Jom Tengok: Kucing Kerabat Diraja.

Wednesday, July 31, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Harini berbuka dekat rumah kakak aku di Kulim.. Lepas tu teman mak ngan kakak aku g cari baju raya depa.. Waduh2, kalau dah namanya pompuan tu, shoppingnya mmg xkan pernah sekejap.. Haha.. Ntah berapa jam tatau depa shopping tadi, I lost track of time.. Aku dok tunggu sampai tatau berapa lama aku menunggu.. Tapi nasib baiklah depa pulang dengan baju raya, kalau depa pulang dengan tangan kosong, tataulah apa nak kata kan? haha.. Anyway, ni nak kongsikan potret2 kucing yg dilukis sebagai ahli ahli kerabat diraja.. Comel. Jom tengok!









Haha.. Comel kan? Kucing kalau pakai apa pun comei.. Nnt aku nak try pakaikan kucing aku Si Bengkok tu baju melayulah, nak tengok ada rupa pendekar melayu x dia pakai tu.. Haha.. Oraitlah hgpa, sampai sini dulu..

Assalamualaikum
***************
Jemput Komen

Sembang2: Sem 3? Come to papa..

Tuesday, July 30, 2013


Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Subjects untuk sem 3 dah pun settle didaftarkan sebentaq tadi.. Agak cuak jgak tengok subjects yang bakal aku pelajari next sem.. Mmg dijangka bakal jadi sem yang bisa membotaklicinkan kepala aku.. Yg buat aku risau sangat adalah ada satu subject ni, dulu masa asasi aku pernah dah belajaq sikit2, tu pun dah rasa seram sejuk.. Ni dia mai balik.. Getaq lutut..Subject apa? Subject Phonetic and Phonology.. Dalam subject ni, kami budak2 bahasa inggeris akan belajaq macammana nak sebut setiap perkataan dengan btoi, tepat dan mutakhir.. Mmg tough.. Tapi tu yg akan buatkan sem depan ni lebih menarik, btoi dak? Yeah.

Subjects sem depan

antara simbol2 dalam phonetic


Lambat lagi nak masuk ke sem 3, ada lebih kurang sebulan lebih lagi.. Sempatlah aku baca2 sikit tentang asas2 phonetic tu..Yelah tu kimi oi.. Toksah dok kelentong diri sendiri.. You know you wont read anything.. Hehe.. Btw, result sem 2 dah keluaq, tapi xberapa nak comeilah result aku sem 2 ni.. Xpa, its a long way to go..Harapnya sem2 yang nak mai ni, aku akan lebih serius study..





Orait, thats all nak diperborakkan kali ni.. 
Assalamualaikum
**************
Jemput Komen


Sembang2: Movie Review? Nope.



Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Sepanjang balik cuti kat rumah ni, xsempat lagi nak buat review apa2 movie..Yelah, memang xpergi tengok movie pun.. Banyak cerita2 best yg dah terlepas untuk direviewkan.. Kalau ikutkan hati tu nak gak p tengok.. Tapi ibunda tersayang tidak membenarkan.


Aku: Mak, mie nak p tengok wayang sat bleh dak? Cerita Pasipik Rim
Mak: Haiihh! Org bulan2 puasa ni pakat dok beribadat, hg nak p tengok wayang plak!
Aku: Mie, belanja mak tengok sekali nak?
Mak: Toksah dok gatai, dah2 p men sana, mak nak tengok Hempuk2 Ramadan ni








Haaaa, cmtulah responyaa mak aku bila ditanyakan untuk p tengok wayang time bulan posa ni.. hehe.. Betoi gak apa yg mak aku cakap tu.. Daripada tengok wayang, baik buat benda lain yg lebih berpaedah kan? So, thats why its been quite a while since the last time aku buat entri pasai movie2.. Salah satu kelebihan buat entri review movie ni, mmg banyak traffic yg akan masuk daripada google.. Antara sebabnya adalah, ramai org yg nak tau sinopsis movie tulah, pelakon2 movie ni lah, mmg banyak lah traffic yg boleh dapat melalui entri review movie.. 

Contohnya.

Tapi xpalah, bulan ni xpayah la p tengok wayang.. Nnt yg mana terlepas tu tengok online jelah kan? Hehe.. Btw, hgpa ada yg dah p tengok cerita Wolverine x? Amacam? Ada best ka tarak best? Haha..Orait, sampai sini sahaja dulu kot untuk kali ni... Nak p makan bihun sat, jom3.. :) 

Assalamualaikum
****************
Salam Muhibbah.


Pengalaman: Random Talk on Bazaar.

Monday, July 29, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Tadi sempat p ke Bazaar2 yg ada kat SP.. Yep, ada belambak bazaar kat SP.. Sampai xsempat nak p semua.. Ramai orang.. Biasalah kan.. Time dok jalan2 tadi sempatlah tengok tempat yg aku meniaga tudung/seluaq jeans dulu.. Jiran2 tempat aku meniaga dulu pakat masih ada kat situ.. Cuma aku jelah yg dah xdapat nak join depa sama2 meniaga tahun ni.. Tahun ni rehat sikit la.. Hehe..


Aku ni, salah satu kelemahan aku is that aku fail sebagai seorang pembeli dan jugak penjual.. Maksudnya? Maksudnya, kalau aku jadi pembeli, aku msti akan kalah dalam tawar menawar dengan penjual.. Makna kata, aku akan beli barang dengan harga yang mahal sedangkan barang tu boleh dapat harga yg lebih rendah.. Kalau sebagai penjual plak, aku msti akan terjual barang dengan harga yang paling rendah.. So, kepada pembeli2 sekalian, kalau dengaq nama penjada kedai tu Kimi Jamai, silalah tawar menawar dengan dia.. Hgpa akan dapat harga yg mmg rendah.. Im just bad in negotiating.. So, tahun lepas masa aku jual tudung, mmg banyak tudung yang aku jual murah2.. Tapi xkurang dari harga modal la.. Hehe.. 


Hgpa dah p bazaar berdekatan dengan rumah masing2 belum? Kalau belum, xpa jgn risau.. Hgpa nak p last2 minute nnt pun xpa.. Time tu nnt, tudung yg harga RM10 boleh turun sampai RM3.50.. Haha... Seluaq jeans yg harga RM60 boleh turun sampai RM40.. Tapi time tu nnt memang orang akan berpusu pusu datang so bersempit sempitlah hgpa..  Bak kata pepatah, "Last2 minute ni peniaga2 mmg nak perabih stock!" So, mmg ramailah yg akan serang bazaar2 ni suma last2 minute nnt.. Hehe.. Oraitlah hgpa, saja nak bersembang sembang sikit malam ni.. Ingat, belanja sekadar yg patut ok? Thats all for now..

Assalamualaikum
***************
Jemput Komen

Jom Tengok: Lukisan Pixel Yg Unik.

Sunday, July 28, 2013
Assalamualaikum
Salam muhibbah.. Cuba tengok gambar2 dibawah..










Percaya atau tak, gambar2 kat atas ni dilukis oleh seorang atuk yang sekarang dah berusia 97 tahun, dengan hanya mengunakan Microsoft Paint.. Tambah lagi, atuk ni mengalami masalah penglihatan dan sekarang dia hampir buta.. Nama atuk ni Hal Lasko.. Dia bekas tentera semasa perang Dunia Kedua.. Dari dulu dia memang suka melukis, sampailah umur dia 82, cucu dia memperkenalkan dia dengan komputer n microsoft paint.. Start daripada tu, dia mula melukis mengunakan microsoft paint.. Sampailah sekarang.. And I have to admit yg mmg sangat susah nak melukis guna paint tu.. Tapi disebabkan minat, atuk ni berjaya menghasilkan gambar2 yg cantik macam kat atas tu.. Itulah pentingnya passion atau minat.. Kalau kita betul2 minat dalam sesuatu benda tu, nothing is impossible kan? So, kejarlah minat anda, walau sepelik manapun ia.. cewah2.. hehe.. Orait, itu saja untuk kali ni..



Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Sembang2: Typo Oh Tahi


Assalamualaikum
Salam Muhibbah.. Aku sangat pasti kita suma msti pernah tersilap taip atau ter-typo kan? Gebanglah kalau langsung xpernah typo tu.. Haha.. Even para grammar Nazi pun kadang2 tertypo ketika membetulkan grammar org lain (Oh, itu memalukan)..Nak tau dak typo paling teruk pernah aku tulis dulu? Meh nak cerita, dalam setiap entry aku kan aku akan akhiri dengan "Assalamualaikum", Tapi ada sekali tu, aku pun tatau cmna daripada assalamualaikum tu, aku boleh tertulis "Ass" ja.. Ass tu dalam bahasa inggerisnya bermaksud Pungkuq ataupun punggung.. Haha.. Adeh.. Aku perasan yg aku tertulis "Ass" tu 3, 4 jam lepas aku post entri tu.. Hehe..Yg tu pun kira typo la kan? Hoho.. Meh ni aku nak tunjukkan satu typo yg agak kelakar yg pernah masuk ke blog aku ni..heee...


"Rating in movie long weekend horror movie TAHI"

Aku tau yg sebenaqnya depa nak taip THAI.. Tapi, the fact that ketiga tiga org tu tersilap taip jadi TAHI tu mmg agak membuatkan aku geli usus sikit la.. Haha.. Oklah, bukannya nak mengejek depa yg typo tu, sekadar nak kongsi2... Hoho.. Thats all for now.. Jumpa di lain entri.

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen

Blog Under Construction



Assalamualaikum
Salam muhibbah.. Aku sekarang tengah dok mengadjust adjust blog ni tang mana yg patut..  Kadang2 mood blogging ni bleh hilang macam biskut, so inilah cara aku menghadirkan balik semangat nak blogging aku.. Dengan mengadjust2 tang mana yg patut.. Hoho..
Orait geng. Sampai sini dulu yer.. 

Assalamualaikum.

Pengalaman: Iftar Dengan Member.

Thursday, July 25, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Hola! apa habaq hangpa? Apa habaq iman masing2? Apa cerita puasa masing2.. Hehe.. Rasa macam lama dah x membelek dan mengapdet blog aku ni.. Bukan malas, cuma kerajinan tu xberapa nak mai dua tiga hari ni.. Hehe.. Skang ni tetiba terasa macam kerajinan dan mood nak menaip tu menyerap masuk dalam badan ni.. So, meh nak kongsi cerita sikit.. Cerita tentang apa? Tentang iftar aku ngan member2 aku yg berlangsung dua hari bertutut tutut ( amboit.. Berturut turut).. 


Iftar yg first aku beriftar dengan kawan2 SP aku.. Kami berbukak dekat Arabian Mendy kat SP ni.. Makan nasik Arab.. Tapi bukan dalam dulang la.. Dalam pinggan ja.. Kenapa xdalam dulang? Yelah, takut nanti masing2 pakat2 berebut tarik nasik ngan lauk yang ada.. Gelojoh kan..Haha..Nah, just kidding.. :D Sedap..N mmg ramai gila org yg berbukak kat situ.. Penuh sampai ke luaq.. Melimpah2 dengan manusia.. Tedia2.. Nah tengok lah gambaq2 kami makan.





Iftar yang kedua plak berlangsung kat Penang.. Kali ni dengan member2 UPM aku plak.. Suma geng2 laki ja.. Hehe.. Ada yg mai dari Jitra, Sik dan kawasan2 yang sewaktu dengannya lah.. Kami berenam suma sekali.. n lokasi yang kami pilih untuk beriftar adalah Seoul Garden dalam Gurney Plaza.. Satu kepala RM 24 kalau xsilap aku.. Memang kenyang, mmg puas, mmg berbaloi.. Haha..











Lepas habes iftar kat Seoul Garden tu, kami p la jalan2 kat Padang Kota sat.. Pastu sebab dah lewat, kami pun cungkit balik ke rumah masing2.. So, itulah cerita aku beriftar dengan member2 aku.. Seronok.. Lepas ni ingat nak p Aloq Setaq plak.. Tapi tataula jadi ke dak.. Tengok keadaan poket dan keadaan semasa la.. Hehe.. Orait! Itu saja nak diceritakan kali ni.. Teruskan bersemangat dalam mengerjakan puasa dan ibadah2 kita k! 

Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

Jom Tengok: Mensumbangkan "Hanya Aku"

Sunday, July 21, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Disebabkan channel youtube Aiskacang aku ngan member2 aku dah agak lama terbiaq bersawang, lumut dan bersemak, aku ngan member aku sorang ni, paan namanya,  decide nak upload la satu cover baru.. So, siang tadi aku pun p la rumah dia.. Sebelum sampai ke rumah si Paan tu, aku tersesat sat.. Haha.. Tapi lepas pusing2 kat Laguna tu last2 jumpak jugaklah rumah dia.. Kami dok brainwash nak cover lagu apa, sat kata nak cover nasyid la.. Sat rock la.. sat english la.. Adeh.. Last2 kami terjumpa instrumental guitar lagu Hanya Aku by Hyper Act.. then kami try2la nyanyi... lepas tu kami pun try la record.. sumbang! haha... Perlu latihan lagi.. Nah hgpa tengoklah video yg sempat aku record.. 




Macam tulah, aku ni kalau nyanyi, masalah paling utama sekali untuk aku adalah timing.. Derek silap masuk ja.. haha.. Orait, tu jelah yang aku nak kongsikan untuk kali ni.. Kalau sudi, meh la dengaq cover2 kami kat Channel Aiskacang ni.. N jemput jgak p baca blog member aku si paan ni.. Paan ni hotsetap UPM dan dia masih single walaupun banyak amoi2 dah try ngorat dia... Haha.. Okeh, itu saja untuk kali ni.. 

Assalamualaikum
****************
Jemput Kritik Nyanyian Kami

Jom Tengok: Awesome Wedding Photos Lagi ?

Friday, July 19, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Semalam dan kelmarin aku g ke Kuala Lumpur teman kakak aku masuk satu pertandingan ni.. Pertanding tu dinamakan Young Tax Professional 2013 Malaysia Competition by Ernst and Young .. Kakak aku terpilih as their top 10 finalist.. Tapi malangnya xda rezki dia tahun ni.. Papepun, it was a great experience and exposure untuk dia.. Memang agak letih, yelah dari Kedah ke KL bukan dekat tu kan?.. Tapi syok jgakla dapat g jalan2 sana sama..n sebab tu jgakla xdapat nak bukak internet, n xdapat nak update anything here.. 

So, kali ni aku nak kongsikan something yg agak menarik dengan hgpa.. Dulu aku pernah kongsikan satu gambar perkahwinan yg awesome ni.. Dalam gambar tu, konon2nya pengantin tu dan kawan dia tengah dok kena kejaq dengan T-Rex.. Mmg stailo! Aku ingatkan satu tu ja gambaq wedding yg  cmtu.. Rupanya banyak lagi.. Haih depa ni.. haha.. Jom tengok!



Jom Tengok: Selautan Bunga Canola Di Luoping

Tuesday, July 16, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Pernah tengok bunga canola? Xpernah? Haa, samalah. Aku pun xpernah.. Tapi lepas terbaca tentang satu tempat ni, aku terasa tertarik nak tengok bunga canola ni.. Tempat yang aku maksudkan tu adalah Luoping yang terletak di Yunnan China..Apa yang menarik dengan tempat ni? Tempat ni adalah salah satu lokasi yg mana kita boleh tengok antara pemandangan paling indah kat muka bumi ni.. Tudia2, apadia pemandangan yg special sangat tu? Yg specialnya ialah kita dapat saksikan selautan bunga canola seluas mata memandang.. Memang sangat menarik.. Kalau ada chance, nnt one day aku nak p tengok sendiri.. Jom tengok!

Pengalaman: Bookmark Zaza Dah Sampai.

Monday, July 15, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah... Beberapa hari yang lepas, kawan blogger aku, namanya Cik Zaza ada mintak alamat rumah aku.. Katanya nak hantar bookmark sempena bulan ramadan.. Hehe.. Murah hati betoi Zaza ni.. N semalam Bookmark ramadan cik Zaza selamat sampai ke rumah aku.. Huya! :D Comel ja bookmark dia.. Dapat dua.. Hoho.. Thanx Zaza.. Ramai blogger lain yang dapat bookmark zaza ni.. Nak tengok? Meh tengok meh..



Comel kan? Thanx again yer cik zaza.. Dan sebagai balasan, meh aku nak hadiahkan something untuk Zaza.. Dulu aku pernah kata nak buatkan doodle kat zaza tapi sampai sekarang xbuat buat.. haha.. Kali ni xdak tangguh2 dah.. Nah satu doodle untuk zaza.. :D



Sorrylah noh, buruk sikit.. Eh, buruk banyak tu.. haha..Tapi tu ja yg aku mampu buat.. Hoho.. Orait, Thanx again zaza n Tahniah sebab bakal jadi retis..ahaha.. Okeh, itu saja for now.. 

Assalamualaikum.
******************
Salam Muhibbah.


Jom Tengok: Poster Stop Smoking!

Sunday, July 14, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Dalam bulan ramadan bulan mulia ni akan selalu kedengaran niat2 murni kawan2 kita yang nak berhenti daripada tabiat kurang elok depa kan? ataupun mungkin diri kita sendiri yg nak stop from our bad habits kan.. Contohnya, ada yg nak berhenti makan overload, ada yg nak berhenti mengumpat orang lain, ada yg nak stop usha2 amoi depan rumah, ada yg nak berhenti berjoget tanpa sebab, dan paling kerap sekali kita dengar adalah, nak berhenti merokok. Kan? Alhamdulillah kalau ada terlintas niat nak berhenti merokok tu.. Teruskan! anda boleh! Slow2.. Istiqamah.. :) Ni aku ada nak kongsikan poster stop smoking untuk menguatkan lagi semangat kalian untuk berhenti merokok.. Jom tengok!


Jom Tengok: Keyword Xbleh Blah.

Friday, July 12, 2013


Assalamualaikum.
Salam muhibbah, Bukak nuffnang harini terjumpa satu keyword yang agak xbleh blah masuk ke blog aku ni.. Taktau nak letak kat kategori mana keyword ni.. Kelakarkah? Seramkah? Apakah? haaa.. Nak tau apa dia?



Pengalaman curi seluar dalam? Adakah anda merancang untuk mencuri seluar dalam jgak? atau mungkin seluar dalam anda yg dicuri dan anda ingin mengenal pasti kriteria2 pencuri seluar dalam? ataupun anda ingin compare pengalamn mencuri seluar anda dengan pengalaman pencuri2 seluar dalam yg lain? Haha.. Papepun, maaflah.. Rasanya xdak info berkaitan pencuri seluar dalam kot kat blog aku ni.. tataula cena bleh keyword tu masuk ke sini.. :D Orait, tu saja yang aku kongsikan.. 

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Pengalaman: Aku dan UPM

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Disebabkan keputusan UPU untuk pelajar lepasan STPM baru keluar haritu, ada beberapa keyword berkaitan dengan UPM terselit masuk ke blog aku ni.. Dulu masa aku baru2 masuk UPM, aku ada buat entry tentang pengalaman minggu pertama aku kat UPM ni.. Boleh baca kat entry ni.. Gambar kat bawah ni menunjukkan keyword pasal upm yg aku cakap tadi tu..



Jom Tengok : Weird and Awesome Invention!

Thursday, July 11, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak kepada semua umat islam seluruh dunia..Especially kat yg tengah baca entry ni sekarang..hehe.. Tahun ni sekali lagi aku dapat puasa n raya kat rumah.. huya! Harapan ramadan aku tahun ni is bila dah keluar dari madrasah ramadan ni, ada sisi diri aku yg berjaya aku improve.. Kalau xbenda besar, benda kecik2 pun jadilah.. Kalau xbanyak, sikit2 pun dah kira ok kalau aku boleh istiqamah improvement tu sepanjang hidup aku.. Orait, ni nak tunjuk something kat hgpa ni. Tadi aku terjumpa something yang agak menarik kat boredpanda.. Depa tunjuk beberapa ciptaan yang pelik tapi awesome.. Agak stylo gak laa.. Jom tengok!



Pengalaman: Digi WWWOW Award 2013 and Cameron Highlands.

Sunday, July 7, 2013
Assalamualaikum. 
Salam muhibbah.. Alhamdulillah, tahun ni adik aku tercalon lagi untuk ToP 3 Digi WWWOW Award.. Tahun ni dia tercalon untuk dua kategori, Top Over Achiever Under-16 dengan Breakthrough Youtube Star.. Saja try hantaq penyertaan untuk dua kategori tu, tak sangka plak dua2 dapat masuk top 3.. Tapi tahun ni punya Pengumuman pemenang n penyampaian hadiah lain banyak daripada Digi WWWOW Award yang tahun lepas punya.. Tahun lepas, digi kumpulkan semua calon2 yang berpeluang menang anugerah dekat HQ depa kat Shah Alam.. Tapi tahun ni, penyampaian hadiah dilakukan dekat 4 buah Starbucks kat lokasi berbeza mengikut kategori masing2.. Susah nak explain cmna event tu berlangsung, kalau xsalah aku depa guna Google Hangout.. Lokasi yg kami kena p adalah Starbucks Jalan Bukit Bintang sebelah Mcd.. Nasib baik abang aku pernah belajaq kat KL, so dia tau la sikit selok belok jalan kat KL, makanya kami pun xsesat dan sampai ke lokasi yang kami sepatutnya p tu..




Kami sampai agak awal, dalam pukul 12 kalau xsalah aku.. Event tu start pukul 2 satg, so kami p jalan2 sat.. P lowyat sat.. Pastu berbajet amek gambaq sat.. Ala, bukan selalu p jalan2 sampai ke tengah2 KL tuu kan, kita posing2 la sikit.. XD







Dalam pukul 1.40 tengah hari, kami pun gerak lah ke Starbucks yang ditetapkan tu..Kat situ jumpalah calon2 lain dari kategori Iman n dari dua kategori lain (Kategori Fave Tech Award dengan Photostory of the Year)..  Time dok tunggu majlis pengumuman pemenang tu start, sempatlah bersembang sembang dengan owner website Mrpiratz.com( Arif Ishak), n tahniah kat dia sebab menang kategori Fave Tech.. Yang sedihnya, adik aku xberapa nak menang (kalah) kedua-dua kategori yang dia masuk bertanding tuu.. Sob2.. Xpelah, mungkin xda rezki tahun ni.. Kita try lagi tahun depan.. Jom tengok gambaq sikit.. 








Bro Arif Ishak owner Mrpiratz.com.. Honeymoon p thailand lah yer bro.. haha.. 
Iman dengan blogger muda Zakie Azid .

Disebabkan ketewasan Iman tu, kami bercadang untuk membawa hati kami yang lara ni ke Cameron Highlands.. Haha.. Sebenaqnya ni idea abang aku.. Dia kata, xmau perjalanan kami ke KL ni sia2, apa kata kami g jalan2 somewhere.. So, alang2 tu kami truih ja nek ke Cameron Highland walaupun time tu dah lewat.. Mak ayah aku suruh balik sebab risau dok naik atas  tu gelap2, tapi kami berdegil untuk teruskan perjalanan.. Nek jugak! Hehe.. Alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Rata kat atas tu n dapat sewa satu bilik.. Tidoq satu malam lepastu esoknya kami p lah jalan2 kat ladang strawberry dan ladang2 lain yg ada kat atas.. Meh tengok kami berposing bajet sekali lagi yer.. :P
























So, tulah cerita kami ke Digi WWWOW Award lepas tu kalah.. T.T n then bawak hati yang  lara ke Cameron Highlands.. Hehe.. Yg pasal kalah tu sebenaqnya xdalah sedih sangat pun, dah xda rezki nak wat cmna kan? Kita try tahun2 berikutnya plak.. Kepada yang menang plak, tahniah yer.. Ni senarai pemenang Digi WWWOW Award tahun ni..

  1. Blogger of The Year : Irine Marcello
  2. Shorty Blogger of The Year : Justin Tan Wei Jin
  3. Fave Entertainment Blog : Mohd Idris
  4. Fave Tech Head : Arif Ishak
  5. Online Shop of The Year : Arthur Loh Dien Lun
  6. Fave Video of The Year : Mat Luthfi
  7. Most Inspiring Internet for Good Award : Heidy Quah
  8. Top Online Over-Achiever Under 16 : Ruth Kezia Hope a/p Muthu
  9. App of The Year : AMOK
  10. Photostory of The Year : Ronan Tan
  11. Breakthrough Youtube Star : Amrita Soon
  12. Social Media Gathering of The Year : Cyril Dason (TweetUp Kuching 2012)
  13. Fave Makan Makan Expert : Teo Chee Seng
  14. People’s Choice Award : MyHazman.com
  15. Best of The Best : Mat Luthfi

Orait, tu sajalah kot yang aku nak kongsikan kali ni..Semoga sumanya ok2 saja noh..Orait2 ciau cin cau..
Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen

 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger