Pengalaman: Dapat Kolej Serumpun UPM? Lif?

Friday, August 30, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Memandangkan beberapa hari lagi, para lepasan asasi, matrik dan stpm akan masuk ke universiti2 pilihan hati mahupun pilihan makpak untuk sambung degree, maka dua tiga hari ni akan adalah traffic2 organic berkaitan dengan kolej dan sebagainya daripada google masuk ke blog aku ni..Terutama sekali traffic daripada mereka2 yg nak dapatkan info berkenaan dengan kolej2 di UPM ni... Sebelum2 ni aku dah ada kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan perkara ni.. Tapi disebabkan tadi ada keyword yg agak menarik perhatian aku, so aku rasa nak kongsikan lagilah sikit info berkaitan dengan keyword tu.. Ni haa keywordnya..

Adakah kolej serumpun di UPM mempunyai lif?

Nope. Kolej serumpun xdak lif..  Tapi jgn risau, ada 5 level ja termasuk level Ground...dan anak tangga setiap level kat Serumpun ni suma sikit2 ja.. So, kalau dapat duduk level 5 pun, sat ja nek.. Kalau naik sambil dok  sembang2 ngan member lagi lah xterasa.. Tau2 dah sampai bumbung dah..Hehe.. So, dont worry k..

Antara kelebihan lain kolej serumpun ni adalah, kita ada kafe yg sangat dekat dengan kolej kita.. Selain tu, kita ada dua dewan yg sangat dekat dengan kolej kita.. Apa plak dah kena mengena dewan dengan kita student?. Of coz ada kena mengena, nnt hgpa nak amek voucher buku RM250 hgpa dekat dewan2 tu laah.. Kalau dekat, boleh la p serang awai sikit, xdalah nak kena nek bas ataupun berjogging tanpa rela nak p amek voucher tu.. Dan akan ada byk event yg bakal diadakan dekat dewan2 tu.. So, senang la hgpa nak p join event2 tu nnt.. Xdala rasa berat pungkoq sangat nak p tunggu bas dan sebagainya..


Orait, tu adalah tambahan sedikit lagi perkongsian yg aku boleh bagi..  Kalau ada junior2 UPM yg terjumpa entri ni dan ada terasa nak tanya apa2 soalan mahupun nak berkenal kenalan dengan bakal senior yg xcukup matang ni..Boleh lah kemukakan kat ruangan komen di bawah k.. Aku cuba tolong yg mana aku tau.. 

Assalamualaikum
***************
Jemput Komen

Pengalaman: Happy Anniversary To Them

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Pada tanggal 31 Ogos, 30 tahun yg lepas, semua rakyat Malaysia sibuk dengan perayaan hari kemerdekaan Malaysia yg ke-26, tetapi lain plak untuk dua pasangan masam2 manis ni..Apa yg lain? Lain sebab tanggal 31 Ogos tulah antara tarikh yg terpenting dalam hidup pasangan tu.. Tarikh dimana mereka berdua sah menjadi suami isteri.. Tarikh dimana dua jiwa jadi satu *tudiaa ayat aku jiwang xbleh blah... keh3... Mereka yg aku maksudkan tu adalah mak dan ayah aku... Dua insan yg paling penting dalam hidup aku.. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yg ke-30 yer Mak n Abah.. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.. :)

Yg si kecik dalam gambaq tu cucu tau.. Bukan anak.. Haha.. 

Hehe.. Ceq nak kawen 31 Ogos gak bleh dak? Nnt anniversary bleh bawak bini tengok pameran bunga api hari kemerdekaan... kuikuikui.. Oklah, thats all for now.. Jumpa di lain entri..

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

Movie Time: Elysium.. Interesting?

Thursday, August 29, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah... Harini sempat pergi berjimba dengan member2 mrsm dulu.. Sepanjang cuti ni, depa ni lah geng2 yg paling kerap aku jumpa.. Hehe.. Dan memandangkan cuti pun dah nak habeh so kami pun bersetuju untuk keluar p mana2 lah.. Kami p tengok wayang.. Cerita? Elysium.. Cerita ni first time aku tengok trailer adalah masa aku tengok cerita percy jackson haritu.. nampak memang menarik nokhoromzz.. Tambah excited bila tau yg director cerita ni adalah org yg sama yg buat cerita Distric 9.. District 9 tu mmg satu filem yg agak power gak r.. So, kami tengok cerita ELYSIUM.


Sinopsis/Jalan cerita Elysium. Cerita ni berlatar belakangkan tahun 2154 dimana bumi kita ni dah overpopulated.. Dah buruk bebenau la yg cerita tu cuba nak gambarkan.. Pencemaran mmg berada dalam keadaan yg kritikal.. Jadi,manusia mencipta Elysium. Satu penempatan baru yg terletak jauh kat angkasa sana yg dibina untuk keselesaan mereka2 yg kaya.. Hanya depa yg kaya ja dapat menempah tempat kat Elysium.. Yg miskin? Stay here on earth yg akan hancur xlama lagi..



Watak utama dalam cerita ni Max Da Costa lakonan Matt Damon, seorang pekerja kilang yg mmg dah lama menyimpan niat untuk tinggal kat Elysium.. Tapi malangnya, dia miskin. One day, satu accident berlaku kat kilang yg Max kerja tu dan badan dia tercemar dengan radiasi yg terlalu tinggi.. Doctor menjangkakan dia akan mati dalam masa 5 hari.. Kecuali.. Ada satu ja jalan penyelesaiannya.. Dia kena terbang ke Elysium dan dapatkan rawatan kat sana..  


Max ada seorang kenalan yg boleh membantu dia untuk naik ke Elysium secara haram, tapi hubungan dia dengan kawan dia tu xberapa nak baik so, kwn dia tu xnak tolong dia secara free2 ja... Kawan Max tu tetapkan syarat.. Kalau Max nak ke Elysium, Max kena bantu dia rompak minda seorang Billionair..Untuk apa rompak minda? Untuk dapatkan no account, password itu dan ini, dan sebagainya.. Maklumat dalam otak Billionair tu msti ditransfer ke otak Max... 



Malangnya, minda billionair yg depa rompak ni, bukan  setakat simpan data tentang akaun2 dia, malah turut menyimpan data yg boleh restart balik system di Elysium..  Max jadi buruan dan dia berjaya ditangkap oleh agen2 Elysium.. Dan dia dibawak ke Elysium.. Kat Elysium tu, dia telah cetuskan huru hara dan finally dia berjaya tukar system di Elysium where suma org dibumi xkira kaya atau miskin boleh sama2 duduk di Elysium.. 



Komen aku. Bagi aku cerita ni menarik dan best. CGI dia mmg power tahap Transformer.. Mmg real habes... Serius, xnampak macam CGI.. CGI=10/10 beb!.. Jalan cerita pun menarik cuma xdak twist yg mindblown sangat.. Overall bagi aku cerita ni mmg memuaskan.. Walaupun aku tidoq lewat semalam, tapi tak terlena pun tengok cerita ni.. Sebab dia bagi pam! pam! pam! pam! sampai habes cerita.. Xsempat nak lena.. Mmg padat with action la cerita ni.. N satu lagi, hgpa akan tengok sangat banyak babak manusia meletup! Badan pecah, kepala pecah dan teloq pecah! haha.. yg last tu gebang.. Dan mmg sangat real lah pecah2 tu.. Sampai menggigit kolar baju la dibuatnya.. haha.. Aku bagi bintang sebanyak!

8 bintang!

Orait, tu sajalah yg aku nak kongsikan untuk kali ni.. Menarik cerita ni! boleh lah p tengok kalau nak.. Hehe.. Wokeh.. Jumpa di lain entri!

Muka puas hati tengok Elysium.. mehmehmeh
Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen


Sembang2: Sakit Gigi Bongsu Mai Balik?

Tuesday, August 27, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah... Dulu aku pernah sakit gigi bongsu baru tumbuh, ada buat entri pasai tu dulu... Lepas tu, makin ok sikit.. lama2 lepas tu ok terus, ingatkan dah sembuh... Tapi dua tiga empat hari ni dok sakit balik gigi bongsu aku ni.. sekali dengan gusi mengembang... Hari ni bila tengok kat keywords, ada org search pasai gigi bongsu ni...


Adakah hgpa jugak mengalami nasib yg sama seperti aku? gimme 5 versi sakit gigi sikit!

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

Pengalaman: Jamuan Hari Raya Pesara Tentera!

Sunday, August 25, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. 2 hari yg lepas telah diadakan sambutan hari raya untuk pesara pesara tentera yg menetap kat sekitar bahagian utara semenanjung Malaysia.. Dan bapak aku yg jugak seorang pesara mmg xterkecualilah dijemput untuk datang memeriahkan majlis rumah terbuka ni... Aku pun ikutlah sama... Ramai gila bekas2 tentera yg datang..  Dah mcm mega reunion dah aku tengok.. Suma pakat2 jumpa balik mmber2 lama... Yg dulu kurus kering sekarang dah terboroi sikit perutnya.. Yg dulu hitam sekarang dah putih berseri *erkk.. Haha.. Walaupun aku xkenai sangat pun member2 ayah aku, tapi seronoklah bila tengok dia jumpa balik geng2 lama dia.. Mmg nostalgik habeslah jamuan raya ni..


Tulah sedikit gambar yg dapat aku share.. Dulu masa kecik2, aku duduk kat Kem. Kem Batu 10 Kuantan.. Ingat lagi dulu aku ngan member dok curi2 masuk dalam kereta kebal kat kem tu.. Haha.. Pernah jugak kami geng budak2 ni, p masuk ke dalam kawasan larangan kat kem tu, mujur x kantoi.. keh3.. Pernah jugak dulu jalan2 dalam longkang pusing satu kem semata mata sbab nak cari guli... alohai.. haha.. Best! Tapi suma tu dah jadi kenangan.. Boleh kenang jelah, xdak pasailah aku nak g jalan2 dalam longkang pusing taman ni haa.. kang kena cop gila meroyan plak.. haha.. Oklah tu saja yg aku nak kongsikan... 

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

Info: Kat Mana Nak Tengok Movie Online?


Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Aku ni seorang yg gila movie.. Org putih panggil movie freak.. Gila disini bukanlah bermaksud aku kena sawan khinzir masa tengok movie.. Gila disini bermaksud gila.. Eh.. tak2. Gila disini bermaksud aku mmg sangat suka tengok movie.. haha..Xkiralah tengok kat laptop ka, tengok wayang ka, tengok kat TV ka, aku mmg suka tegnok movie.. Kalau ada org tanya aku apa hobi aku, aku rasa "tengok movie" mmg layak berada dalam senarai hobi aku..Aku pasti kat luaq sana pun mmg ramai yg suka tengok movie kan? Kita Geng.

Time kat UPM, kebanyakkan movie yg aku tengok kat laptop, aku amek daripada member2 aku.. Tapi bila dah ada kat rumah ni, xsempat plak nak p ketuk rumah2 member untuk mintak movie.. keh3.. Tapi itu bukan satu masalah.. Internet kan haddoooo.. Disebabkan internet kat rumah ni agak laju, jadi mmg seronok nak stream/tengok movie online.. Hehe..  Antara website yg aku selalu dok tengok online movies ni adalah seperti berikut.

Xesiontube.net rasanya website org Malaysia kot, sebab banyak gila filem2 dan drama2 Malaysia yg depa sediakan kat website tu.. Selain dari tu, ada banyak gak filem2 dari luar.. Thai, China, Jepun, Amerika, Anime dan mcm2 lagilah movie yg bleh hgpa stream kat situ.. Movie baru2 pun byk.. hehe.. Xesi

Kat website ni, kebanyakkan movie yg ada are english movies.. Kalau hgpa mmg jenis yg minat english movies, sini mmg ada banyak koleksi english movies... Dari dulu sampailah sekarang.. Depa siap tunjukkan rating IMDB kat sebelah movie yg depa sediakan untuk memudahkan kerja kita.. http://viooz.co/


So, tulah dua website yg aku selalu dok jenguk untuk tengok movies online.. Haa, alang2 dah bercakap pasai movies ni, meh aku nak syorkan satu movie yg aku baru tengok semalam and aku rasa cerita ni mmg best.. Tajuknya The Next Three Days lakonan Russell Crowe.. Cerita ni dikeluarkan pada tahun 2010.. Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yg berubah selepas si isteri dalam cerita tu di tangkap sebab dituduh membunuh someone.. Si suami lakonan Russell Crowe berusaha untuk keluarkan isteri dia daripada penjara sebab dia percaya yg isteri dia xbersalah.. Mcm2 cara yg dia cuba untuk selamatkan isteri dia.. Serius best. Mmg terkesan. Rating Imdb pun agak tinggi untuk cerita ni...Ni link dia.. http://viooz.co/movies/850-the-next-three-days-2010.html

Sini pun boleh tengok!


Orait, itu saja yg aku nak kongsikan.. Mak dah bising suruh g beli teloq ni.. Haha.. Wokeh, jumpa di lain entri!

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen


Movie Time: The Purge.. Mendebarkan?

Saturday, August 24, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Cerita The Purge arahan James Demonaco merupakan satu cerita yg agak unik. Unik dari segi konsep yg cuba diketengahkan oleh cerita tu.. Dalam cerita ni, "The Purge" ni lebih kurang mcm satu akta atau satu undang2 baru yg diperkenalkan di USA.. Dimana didalam akta tu mengatakan dalam setiap tahun, akan ada satu malam yg mana segala jenayah tidak akan dikategorikan sebagai jenayah.. Pada malam tu, semua org bebas untuk membunuh, merompak, merogol, dan melakukan apa2 saja bentuk jenayah tanpa dikenakan sebarang hukuman.. Hanya untuk malam tu.. Satu malam tu sahaja.. Undang2 atau akta ni diterima khalayak ramai sebab keberkesanan akta ni.. Sejak the purge ni di laksanakan, kadar jenayah sepanjang tahun semakin berkurangan.. Kadar pembunuhan menurun, begitu jugak dengan jenayah jenayah yang lain.. Depa percaya yg akta The Purge mmg mempunyai kesan yg positif..



Sinopsis/jalan cerita the Purge.Cerita ni mengisahkan Mr Sandin dan keluarga dia yg pada awalnya bahagia dan sudah bersedia untuk menghadapi The Purge tahun ni.. Rumah depa dah dipasangkan dengan kawalan keselamatan yg tip top.. Sampailah ke malam The Purge ni dilaksanakan, Ehh.. Lupa nak maklumkan, anak lelaki dalam family Sandin ni, Charlie Sandin namanya. Dia xsetuju dengan undang2 baru ni. Sebab dia rasa benda ni xberperikemanusiaan... Dia mmg rebel habes bab benda ni.. Ok, pada malam the purge dilaksanakan, si Charlie tadi ni dia ternampak ada seorang mamat tengah dok mintak tolong kat luar rumah dia yg mmg dah lengkap dengan sistem kawalan keselamat yg gempak.. Dia sepatutnya abaikan je mamat yg mintak tolong kat luar tu, tapi disebabkan dia mmg bantah habis habisan the purge ni, so dia bukak pintu besi rumah dia, dan benarkan mamat tu masuk dengan niat nak selamatkan mamat tu.. Bila bapak dia dapat tau yg dia bawak masuk mamat tu kat dalam rumah depa, bapak dia marah dia.. Yelah, mamat tu mungkin nak rompak depa.. Mungkin dia menyamar ja minta tolong...  


Rupa rupanya mamat yg depa tolong tadi tu sedang di kejar oleh sekumpulan remaja psiko yg mmg nak bunuh mamat tu.. Menurut depa, mamat tu mmg patut mati.. So, depa mintak Mr Sandin pulangkan mamat tu kepada depa semula.. Malangnya, mr Sandin xsanggup nak pulangkan mamat tu kat remaja2 psiko tu.. Dia xsampai hati.. Disbabkan itu, remaja2 psiko tadi tu jadi marah dan geram dengan keluarga Mr Sandin.. Now, depa nak bunuh keluarga Mr Sandin plak.. Berjayakah depa masuk ke rumah Mr Sandin yg mmg terkawal rapi tu?



Komen aku. Cerita ni mmg agak menarik.. Kita dapat tengok macamna seorang bapa sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan keluarga yg dia sayang.. Walaupun IMDB xbagi rating yg tinggi untuk filem ni, tapi aku rasa idea untuk cerita ni mmg menarik..Setiap detik dalam cerita ni mmg mendebarkan... Kalau xcaya, boleh la p tengok sendiri.. Aku bagi bintang sebanyaakkk!

7.5 Bintang!

Orait, itu saja untuk kali ni.. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh p tengok sendiri kat pawagam2 berdekatan hgpa k.. Tengah dok tayang sekarng ni.. Okeh, until next time..

Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

Pengalaman: Bukan Cinta Monyet (Second Original Song)

Friday, August 23, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah..  Harini aku dengan member aku Alif Haikal sempat record satu lagi
lagu baru.. Hehe.. Lagu2 yang kami record ni sumanya ciptaan Haikal semata mata.. Aku cuma menyumbangkan suara dan peralatan recording ja.. Haha.. Lagu yg baru ni agak catchy gak melody dia..Tajuknya Bukan Cinta Monyet.. Kami record n mix2 guna laptop biasa ja.. Xmampu lah nak pakai mic n equipment mahai2 lagi.. Haha.. Maaf kalau sumbang tang mana2 noh.. Jemput dengaq..




Haha.. xleh blah kan? Oklah.. tu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri! 

Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

Tips: 3 Cara Bina Otot!

Thursday, August 22, 2013

Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Satu ketika dulu, masa aku baru libatkan diri dalam dunia blogging ni, aku ada buat satu entri macammana nak dapat badan yg berketul2.. Nak bagi badan jadi tough.. Hehe.. Entri tu aku tulis main2 ja.. Aku xtulis tips yg betul dan proper untuk bina muscle pun.. Aku tulis tu lebih kurang mcm parody lah.. Aku tak jangka plak, entri tu akan jadi antara entri yg menyumbangkan traffic paling banyak ke blog aku ni.. Entri aku tu muncul pada muka pertama carian google untuk beberapa keyword berkait dengan tips2 bina badan ni.. Sebab tulah sampai sekarang, jumlah traffic untuk entri tu masih meningkat..





Ramai jugak yang dok mencari cari tips nak bina muscle ni rupanya ek.. Haha.. Yelah, laki mana yg xnak badan ketak2 kan? Disebabkan entri yg aku tulis dulu tu tak berapa tepat dan rasanya mmg xberguna sangat pun tips yg aku bagi dalam entri dulu tu, so aku rasa bersalah lah dekat kawan2 yg mmg betul2 mencari tips2 nak bina muscle.. Jadi, aku telah meminta pertolongan daripada seorang kawan aku (kawan aku ni mmg seorang yg tengah bergiat aktif dalam bidang bina2 otot ni), aku minta dia tolong buatkan satu entri tentang tips untuk bina badan yg proper berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri.. Nama dia Zahid.. Dan berikut adalah tips yg Zahid sediakan kepada rakan2 kat luar sana yg nak tahu tips2 untuk bina otot dengan betul..



3 Langkah untuk Membina Otot 
By Zahid Kalis Sik

  1. Pastikan calorie intake anda ditambah. Jika sebelum ini anda mengambil 2000kcal setiap hari, tambah sehingga menjadi 2500kcal. Kalau tak mampu nak makan dengan jumlah yang banyak, belilah supplement. Separate your meal kepada 5-6 times a day. Drink a lot of plain water!! Badan kita perlukan air yang cukup untuk membina otot dengan kadar maksimum. Avoid processed food (makanan yang dikeluarkan oleh kilang, contohnya keropok, megi, dll) kalau boleh. Ingat!! Nutrition anda sangat penting, sebab tanpa diet yang betul, memang susah untuk mendapat badan yang anda idam-idamkan.



  2. Langkah kedua ialah working out. Obviously right? Train hard. Kalau anda ialah beginner, focus kepada compound movement exercises such as deadlift, bench press dan squat( inginkan bontot yang lentik dan anggun? The answer is squat!). Jangan lupa untuk warm up pada awal sesi senaman so your body is ready for the workout. Bersenam dengan rakan mampu menaikkan semangat anda. Pergi gymnasium kalau rumah anda tiada Dumbbell. Barbell, etc. Kalau tak ada duit, lakukan senaman Calisthenics (senaman yang menggunakan bodyweight anda sahaja.). Bersenam 3-5 kali seminggu. Limit your workout time kepada 45 minit sahaja untuk prestasi optimum.


  3. Ok, apa langkah ketiga? It is the most important in your journey if you want to build a sexy body. Hahaha, sexy. Langkah tersebut ialah consistency. Meaning jangan quit separuh jalan kalau nak Berjaya. Memang proses membina badan ini sangat susah dan memakan masa yang panjang, oleh itu kalau anda give up, memang sampai mati pon tak akan berjaya. Remember to put a goal for yourself. So, mudah la untuk anda focus semasa senaman.


Additional Tips
  • Rehat adalah sama penting dengan senaman. Muscle anda membesar bukan ketika anda senaman, tetapi ketika anda berehat.
  • Jangan focus on one side only. Kalau tak badan anda akan menjadi hodoh(otot dada besar sebelah sahaja, otot bicep besar sebelah sahaja dll.) Avoid muscle imbalances.
  • Stay hydrated. Bawak la air mineral sebotol ketika workout. Kekal hydrated penting untuk prestasi 100%.

    Ok, itulah antara tips daripada Zahid yg mana aku harap dapat membantu sapa2 kat luar sana yg sedang dalam usaha untuk bina badan ataupun untuk mendapat bentuk badan yg lebih elok.. Zahid ni mmg peminat tegar bidang ni.. Kalau duduk dengan dia, macam2 ilmu tentang bina otot aku bleh dapat.. Haha.. Thanx bro.. Orait.. Itu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri.

    Assalamualaikum.
    ***************
    Jemput Komen









Movie Time: Percy Jackson & Sea of Monster

Wednesday, August 21, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Masa aku berjalan ke Penang tempoh hari, aku ngan member2 aku sempat pergi tengok satu cerita ni kat wayang.. Cerita apa? Cerita Percy Jackson and The Sea of Monster.. Pada awalnya kami bercadang nak tengok cerita the conjuring tapi tiket habis plak dah.. Hebat betul penangan cerita the conjuring tu.. Walaupun dah hari ke berapa tayangan tapi still penuh dan sold out.. Tapi xpalah, cerita Percy Jackson pun nampak mcm menarik ja kan.. So, kami pun tengoklah cerita Percy Jackson & Sea of Monster.


Sedikit sinopsis tentang cerita percy Jackson yg kedua ni. Cerita ni mmg ramai yg dah sedia maklum merupakan kesinambungan daripada cerita Percy Jackson yg pertama. Percy dalam sequel ni sedang menetap di camp yg mana menempatkan manusia2 yg berada dalam situasi mcm dia sendiri.. Cerita ni bermula dengan menunjukkan Percy tengah dok bersaing dengan sorang watak baru dalam cerita ni iaitu Clarisse.. Semuanya berjalan dengan elok, sampailah satu part dimana tembok yg melindungi camp depa tu telah dihancurkan oleh seekor kerbau apa ntah.. haha.. aku lupa dah nama menatang tu...


Sepatutnya, tembok tu xboleh ditembusi, tapi disebabkan pokok yg menjadi sumber kuasa tembok tu telah diracun, jadi kuasa tembok tu makin berkurangan.. Clarisse telah dipilih untuk pergi mencari kulit kambing biri2 yg boleh menyembuhkan pokok yg diracun tu..  Dalam pada masa yg sama, Percy rasa dia perlu melakukan sesuatu sebab tukang tilik di tempat tu meramalkan bahawa Percy akan menyelamatkan tempat tu.. Jadi, dia dan kawan2 baik dia pergi secara diam2.. Berjayakah depa mendapatkan kulit biri biri yg terlekat di sebuah pulau kat Sea of Monster tu? Hehehe..


Barisan pelakon cerita ni adalah Lorgan Lerman sebagai Percy Jackson, Alexandra Dadario sebagai Annabeth,Douglas Smith as Tyson, Leven Rambin sebagai Clarisse,Brandon T. Jackson sebagai Grover dan ramai lagilah pelakon..


Komen aku. Sejujurnya aku rasa cerita ni biasa2 ja.. Xla segempak yg di harapkan.. takda X factor la bagi aku.. Aku tataula apa kata peminat2 tegar Percy Jackson ni.. Tapi aku rasa cerita ni biasa ja.. n ada jugak part yg membosankan.. Aku siap tertidur lagi kat part yg depa masuk dalam perut monster of the sea tu.. Ish2.. How irony, mai nak tengok cerita Percy Jackson Seo of Monster, tapi terlena masa depa sampai kat Sea of Monster tu.. Hurm.. Aku terjaga ja depa dah terkeluaq dari perut monster tu..  Mungkin aku yg mengantuk, atau mungkin mmg cerita tu boring.. Btw, ni just pendapat aku ja tau.. Mungkin hgpa yg mengikuti cerita percy jackson ni berpendapat sebaliknya.. Im just sharing my opinions..


Pengalaman: Original Song Bintang Hati



Assalamualaikum.
Salam muihibbah.. Aku ada sorang member yang pandai dan minat dalam bidang buat2 lagu.. Nama dia Haikal.. Dah lama dah dia gtau dia ada buatkan beberapa buah lagu untuk aku *terasa seperti retis sebentar.. Dush!! toksah dok berangan la kimi oi.. Haha.. So, dia ada buat beberapa buah lagu untuk aku cumanya, xdak masa yg sesuai untuk direkodkan lagu2 tu.. Hehe.. Sebelum ni cuti masing2 berbeza.. Bila dah sama2 cuti raya ni, pakat2 nak beraya plak.. Raya tahun ni act raya yg paling banyak aku berjalan.. Start dari first day raya sampailah ke semalam.. haha.. Esok nak p kulim plak Insha Allah *Alamak terlari topik plak dah.. kuikuikui.. Beberapa hari yg lepas kami dua2 nekad untuk record gak satu lagu.. Hehe.. Tapi lagu yg satu ni aku just menyibuk2 masuk ja.. haha.. Haikal tu kata dia segan nak nyanyi sorang2.. So, apakah hasilnya? Jemputlah tahan telinga dengaq kami melalak yer..


Haha.. Silalah berikan komen2 dan kritikan ikhlas supaya kami masing2 dapat improve apa yg patut dan kurangkan apa yg patut dikurangkan.. Orait, tu saja untuk kali ni.. Harap sumanya baik2 saja.. 

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

Pengalaman: Jalan Jalan Cari Makan Penang

Monday, August 19, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Beberapa hari ni, blog ni ditinggalkan terbengkalai seketika sebab tuan blog ni yakni aku, ngan member2 aku p jalan2 cari makan kat Penang..  2 hari kami berkampung kat Hotel Sunway Seberang Jaya dan 1 hari kat Hotel Sunway Georgetown.. Penginapan kami disponsor full oleh parents Aiman (Salah sorang member aku).. Kalau nak harap duit poket aku sendiri mmg lambat lagi nak merasa tidoq kat hotel2 besaq cmtu... Thanx sangat2 yer parents Aiman..  Kami p merata lah masa kat Penang tu.. Jom aku kongsikan sikit gambaq time kami kat sana.. 












Tulah sedikit sebanyak yg sempat dicaptured.. Pengalaman yg meletihkan tapi mmg seronok laa.. Yelah, bukan selalu dapat p jalan2 ngan member2 lama ceni.. Hotel di sponsor plak tu kan.. hehe.. Time kami dok boring2 dalam bilik, sempatlah kami rakamkan satu cover lagu.. Lagu sahabat dari Najwa latif yg kami translate ke bahasa Chinese dan English.. Hehe.. Nak dengaq dak? 

   


Worait.. Itu saja yg aku nak kongsikan kali ni..Badan letih sangat ni.. Aku baru ja sampai dari Penang act ni.. hehe.. Sampai2 rumah terus update blog.. Nampak x betapa sayangnya aku kat blog ni.. Kuikuikui.. Ok, tu saja.. 

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen


 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger