untuk pelajar2 kat Malaysia..Ada untuk lepasan SPM, untuk Undergraduate dan ada jugak untuk Post-graduate.. Dalam page ni, aku akan kongsikan links to website yang sediakan info berkaitan  dengan biasiswa yg tengah dibuka at a particular time..Sekadar untuk mengisi waktu lapang dan membantu rakan2 kat luar sana yang mana berminat untuk apply biasiswa tapi taktahu biasiswa apa yg sedang dibuka dan ditawarkan at this very moment..  Jadi, kepada yang nak tau info berkenaan dengan biasiswa2 kat Malaysia ni, jemputlah like page kat bawah ni yer..



Itu saja untuk kali ni...Terima kasih kepada yang sudi like page tu.. Aku hadiahkan satu senyuman untuk anda2 yang like tu  :)  ..hehe.. Semoga ramai pelajar2 kat luar sana yang dapat manfaat daripada page ni.. Okeyh, jumpa lagi di lain entri!

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen



Pengalaman: Program Hypno Entrepreneur.. Well Done?

Sunday, February 16, 2014
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Ini hari gua bakal masuk kelas untuk semester baru.. Semester 4..Ada dua subjek lagi xberdaftar dek kerana keperlahanan sistem maklumat pelajar yg upm pakai ni.. Tapi xpalah, japg inshaAllah settle.. Anyway, entri kali ni aku berkongsi sikit cerita tentang kursus yang aku hadiri beberapa hari yg lepas.. Kalau ada yg perasan, dalam beberapa entri yang lepas aku ada sebut tentang kursus Hypno Entrepreneur kan? Haaaaa.. dah ingat dah? Kursus itulah yang aku nak ceritakan ni..


Kursus ni dianjurkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia dan UPM dimana pengarah untuk projek ni adalah TNC kami sendiri.. Peserta untuk Hypno Entrepreneur kali ni adalah peneraju untuk program Hypno Entrepreneur *susahnya lah nak sebut* yg akan datang..

Program ni ada 4 fasa semuanya, fasa pertama dibuat dekat D'Village Ayer Keroh Melaka.. Dekat dengan ZOO Melaka, Hari pertama lagi aku ngan kawan2 aku dah p menyelinap masuk dalam ZOO tu.. Xdapat kawal nafsu nak tengok harimau, kucing hutan dan lain lain menatang lah.. haha.. Untuk fasa 1 tu, penganjur ada panggil selebriti tv dan jugak usahawan2 berjaya untuk bagi talk berkenaan dengan penampilan diri dan apa yg perlu kita terapkan dalam diri kita untuk jadi seorang usahawan..Diakhir Fasa 1 tu, kami dimintak untuk buat kumpulan/companyolokolok sendiri, dan rancangkan apa yg kami nak jual untuk fasa 2 nnt.. 

Tengok ayat tu.. Xleh blah btoi..
Fasa 2 dibuat dekat Port Dickson.. Time tu tengah dok cuti Chinese New Year, so mmg sangat ramai manusia kat situ.. Walaupun cuaca panas terik teruk, still ramai orang yg dok berendam dalam laut tu.. Untuk fasa 2 ni, kumpulan aku ( Hashra, Wan, Husna, Mimi, Mariah, & Ju) dah decide untuk jual kerepek ubi, biskut, marshmallow n kacang salut tepung.. Alhamdulillah berjaya, siap ada time untuk naik banana boat lagi..hehe.. Nice experience.. Untuk baca lebih lanjut, boleh klik SINI


Fasa 3, kami dibawak ke Sungai Besar Selangor.. Menginap dekat Homestay D'idaman Hj Dorani.. Dalam fasa 3 ni, kami peserta2 didedahkan dengan produk2 industri kecil & Sederhana.. Kami pergi kilang kerepek, kilang bahulu, kilang nata de coco & kilang minyak kelapa dara..Semuanya bumiputra yang uruskan.. Tabik Springgggtoingtoingtoing! Fasa 3 pun best..


Fasa 4, kami menginap dekat UPM jaa,  pengisian untuk fasa 4 ni adalah lawatan ke syarikat2 yang mana tokey besar syarikat2 ni adalah bekas pelajar UPM sendiri.. n depa ni muda2 lagi.. Kami p ke kilang Burger Bakar Abg Burn.. Dengar sendiri Pengurus besar company tu, Sabri Salleh bercerita & berkongsi pengalaman dia dalam dunia perniagaan ni.. Sangat byklah benda yg dia kongsikan dengan kami n siap bagi kami daging mentah abg burn lagi.. Haha.. Nampak x betapa specialnya kami, org lain dok beratuq beli burger bakar abg burn.. Kami dapat tengok sendiri daging2 burger tu sebelum dibakar.. haha.. Lepas tu, kami pergi ke  tadika yg jugak diusahakan oleh bekas pelajar UPM.. Tadika tu merupakan franchise bagi jenama The Little Caliph.. Byk jugak yg pengurus tadika tu kongsikan.. Mmg sangat berguna untuk kami yg teringin nak venture into bussiness ni.. Terima kasih atas ilmu dan perkongsian yg diberikan.. Program ni diakhiri dengan Dinner with our TNC.. :)


Secara keseluruhannya program ni mmg best.. bak kata nora danish, "Nora bagi 4 Bintanggg..ihikihikihik".. haha.. Mmg pengisian program berjaya menghasilkan outcome yg berkesanlah.. Kenapa aku cakap cmtu? sebab lepas habis program ni haritu, otak aku asyik nampak bisnes ja.. Pandang baju nampak bisnes, pandang hanger nampak bisnes, pandang tombol pintu nampak bisnes, pandang roomate nampak bisnes * apakah..haha.. The thing is, program ni mmg dah berjaya menghypnosis otak aku.. So, sekali lagi "Nora bagi 4 Bintanggg..ihikihikihik".. Sekarang pun dah ada plan untuk buat satu bisnes ni, tapi masih lagi dalam perancang.. Harap dapat laksanakan...So, aku nak ucapkan terima kasih kepada penganjur sebab dah anjurkan satu program yg bagus untuk kami peserta, and thank you Allah for this opportunity.. Thanks.. So, stakat tu dululah untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri..
Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen




Info: Macam Mana Nak Download Video Dari Youtube ?

Saturday, February 8, 2014
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Tempoh hari, aku ada terjumpa satu info yang aku rasa sangat menarik dan sangat membantu.. Mungkin benda ni ada di antara anda-anda kat luar sana yang dah tau, tapi takpa, aku tetap nak kongsikan jugak sebab aku rasa masih ramai lagi yang taktau tentang benda ni.. Hehe.. Apa dia lah benda yg aku dok bajet buat suspen ni kan.. Haha.. Aku nak kongsikan cara paling mudah untuk download video daripada Youtube *ofcourse lah selain daripada IDM kan..hoho.. Jom baca selanjutnya untuk tahu langkah-langkah macammana nak download video-video daripada Youtube.com dengan cara yg sangat mudah jika anda tak nak guna IDM..


1. Masukkan nama video yang anda nak download tu dekat carian Youtube.

2. Bila dah sampai ke video yg dicari tu, selitkan "ss" diantara "www." dengan "youtube.blah.blahblah" dalam url video yg anda nak tu..Then, enter!


3. Anda akan disampai ke webpage ni..

4.Lepas tu, boleh pilih saiz untuk video tu.. Kalau nak yg gambar elok sikit, pilihlah yg lagi besar angkanya.. 

5. Dah pilih saiz? Klik download dan tunggulah sampai video tu siap di muat turun.. Senang x?

Itulah salah cara mcmna nak download video dari Youtube dengan mudah..Hehe.. Kepada yg dah tahu msti hgpa dok pikiaq " Noob bak hang budak ni".. Xpa2, ceq mmg noob sikit.. dan kepada yg sama2 baru tahu mcm aku, aku ucapkan Sama-sama k.. Haha.. Orait2, itu saha kot yg aku nak kongsikan kali  ni.. Jumpa lagi di lain entroire.. 


Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen




Pengalaman: Harian Metro 7hb Februari 2014

Thursday, February 6, 2014
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Hari ni 7hb Feb, secara xberapa nak rasminya cuti sem aku kat rumah dah tamat.. Sekarang ni, pada ketika dan saat ni *cewwah ayat, aku sedang menaip entri ni kat bilik aku di Kolej 12 Serumpun sorang2..  Aku xpasti berapa orang yg ada kat kolej ni sekarang, tapi yg aku pasti kat level aku ni mmg aku sorang ja yg dok buat semangat balik awal.. Haha.. Aku balik awal untuk hadiri Kursus Hypno Entrepreneur anjuran Kementrian Pendidikan Malaysia dan UPM bagi fasa 3 & 4.. So, InshaAllah berbaloi lah aku berkorban balik UPM awal ni.. Balik harini sekali harung dengan kakak aku yang bakal ber-internship dekat Erns and Youngs dekat Damansara..


Pagi tadi lepas hantar kakak aku kat rumah sewa dia, member aku Mimi, hantar satu mesej yang berbaur lucah  berbunyi " Kimi hg masuk paper arini. Amboi dulu suka suka sekarang Cinta. haha ".. Perasaan agak excited time tu.. Haha.. Aku pun maklumkan lah kat mak ngan ayah aku, depa sukalah kan.. Lepas tu, masa otw nak hantar aku ke UPM, kami singgah kat Petronas jap nak isi minyak... Aku pun pergilah cari surat khabar Metro yg Mimi bagitau tadi tu.. Jumpa & terus beli.. Bayaq kat kaunter RM2.00, keep the chance *ini tipu.. haha.. Lepas tu selak helaian metro tu slow2 dgn penuh sabar *ini juga tipu.. selak mcm dok cari duit sejuta tersembunyi dlm paper tu.. Jumpa muka surat ini.. 


Tajuk tu xleh blah tu.. XD


Terima kasih Harian Metro sebab sudi selitkan cerita aku dalam paper kalian.. Terima kasih sebab sudi kongsikan cerita aku dan blog picisan aku ni dengan orang kat luar sana.. Terasa amat dihargai *ayat sadis..Hehe.. But really, Thank you.. :) Kepada pengunjung2 yg sudi luangkan masa dan mata anda untuk menjenguk ke blog aku yg byknya merapu ni, aku ucapkan kop khun krap! dan teruskanlah merapu dengan aku.. :) Itu saja kot untuk kali ni.. 

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen


Pengalaman: Recapitulation of the Week.

Monday, February 3, 2014
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tuddiiiaaaa.. Lama gila dah rasanya aku biarkan ruang kecil ni xterupdate..Last update 17 januari haritu.. Ish2.. Nak kata busy, xdelah busy mana pun.. Entah kenapa tiba2 terasa berat pulak tangan ni nak taip entri2 baru kat sini..  Tapi tidak lagi! *ayat dramatik iklan.. Tak boleh biarkan blog ni bersawang lama2, takut nnt labah2 mai bertelur plak kat sini.. So, kali ni aku nak cerita ceriti sikit kat sini..



Pertama-tama, aku nak ucapkan terima kasih kepada kwn2 dan keluarga yg wish untuk birthday aku tempoh hari.. Semoga apa yg anda2 sekalian doakan untuk aku tu dimakbulkan.. Amin.. Masa birthday aku haritu aku tengah dok berkursus usahawan dekat Port Dickson and dekat hotel kami tu xberapa nak dpt line internet yang clear.. So, mmg xtaulah apa yg terjadi kat alam maya ni ha.. Birthday wishes pun xsempat nak ucapkan terima kasih.. So, here I am saying Thank you kepada semua yg wish haritu.. haha.. Buat terok plak aku ni.. XD


Ok, next.. Kursus usahawan yang aku mentioned kat atas tadi tu adalah fasa kedua bagi Hypno Entrepreneur anjuran Kementrian Pendidikan Malaysia & UPM sendiri.. Untuk fasa kedua ni, aku dan kumpulan aku serta kumpulan2 yang lain perlu bertanding untuk menjual produk masing-masing yang mana bermodalkan RM500 yg diberi oleh pihak penganjur.. RM5OO tu mmg diorang bagi terus kat kami untuk jadikan modal..Ni kira The Apprentice versi student la.. Macam yang aku cakap tadi, kursus kali ni dibuat kat Port Dickson bertarikh 31 januari sampai 2 Februari.. CNY kott.. mmg ramai gila manusia kat PD tu.. dah mcm kat Hawaii dah aku tengok..




Back to our bisnes tadi tu, kitorang telah bersetuju untuk jual Biskut Choc Chip, Kerepek, Kacang & Marshmallow.. Group lain ada yg jual air, jeruk n mcm2 lagilah.. Untuk kumpulan kami, semuanya berjalan lancar.. Sangatlah lancar.. Mmg xdak masalah langsung.. Pengunjung2 kat PD tu mmg sproting abes *sproting pun bolehh... Ada yang siap nak sedekah lagi kat group kitorang.. haha.. Pemurah sungguh hati org Malaysia ni.. dan disebabkan kelancaran proses urus niaga group kami dan jugak ahli2 kumpulan kami yg mmg kacak serta comel yg telah berjaya menambat hati pengunjung2 kat PD tu, maka produck kami habes dijual on the half of the second day.. Mmg terlajak larisssss * bak kata Dherbs punya owner.. Mmg diluar jangkaan jugaklah.. So, kami pun balik dan berehat.. Produk dah habis, n we still have one more day to spend.. Hehe.. The next day, kumpulan2 lain masih lagi berjual beli, kami dok enjoy dalam laut.. haha.. Naik banana boat, lepastu dok main pasir mcm budak2 tadika kemas.. It was a really good day.. Fasa 2 berakhir dengan baiknya.. Untung jual haritu pun Alhamdulillah memberangsangkan.. hehe.. So, tunggu fasa 3 & 4 plak sekarang.. :)





That was Port Dickson, buat masa sekarang, aku sedang memerah otak untuk buat design bagi kotak Tahfiz Coffee yg akan diedarkan oleh Maahad Tahfiz Al-Barakah di Tikam Batu.. Harap dapat buat yg stailo2 dan memenuhi kehendak Maahad.. :D Rasanya itu saja kot perkara2 yang aku dapat kongsikan untuk kali ni... Harap nafsu aku untuk blogging ni akan sentiasa ada.. Bila lama2 xupdate blog ni, risau jugakk takut2 terpadam semangat nak menulis ni... Biar xdak orang baca pun, tapi aku jgn aku berhenti bercerita.. Hehe.. Orait, tu saja untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri...

Assalamualaikum.
********************
Jemput Komen
 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger