TIPS: Hilangkan Perut Boroi & Dapatkan 6packs!

Friday, September 27, 2013
Assalamualaikum
Salam muhibbah. Tips dibawah ditulis oleh penulis jemputan.
Saudara Zahid Ibrahim


Ok, tengok gambar pon anda dah tahu, memang awesome kalau ada 6 packs kan? Dari dulu teringin nak ada 6 packs, jadi buat la sit up setiap hari. Tiap-tiap buat 100 sit up, tapi kenapa masih belum Nampak lagi 6 ketulan di perut anda? Pelik kan? So, kalau nak dapat 6 packs, marilah kita sama-sama mendengar fakta-fakta mengenai 6 ketul ini.

.::Sekarang, tengok dan fahamkan term-term yang ada di otot perut kita::.


Dah faham? Sekarang kita akan menceritakan bagaimana hendak mendapat 6 ketulan ini. Mula-mula, faham dalam otak anda bahawa 6 packs ini berkaitan dengan diet(pemakanan) anda sendiri. Kalau anda ada bodyfat lebih dari 15 ke atas, alamatnya memang tak akan nampak 6 ketul anda. Sebab kalau bodyfat tinggi, lemak akan menutup otot-otot anda, lalu mengakibatkan perut anda seperti agak gemuk. So, lemak itu akan cover 6 pack anda dan anda perlu menurunkan bodyfat anda kepada 10% ke bawah untuk mempunyai 6 pack yang kelihatan. Lihat gambar ini.


Nampak tak? Dengan menurunkan bodyfat anda kepada 10% ke bawah, six packs anda akan timbul. Bagaimanakah caranya untuk menurunkan bodyfat kepada jumlah yang ingin dicapai? Biar saya jelaskan dengan mudah.

Inginkan 6 Packs Abs? (Turunkan bodyfat% anda sekarang)
  1. Exercise(cardio/weightlifting/calisthenics/sports)
  2. Kurangkan makan.
  3. Minum air kosong banyak.
  4. Tidur yang cukup.
Senang saja kan step nak dapat 6 ketul? :D


Informasi Tambahan

  • Senaman sit up kurang efisyen untuk six packs, lebih bagus lakukan crunch, L-Sit, Leg lift dll.
  • Generally orang yang mencapai bawah 10% bodyfat akan nampaklah 6 packs beliau.
  • Cara nak maintain six packs bukanlah senaman all the time. Tapi jaga makan tu, kalau tak nanti tak mungkin dapat 6 packs.
  • Six packs tak akan muncul dalam masa yang singkat, jadi bersabarlah ye. Lagipon kita tak gemuk semalaman, jadi jangan nak kurus dalam masa yang singkat. Hahaha.

    Diharap entri yg ditulis saudara Zahid ni dapat membantu rakan2 kat luar sana untuk mendapatkan bentuk badan yang hgpa idamkan. Aku pun nak 6packs gak! hehe.. Nak kena usaha lebih lagi ni.. Orait, itu saja untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri! 

    Assalamualaikum
    *****************
    Jempu Komen

Segmen-Saya Mahu Ditegur


Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Saya mahu ditegur! Bukan ditegur jin as in kena sampuk suma tu.. Tapi ingin ditegur oleh rakan2 blogger.. Hehe.. Dalam minggu ni byk dok tengok blogger2 lain join satu segmen ni.. Segmen yg dinamakan Saya Mahu Ditegur. Penganjur segmen ni adalah encik eryqazz blogger otai.. Hehe.. Jadi aku pun nak la ditegur dan menegur jugak kan.. 


Tujuannya aku join segmen ni adalah untuk mendapat kenalan2 baru sambil2 meneguhkan lagi kedudukan dalam dunia blogging ni.. Teringin nak pergi jauh dalam arena penulisan blog ni.. Jadi salah satu caranya adalah dengan berkenal kenalan dengan rakan2 blogger yg lain melalui segmen2 mcm ni.. :) Jadi marilah kita saling tegur menegur.. "Bersatu kita teguh, Bertegur kita erat" *cewwah.. hehe..  Sampai sini dulu kot.. :)

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen

Sembang2: Ramai Yg Nak Nikah Khitbah Ke?


Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Harini xbanyak traffiq organic yg disumbangkan google ke blog aku.. Tapi alhamdulillah, still ada gak.. Dan keyword yg agak hangat untuk hari ni adalah "pengalaman nikah khitbah". Aku percaya 100 yg traffic2 ni masuk ke blog aku ni disebabkan entri aku berkenaan dengan ex-roomate aku yg nikah khitbah beberapa bulan yg lepas.. Entri tu aku tulis sekadar nak sampaikan ucapan tahniah aku kat member aku tu.. xsangka plak entri tu naik sebagai salah satu entri panas kat blog aku ni.. haha.. Boleh dikatakan, setiap hari ada traffic organic berkaitan dengan keyword tu.. Tudiiaa, nampak dah ramai yg bercadang nak nikah khitbah ni.. hehe.. Aku pun mcm nak ja.. keh3..

From nuffnang punya stats.


Sebenaqnya, aku dah banyak kali dah tengok org2 kat sekeliling aku nikah khitbah.. Kakak2 aku dan mmber aku. Cuma aku jelah yg belum lagi.. hewhewhew..  Xsampai masa lagi kot.. Lambat lagi aku nii.. haha.. So, disebabkan keyword ni mmg sangat kerap masuk ke blog aku ni, insha Allah dalam masa terdekat ni, aku akan cuba minta ex-roomate aku yg bernikah khitbah tempoh hari untuk kongsikan pengalaman sebenaq dia dalam blog ni... Aku selalu jugak tanya2 dia perkembang dia dan isteri, jawapan dia alhamdulillah sumanya positive2.. Bahagia dan sebagainya lah.. Walaupun dia masih lagi seorang pelajar* sebaya dengan aku, tapi Alhamdulillah semua urusan rumahtangga depa dipermudahkan dari segala aspek.. Nntlah dia kongsikan kat sini dengan lebih lagi... Ehhhh, satu lagi benda, depa bakal jadi parents xlama lagi.. haha.. Subuq btoi mmber aku sorang ni..  Orait, tu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. 


Assalamualaikum
***************
Jemput Komen

Pengalaman: Rubiks Cube Sekali lagi!!

Saturday, September 21, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Tahu x apa itu rubiks cube? Ok, kalau tau apa itu rubiks cube, soalan seterusnya, tau x cena nak solve kan rubiks cube? Haha.. Ada yg tau, ada yg taktau kan? hehe.. Sapa2 yg sebaya dengan aku atau mungkin yg tua sikit dua 3 tahun, ingat lagi x ada satu time dulu yg Rubiks Cube ni menjadi kegilaan remaja2.. Kat sekolah aku dulu, budak lelaki yg xreti buat rubiks cube ni kira ketingalan laa.. Siap ada pertandingan Rubiks Cube lagi kat sekolah dulu.. Aku pun pulun la belajaq cmna nak solve Rubks Cube ni.. Xnak la jadi loser kan..hehe.. Habes suma kwn2 aku paksa suruh ajaq aku buat rubiks cube ni.. Finally boleh jugak selesaikan.. Tapi lepas dah tinggalkan sekolah, dah xsentuh langsung dah Rubiks Cube.. So, lupaaa..  Tapi ntah kenapa beberapa minggu ni aku dok teringin nak main balik Rubiks Cube.. So, haritu  sebelum aku balik UPM, aku pusing2 la area taman aku ni nak cari Rubiks Cube, tapi xjumpa.. Kali ni aku balik rumah, cari lagi kat area2 sini.. JumpaK! 


Tapi aku dah lupa, so kenalah carik guru untuk mengajaq aku balik.. Tapi kwn2 dah xdak, suma dah bertaburan merata rata.. Jadinya, aku pun tengok lah kat internet.. Setelah semalam mengerah otak dok tengok tutorial kat youtube dan website2, akhirnya aku berjaya jugak siapkan Rubiks Cube! woohooo! haha.. Exited terlebih plak dah..Ni aku ada buat video sebagai bukti.. Tapi video ni dah di percepatkan sebanyak 4x lah.. haha..  Kalau aku x percepatkan video ni kang ada yg terlena terbongkang dok menunggu aku siapkan Rubiks Cube ni.. keh3.. Nah ninddiiaa..

video

Haha.. Amacam, ada gaya pro dak? perosak adalah kan.. hoho.. Orait, tu sajalah yg aku nak kongsikan.. Rasa lega bila dapat balik ilmu yg aku pernah ada satu ketika dulu... Walaupun just ilmu nak solve rubiks cube, tapi still ilmu.. So, still ada valuenya. :D Jumpa di lain entri!

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen


Pengalaman: Kisah Kedai Kopi Aku

Asslamualaikum.
Salam Muhibbah.. Hari ni, blog dah jadi satu medan untuk mcm2 benda. Ada yg guna blog untuk cari kwn, ada yg guna untuk cari duet, ada yg guna untuk promote produk dan mcm2 lagi kegunaan blog.. Itu pasallah hari ni, ramai gila org dah ada blog ataupun website sendiri.. Org dah mula nampak kepentingan blogging ni.. Dah nampak keberkesanan blogging ni.. Untuk aku pulak, aku mula blogging sejak daripada tingkatan 3 lagi (sekarang aku 20 tahun). Tapi time tu dulu aku cuma buat sebab kwn2 rapat aku buat. Aku langsung tatau yg dunia blogging ni boleh jadi seluas yg aku dapat tengok sekarang ni.. Dalam entri kali ni, aku cuma nak kongsikan sedikit cerita aku dalam dunia blogging ni dan mcmana blog aku ni slow2 berkembang dan berevolusi *cewwahh ayat mahai!

1.Fasa Design Nak Lawa Ja.
Masa aku mula2 blogging dulu, isi kandungan in terms of penulisan blog ni langsung aku xamek kisah.. Yg aku utamakan dulu cuma design dan hiasan2 jaa.. Yelah, masa mula2 buat blog dulu kan aku buat sebab kawan buat, so dok kerja bersaing lah, design sapa paling ohsem.. Penuh bersepah blog ni dengan gadget2 dan widget2 yg menyerabutkan kepala dan hotak org yg melihat.. Tapi time tu, aku dok bajet mcm dah habes lawa lah blog ni.. Lagi banyak widget lagi bangga.*Sekarang facepalm bila ingat balik..




2. Fasa Belajar Design.
Dalam fasa ni, pemikiran masih sama mcm yg sebelumnya.. Masih lagi dok mencuba untuk dapatkan design blog yg lawa. Cumanya dalam fasa ni, aku dah mula berkunjung ke blog2 mcm Fizgrahic, Jombinablog dan mcm2 lagilah blog yg sediakan tutorial untuk mengedit blog.. Yep, sebelum ni cuma copy paste html dari website lain tapi time ni dah mula berjinak jinak untuk belajar mengedit sendiri blog ni.. Belajar belajar dan belajar.. Dapat banyak jugaklah ilmu baru yg aku taktau langsung sebelum ni dan mmg aku xkan belajaq langsung dalam kelas.. Hanya dapat melalui tutorial di blog kwn2.. :) Mulalah try and error untuk mengedit blog.. Selain tu, time ni jugaklah aku mula berjinak jinak dengan software2 edit gambar.. Dan aku selalu tengok tutorial edit gambar dekat Youtube.. Mmg byk ilmu yg aku dapat dari internet ni.. Hehe..


3. Fasa Nak Followers Banyak.
Sebelum2 ni xfikirkan sangat tentang jumlah follower. Tapi sampai satu masa tu, aku terasa mcm nak ada follower banyak2.. Bukan harap nak jadi femes ke apa *actually adalah sikit.. Tapi sebab time tu, aku taktau apa tujuan blogging ni.. Jadi, aku punya mind set time tu Tujuan Blogging adalah untuk cari followers banyak2 supaya ramai org yg baca kisah aku.. Seriusly, mmg aku xtau apa tujuan org blogging time dulu tu la.. 

4.Fasa Dah Capai Target Dan Hilang Tujuan.
Masa aku dok kumpul followers banyak2 dulu tu, aku ada letak target. Target aku nak capai 1000 followers dan 100 000 pageviews.. Basically, tu adalah satu2nya pembakar semangat aku untuk teruskan blogging.. Jadi lepas dah capai jumlah seribu followers dan 100 000 pageviews tu, aku mcm hilang tujuan. Haha.. Aku dah xda target.. Semangat blogging pun mula nak hilang..




5.Fasa Dah Semangat Balik Nak Blogging, Masa Xberapa Nak Ada.
Bila dah hilang mood nak blogging tu, mcm2 benda yg aku buat dan antaranya ada aku ceritakan dalam entri ni . Sampailah aku dengaq tentang SEO, Branding dan mcm2 lagi cabang baru dalam dunia blog ni.. By that time, aku tau yg aku ni baru beberapa langkah ja dalam dunia blogging ni dan perjalanan masih jauh lagi untuk aku.. So, kenapa lost tujuan now? Wait. The end is still so far, aku baru dua tiga tapak ja melepasi garisan permulaan. Sampailah ke sekarang ni.. Hehe..  Cumanya sekarang ni, aku nak kena seimbangkan masa sebaik mungkin.. Yelah, student lah kata kan.. Hehe..


So, mcm tulah sedikit sebanyak cerita tentang blog aku ni.. Kepada blogger2 yg baru nak berjinak jinak dengan duni blogging ni, jgn cepat putus asa.. Teruskan usaha hgpa.. Satu hari nnt, hgpa msti akan dapat petik buahnya *bermetafora la plak.. hehe.. Mood blogging hilang ke laut tu normallah, pandai2lah pasang semula semangat tu..Jgn biaq dia tenggelam n karam terus kat dasar laut tu.. Ok? Oklah, dah panjang lebar aku bercerita.. Sampai sini dulu k..

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen 

Sembang2: Kaki Lima T-Shirt Printing!

Friday, September 20, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Harini hari gumbira sebab aku sekarang ada dekat rumah tercintun di SP kedah.. Walaupun baru dua minggu ja naik semester tapi rindu kat rumah ni dah mcm sebulan xbalik.. *Anak manja bak hgg!.. hehe.. Kira oklah kan, haritu masa cuti hari Malaysia aku xbalik mcm student2 lain.. So, fair enough la.. Aku sampai ke rumah petang tadi.. Ada Mak, kaklong aku ngan anak sedara aku ja.. Yg lain pakat2 xdak dah.. Suma belajaq jauh2 dah.. Ayah aku plak kerjanya di Perak sana nuh.. So, kalau kaklong aku balik Kulim, tinggailah mak aku sorang2... Nasib baik aku balik! Bleh teman dia.. :)

Ok, entri kali ni ditulis sebenaqnya nak mempromote bussiness baju yg agak menarik konsepnya. Dimana baju yg aku maksudkan tu mempamerkan kata2 yg menyokong perjuangan Jihad di bumi2 yg tak bernasib baik mcm Palestine, Syria, Mesir dan sebagainya.. Nama syarikatnya adalah Kaki Lima T-Shirt Printing.. Design2 yg disediakan pun mmg menarik2 sumanya..Dan material kain dia pun sedap dipakai.. Aku pun ada dah satu! hehe..


Model xbertauliah..

Kalau rasa berminat nak tempah, boleh la buat tempahan di facebook page depa:


Orait, tu saja yg aku nak kongsikan kali ni..
Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Movie Time: Vikingdom KRU.. OK or KO?

Sunday, September 15, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Kali ni aku nak buat review tentang satu movie yg mmg dah agak berkurun aku nnt2kan.. Punyalah lama aku tunggu nak tengok cerita ni sampai aku pun dah xingat bila kali pertama aku dengaq berita pasai cerita ni.. Rasa mcm dah lama sangat.. Janggut ni daripada ada 3 helai, sekarang dah bleh buat penyapu dah.. hehe.. Cerita apakah? Cerita yg aku maksudkan adalah Vikingdom arahan Yusri KRU yg dibintangi majoritinya oleh pelakon2 luar negara.. Even the extras pun sumanya mat soleh salleh.. 


Jalan cerita/sinopsis Vikingdom. Cerita Vikingdom ni mengisahkan kehidupan seorang Raja dari negara Jomsberg yg bernama Eirick Bloodletter yg dilakonkan oleh Dominic Purcell. Cerita ni bermula dengan kematian Eirick yg kemudiannya dihidupkan semula oleh kekasih dia yg jugak merupakan salah sorang daripada kerabat2 Dewa greeks. Dewa Petir A.K.A Thor merancang untuk bukak pintu Neraka, Syurga dan apa entah satu lagi, untuk mendatangkan huru hara kat manusia supaya manusia kembali berpegang kepada Dewa2 Greeks.. Satu2nya org yg boleh hentikan Thor adalah Eirick.. Sebab Eirick ja yg mampu untuk masuk ke tempat dimana senjata yg dapat bunuh Thor disimpan.. So, cerita ni punya storyline adalah tentang perjalanan Eirick nak dapatkan senjata tu dan kemudian pertempuran antara dia dengan Thor.. Nak tau sapa menang? haha.. mstilah Hero menang.. Tapi sebelum dia menang dan semasa dalam perjalanan dia tu, mcm2lah konfliknya.. 



Komen aku. Cerita ni mmg satu revolusi baru lah dalam dunia perfileman Malaysia. Yelah, rasanya belum ada lagi cerita kat Malaysia ni yg dilakonkan oleh 90% pelakon luar dan dialog pun almost 100% bahasa asing.. Walaubagaimanapun, agak sadis sikitla part2 CGI dia.. Aku tau, mmg susah nak capai CGI level mcm filem2 mat salleh.. Tapi sejujurnya, mmg agak sadis CGI dalam cerita ni.. Teruk tu tidaklah teruk..Ada jugak part yg mmg stylo, tapi byknya yg kurang memuaskan lah.. Pelakon yg dipilih sumanya boleh tahan powernya, tapi x masuk dengan level CGI yg dipaparkan.. Tapi still its a good try from KRU production.. Yg aku rasa stylo dalam cerita ni adalah part fighting2.. Especially aksi2 daripada pelakon Tekken, John Foo. Walaupun dialog Jon Foo dalam cerita tu agak sadis jugak, tapi fighting dia mmg power..Untuk Vikingdom aku bagi bintang sebanyak.

5.5 Bintang!


Orait, apa yg aku kongsikan tu hanyalah pendapat dan pandangan aku sebagai penonton ja.. Bukannya nak kondem filem tempatan tau.. Aku still bangga KRU dapat hasilkan satu filem mcm Vikingdom ni *in terms of certain aspect la.. Cuma, sejujurnya, penantian aku selama hampir setahun ni berakhir dengan perasaan yg agak kecewa la..I can say that, Hikayat Merong Mahawangsa lagi gempak.. Still, its a good try. Orait, sampai sini dulu rasanya. Jumpa dilain entri.


Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen


Muhasabah: Perkongsian Ceramah Ustaz Zamri

Friday, September 13, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Lama dah xmenaip kat sini.. Mood blogging dah mula ke laut.. Plus, minggu lepas sibuk dengan urusan untuk adakan ceramah motivasi dekat fakulti.. Untuk ceramah motivasi tu kami jemput Ustza Zamri sebagai penceramah jemputan..  Kenai dak Ustaz Zamri? Alaa.. Ustaz Zamri mantopp tu.. Yg pengacara mari mengaji TV9 tu.. Kenai kan? haha.. Ceramah tu dah dirancang lama dah.. Dan berjaya dilaksanakan malam semalam.. Alhamdulillah.. So, dalam entri kali ni, aku nak kongsikanlah sikit apa yg Ustaz Zamri kongsikan semalam... Yg mana aku ingat jelah yer.. Xsempat nak salin apa2 semalam sebab aku kena jaga bahagian teknikal..


Antara isi2 ceramah semalam yang aku masih ingat adalah seperti berikut.. Aku tulis xikut sequence yer.. Pakai taip jer yang mana aku ingat dulu.. Dan satu lagi,tajuk ceramah tu "Membentuk Rohani dan Akademik Cemerlang". Jadinya, ceramah tu lebih memfokuskan kepada kami pelajar.. :)

  1. Jangan ponteng kelas.
    Xkiralah kita ni budak sekolah ataupun budak universiti, jgn ponteng kelas. Mungkin istilah ponteng kelas tu kedengaran mcm xberapa nak besar jenayahnya.. Tapi cuba kita fikirkan segala benda2 buruk yg mungkin kita buat kalau kita ponteng kelas.. Contohnya, budak sekolah. Ponteng kelas, lepas tu pergi Cyber cafe. Jumpa kawan yg sama2 ponteng sekolah. Kawan suruh try test rokok sebatang. Lepas tu kawan tu ajak p try benda2 lain plak. Kan dah makin bertambah senarai dosa tu? Same thing goes to budak2 uni.. Jadi, jgn ponteng! 

    *Bila ustaz cakap pasai ponteng tu, aku agak tersentap sikit sebab aku pun terpaksa ponteng kelas petang semalam.. tapi aku xdalah p ke tempat2 yg xtntu hala.. Aku terpaksa ponteng kelas untuk lakukan persiapan untuk ceramah malam tu lerr.. hehe..


  2. Hamba Allah & Khalifah.
    Formula untuk masuk syurga yang ustaz kongsikan ada dua.. Hamba Allah & Khalifah. Pertama sekali, Hamba Allah. Apa yg dimaksudkan dengan hamba Allah ni? semua org pun hamba Allah kan? so semua org akan masuk syurga kah? Menurut Ustaz, Hamba Allah tu adalah org2 yg dalam hidup dia, dia berpegang kepada hukum2 yg Allah dah tetapkan..  Garis panduan hidup dia adalah berlandaskan segala hukum dan suruhan Allah.. Itulah Hamba Allah.. Dan salah satu formula nak masuk syurga adalah dengan jadi "Hamba Allah".  

    Seterusnya Khalifah. Ustaz berikan nama2 insan yang memang confirm masuk Syurga mcm Nabi Muhammad S.A.W, Salehuddin Al-Ayubi dan beberapa org lagi insan2 hebat yg lain.. Lepas tu ustaz tanya " Mereka ni siapa?".. Mcm2 jawapan yg kami bagi.. Tapi jawapan yg betulnya adalah, mereka semua tu adalah org yg HEBAT. HEBAT dalam berjihad di jalan Allah.. Jadi, kalau kita nak ikut jejak langkah mereka2 yg masuk syurga tu, kita kenalah jadi org yg HEBAT.. Menjadi org yg hebat itu wajib.

  3. Betulkan Kompas.
    Betulkan kompas kehidupan kita. Tetapkan kemana arah tuju kita. Kalau tidak, kita akan terhuyung hayang tanpa arah tujuan yg betul. Dalam hidup ni, kita kalau bleh nak capai macam2 kejayaan.. Mstilah kan? Sapa yg xnak berjaya? Sapa yg xnak jadi kaya? Sapa yg xnak dihormati? Betul? Tapi kita kena pastikan, kita xlupa kat Dia disaat kita berjaya.. Pastikan, kita berbakti dijalan Dia bila kita dah kaya. Dan ingat, sehebat, sekaya, sefemes mana pun kita, kita pasti akan mati.. Ustaz banyak peringatkan yg kita kena selalu2 ingat kepada kematian. Sebab ada banyak kebaikan yg kita boleh dapat dengan mengingati kematian.


Itulah secebis daripada perkongsian yg Ustaz Zamri sampaikan semalam.. Banyak lagi benda best2 yang Ustaz sampaikan, Kalau nak cerita semua mmg tergeliat jari nak menaipnya..hehe.. Ustaz Zamri ni jenis yg kelakar, so mmg kerja dok gelak jelah penonton2 semalam.. Haha.. Best. Kalau sesiapa yg nak jemput Ustaz untuk mana2 program ceramah, bolehla lawati laman web Mantop.com.my. Memang terbaik. 2jam setengah rasa mcm sat ja.. hehe.. Orait, itu sajalah yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri!


Assalamualaikum
****************
Jemput Komen


Wordless Wednesday: His Lifestyle.

Wednesday, September 11, 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Pengalaman: Bazaar Persatuan UPM

Sunday, September 8, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Lama x ngapdet blog ni.. Sejak balik UPM ni xberkesempatan lagi nak update apa2.. Bukan sebab malas.. Tapi sebab sangat malas.. Hehe.. Satu lagi sebab aku dok mensibukkan diri dengan Bazaar persatuan yg dibuka semalam.. Bazaar persatuan ni diadakan pihak UPM dengan tujuan untuk memperkenalkan persatuan persatuan yg ada dekat UPM ni kepada student2 yang baru masuk.. Bagus jugak depa buat cmni, dapatlah senior2 promote kelab masing2 dekat pelajar baru dan pelajar baru jugak dapat sedikit sebanyak pendedahan tentang kelab dan persatuan yang ada kat Upm ni.. Aku? aku tolong jaga booth  Kelab AlBiruni UPM bersama sama dengan beberapa org kawan2 yang lain.. Ni ada sikit gambaq yang sempat di tangkap.



Hidup dekat Universiti ni sebenarnya seronok.. Cuma kita kenalah pandai2 cari keseronokan hidup di kampus ni.. Dan salah satu caranya adalah dengan join persatuan2 ni.. Tapi ada jugak org yg jenis seronok terperuk dalam bilik.. So, terpulanglah dengan cara masing2.. Yang penting, jgn kacau hidup org lain.. Btoi dak? Oraitlah hgpa, aku pun nak P sambung buat kerja aku yg sangat2 penting ni *tengok movie tengok movie.. hehe.. Jumpa di lain entri ok bah..

Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

Keyword Xleh Blah : Cara Mantapkan?

Sunday, September 1, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah... Esok nak balik UPM dah.. Sob sob sob *haaa, xpayah nak sob sob sangat lah.. Dah 2 bulan lebih dok rumah, now its time to masuk balik medan perang.. Hehe.. Orait, nak masuk medan perang ni semangat kena berkobar kobar la kan.. Btw, naik sem baru ni ceq jadi senior.. Haha.. Dok buat seronok pa tatau la.. Jadi senior ja pun.. Mstilah seronok, boleh la mintak junior tolong siapkan assignment ye dak? Hehe.. No lah, aku bukan manusia mcm tu.. Kerja sendiri, sendiri buatlah, xkiralah hg senior ka, super senior ka, super sayaaa ka, btoi dak? 

Btw, tu bukan main topic yg aku nak kongsikan kali ni..  Kali ni aku nak share satu lagi keyword yg xbrapa nak boleh blah yang masuk ke blog aku ni.. Haha.. Mula2 aku tengok tu tersembol jugaklah beberapa butir nasik melalui hidung aku ni... keh3..Nak tau apa keywordnya? Nah nindiaa..

Cara nak mantapkan jubur.

Haha.. Cara Nak Mantapkan Jubur? Ni suma msti gara2 entri daripada penulis jemputan aku haritu..Yg ni haa 3 Tips Bina Otot.. Yg xleh blahnya, dia guna perkataan Jubur tu.. Haha.. Aku tataula pasaipa, tapi mcm kelakar ja perkataan jubur tu.. Hehe.. Aku harap tuan empunya badan tu dapatlah info yg dia cari kat blog aku ni.. Orait, tu sajalah yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri!

Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger