Movie Time: Ironman 3.. Gila!!

Tuesday, April 30, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Memandangkan esok ciiuuuti, maka hari ni aku telah bersetuju untuk p tengok wayang dengan member2 aku.. Cerita apa? Cerita tu bertajuk  Jejaka Logam 3 ataupun dalam bahasa inggerisnya Ironman 3..yeah.. Dah lama dah aku dok tengok Trailer Ironman 3 ni.. Dok ingat xdak chance dah la nak tengok kat panggung.. Dok rasa macam nak tengok Ironman 3 ni online ja nnt, tapi alhamdulillah ada plak free time macam tadi tu, tambah dengan esok cuti lagi, mmg x lepas dah peluang cmni..So aku ngan 3 lagi kawan aku pun p la tengok! Lokasinya kat TGV Aeon Cheras Selatan.. First time aku jejak kaki kat situ kot.



Sebelum tengok Ironman 3 tu, kami berhasrat untuk penuhkan perut masing2 dulu.. N member aku ajak aku try satu kedai jepun ni.. Nama dia Teppayanki! Masakan dia simple ja.. Ada nasik, sayuq2, pastu tambah dengan daging or ayam and a few other lauk dalam menu dia tu..Aku pilih daging lembu.. Beef Teppayanki.. Kami duduk depan tempat cheff dia masak.. Lepas beberapa minit, siaplah Beef Teppayanki aku.. Fuhhhhh... mmg sedap! Perfecto! haha.. Xpernah aku makan sayuq sebanyak tu seumuq hidup aku.. N makan kat situ mmg kenyang.. So, sangat berbaloi.






Ok, lepas dah makan, dah solat, apa lagi, Movie time la kan? Cerita Ironman 3 bagi aku, so far, is the best Superhero movie ever laaa..  Bukan nak gebang ka apa, tapi seriusly mmg best.. Cerita superhero selalunya straight forward ja kan? tapi untuk cerita Ironman 3 ni mmg ada sedikit kelainan sebab kat dalam cerita tu ada sedikit twist2.. 


Bab grafik dia plak jgn nak cakap laa kan, mmg tip top meletop gebabom la kan.. Everthing looks so good.. Everything.. Pelakon plak kebanyakan pelakon2 utama adalah pelakon yang sama dengan Ironman yang sebelum2nya...Sinopsis cerita ni plak, America sedang berada dalam ketakutan sebab seorang pengganas yang bernama Mandarin tengah dok x puas hati ngan America.. Dia rancang bombing kat serata America. "Kononnya la". Dalam pada masa yang sama, beberapa tahun yang lepas, Tony pernah sakitkan hati dua orang manusia, sorang tu perempuan botanist (exgirlfriend Tony) n sorang lagi wakil daripada AIM(research company) yang nak ajak Tony untuk join company dia.. Tony kecewakan kedua dua depa dalam satu malam tu.. N sekarang depa dua2 muncul balik dalam hidup Tony dibawah satu misi iaitu untuk balas dendam.. 



Sampai situ jelah aku boleh cerita..Hehehe..macam yang aku cakap tadi, cerita agak twited sikitlah.. Twisted yang boleh diagak oleh penonton..but still interesting la.. Kalau nak tau selebihnya, p la tengok sendiri noh..ataupun tunggu ja nnt tengok online k.. :D Jap nak tambah sikit lagi, apa yang buat cerita Ironman 3 ni best trok adalah cerita dia lawak, action dia mmg stailo, ada cintan cintun sikit, grafik dia mmg gila, n last sekali, suit ironman tu mmg smart nokhoromzs.. Haha..Kalaulah dapat kat aku sepasang.. Jadi, itulah sedikit sebanyak tentang Ironman 3. Oh, lupa nak bagi bintang. Untuk Ironman 3, aku bagiiiiiiii.

8.5 bintang!


So, setakat tu sajalah untuk kali ni.. Sapa2 yang belum tengok lagi cerita ni, p lah tengok.. Mmg berbaloi jugaklah.. Best. Puas. Orait.. thats about it.

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Jom Tengok&Pengalaman: Kereta Dash Milik Barbie Kertas???

Sunday, April 28, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Alhamdulillah.. Harini settle dua test.. Etnik n TitAs.. Lega sikit rasa.. Kenapa xlega banyak? Sebab esok ada test lagi.. Lagi susah. Haha..  Dalam dok tension2  minggu test ni tetiba plak dah terkenang zaman masa kanak2 dulu..Zaman masa suara pakat2 dok sedap macam Justin Bibiaq lagi nu.. Haha.. Masa aku budak2 dulu kan, mcm2 permainan yang kami ada.. Mcm2 musim permainan yang kami kanak2 semalaysia harungi dan cipta bersama *cewwahh..


Ada permainan tradisional mcm Guli, gasing, tuju selipar, tuju spender, aci ligan duduk, bola cop dan mcm2 lagi.. Ada jugak permainan modern yang kami main sebab kat TV tengah dok tayang cerita yg berkaitan dengan mainan tu.. Contohnya Beyblade, YoYo, Crushgear dan jugaakk Kereta Dash..  Tapi budak2 perempuan jarang sikit nak main benda2 ni kan? Or hgpa pun main ja mcm budak2 laki?.. Kalau hgpa xmain benda2 ni dulu, meh aku nak tunjuk sikit gambaq2 kereta Dash yang stailo2 n yang telah menyebabkan aku xmakan seminggu sebab nak kumpui duet nak beli kereta ni.. Jom tengok!










Amacam? sumanya stailo2 kan? tapi aku xmampula nak beli semua tuu...N aku dah xingat dah pun yang mana satu yang pernah aku beli dulu... Tapi yang konfoom2 aku ingat aku pernah beli adalah satu ni..Aku beli sorok2 daripada mak aku..Kalau dia tau aku beli tu, mmg abeh la aku..hehehe.. Yg ni mmg yg paling mahal aku pernah beli, sebab tu lah aku ingat.. Meh aku nak tunjuk...

Enjin kat depan tuuuu... 


Sempoikan? kan? kan? Haaa.. Budak perempuan msti tak berapa nak tau sangat pasai Kereta Dash ni kan? Sebab apa? Sebab dulu, msti hgpa dok sibuk main Patung barbie yang kertas tu kan? haha.. Ala yg hgpa beli baju kertas dia kat kedai runcit depan tu laa.. Senang cerita meh aku tunjuk.




Haaa.. Dok senyum tuu.. mmg dulu pernah main la tuu kan? Rindu zaman masa kecik2 dulu kan? Time  tu yg kita pikiaq just makan tidoq p sekolah bertengkaq ngan kawan, balik rumah main guli..Mmg simple habeh r hidup time tu..Hehe.. So, entry kali ni aku saja ja nak bawak hgpa yang lebih kurang sebaya dengan aku untuk mengimbau zaman kita kecik2 dulu.. Look at ourselves now and see how much we  have changed from budak kecik yang pernah teriak sebab gasing pecah kena pakok, n sekarang dah besaq panjang dah pun.. Alhamdulillah atas umur yang diberikan.. So, tu sajalah yang aku nak kongsikan.. Sebenaqnya tadi aku ingat nak tunjuk gambaq kereta Dash ja kat hgpa, dah tetiba tersembang panjang plak dah.. Haha.. Ok, tu ja kot.. 

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen.

Sembang2: Kepentingan SEO Untuk Sembunyi ??

Friday, April 26, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah..Alhamdulillah, dua tiga minggu ni traffic blog aku ni agak stabil walaupun beberapa hari yang lepas aku agak jarang nak mengupdate blog ni dek kerana kesibukan yang xdapat nak elak.. Walaupun xdala sampai ke beribu riban traffic dalam sehari tu, but still ok la.. Hehe..xdala sedih bila tengok statistik tuu.. :D Sejak beberapa minggu yang lepas, antara keyword yang banyak menyumbang traffic ke blog ni ialah filem Sembunyi:Amukan Azazil.. Aku ada buat review tentang cerita Sembunyi tu aritu.. n walaupun dah beberapa minggu berlalu, still entry tu banyak menyumbangkan traffic ke blog aku ni.. Setiap hari ada ja traffic berkaitan cerita ni masuk dalam blog aku ni.. Hehe.. Hebat sunggoh aura filem tu.. 

Report from nuffnang.. Sembunyi tu memonopoli table tuu.. XD


Aku ni bukan la tau sangat tentang SEO2 ni suma.. tapi aku percaya yang SEO tu mmg memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia blogging ni... Sangat memberi kan kesan terhadap turun naik traffic blog kita.. Kalau tau cara yang betoi, boleh dapat traffic yang comel2.. Haha.. Tapi masalahnya, aku ni sangatlah noob tentang SEO ni.. So, kalau kebetulan ada keyword2 yang mengena tu mmg betul2 kebetulan la tu.. Contohnya macam cerita Sembunyi:Amukan Azazil tu kan, masa aku buat entry tu, aku tatau pun entry akan akan menyumbangkan traffic yang agak comel ke blog aku ni..Aku just taip ja.. Tapi kebetulan dalam entry aku tu ada banyak keyword2 penting yang orang selalu carik kat google, so terbawak la depa ke blog aku ni.. 



Ini lah sebab banyak traffic datang under that keyword.. Duduk dekat first page rupanya.. hehe..



So, ternyatalah sebagai seorang blogger, kita kena dalami jugak ilmu berkaitan SEO ni.. sebab ilmu tu berkait rapat dengan apa yang kita dok buat ni, Blogging..Memang sangat banyak kepentingan SEO ni.. Terpulang kat kita ja nak amek tau or buat tatau.. Tapi for the time being aku belum sempat nak belajaq dalam2 lagi tentang SEO tu sebab kena utamakan benda lain dulu.. Yelah, student la katakan..Nak kena utamakan kurikulum dulu la kan..hehe... So, itu sajalah yang aku nak kongsikan untuk kali ni...


Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Sembang: Kita Perlu Sakit.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Setelah brapa dekad  xdemam, tetiba harini terdemam plak dah.. Maybe sebab cuaca yang xberapa nak menentu kot.. Kejap hujan, kejap panas, kejap salji turun sikit, kejap ribut.. So, sekarang ni mmg ramai la yang demam.. Tapi aku ok lagi ni, xdala sampai berbungkus dalam selimut macam pucung.. Still boleh menaip ni kira masih hensem *puihhh and bertenaga lagi la ni :D.. Cuma xsedap badan sikit la bila demam ni kan... 




Sakit. Sakit ni ada macam2.. Demam, selsema, cirit belit, sakit kepala, gatal2 mata, gatal2 hidung, tapak kaki digigit nyamuk, jerawat dihujung bibir, ok dah3..Japg kang sampai ke mana hala plak aku merepek.. Sakit ni mmg la xda sapa pun yang suka... Suma orang nak sihat walafiat kan.. Bila sakit tu dtg rasa macam internet connection yang terputus masa dok syiok2 tengok movie online kan? haha.. Tapi sebenaqnya, aku rasa la kan, sakit itu perlu.. Semua orang kena rasa sakit...Kenapa? Sakit tu sebenarnya ada pengisian lain selain daripada ketidakselesaan n ketidaklaratan..  


Sakit ni dapat bagi kita peluang untuk jadi orang yang lebih kuat, n also bagi kita ruang untuk berehat dan bermuhasabah diri.. Bila kita dok kerap sakit tu, lama2 kita akan jadi semakin tabah. Xpercaya? Ingat lagi x dulu kecik2 kita dok men aci ligan duduk.. Sekali jatuh tersungkuq tu mmg teriak macam hilang akai.. Tapi bila dah banyak kali jatuh, kita dah xkisah dah pun even berdarah memancut mancut.. Dah lali.. Sama jugak macam seorang wanita yang aku kenal ni.. Aku kenal dia dah lama..Dia pernah terkena satu penyakit yang dia pun tatau apa, Dr pun xdapat nak detect... n aku  mmg perasan macam mana dia semakin matang n tenang hadapi masalah2 berkaitan dengan kesihatan yang dia hidapi selama ni.. Mmg nampak perbezaan dulu n sekarang.. *Tabik spring beramai ramai selama 4 saat..




Selain dari tu, bila sakit jugak dapat bagi kita peluang untuk berehat dan jugak bermuhasabah diri..  Mak aku pernah cakap dulu.. "Hgpa tolong2 lah mak kat rumah ni.. Japg kalau Allah nak mak berehat, dia bagi mak sakit, hgpa jugak yang sedih..".. Aku rasa mmg ada kebenaran kata2 mak tu, Bila kita sakit kan, kita mmg perlu berehat.. N orang2 sekeliling kita xbleh salahkan kita kalau kita berehat.. Kita kena berehat..Its a common thing to do bila kita sakit.. Our body is telling us that it needs a rest.. So, basically Allah yang Maha penyayang bukan saja nak uji kita dengan kesakitan, tapi jugak nak bagi kita  peluang untuk berehat sekejap.. ;")



Kesimpulannya disini, sakit tu bukanlah sekadar perkara yang buruk semata mata.. Banyak yang boleh kita dapat kalau kita perhati btoi2 n fikir dalam2..  N satu lagi, semua orang pun akan merasai sakit.. Cumanya, sakit itu berbeda beda.. Ada yang sakit biasa2, ada yang sakit kronik2 ada jugak yang sakit dari segi psikologinya.. Semua ada k.. Banyak2 bersabar selain daripada berikhtiar dan jugak berdoa harap penyakit masing2 tu cepat2 sembuh k.. Dengan bantuan Dia, in sha Allah xda apa yang mustahil.. So, tu sajalah yang aku nak sembangkan kali ni.. Salah silap tang mana2 tu, harap maaf.. Ok, aku cau cincau dulu yer..


Assalamualaikum.
Jemput Komen

Pengalaman: Karya Di Pilih Biji Press!!

Tuesday, April 23, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Lately ni xboleh nak kerap sangat update blog.. Jadual agak sendat.. Dah settle dengan teater, sekarang sibuk dengan nasyid pulak.. Dalam pada tu, assignments pun xberhenti berhenti bertelur dan beranak.. Bertambah hari demi hari.. Walau apapun, ini bukan keluhan, ini hanya satu perkongsian.. Hehe.. Haritu  pementasan teater Curang , Alhamdulillah memuaskan.. Penonton enjoy, kami enjoy.. So, I guess we nailed it.. Sekarang cuma tunggu keputusan ja.. Kalau menang tu bonus, kalau kalah tu xda rezki.. Apa2pun, aku dapat pengalaman baru..N merit kolej pun dapat jugak.. Banyak.. Banyak sangat..


Tudiaaaa.. 65 merit sekali dapat.. Lepas ni boleh duduk kolej sampai bila2..


Orait, lepas tu ni ada berita baik yang nak aku kongsikan.. Lebih kurang sebulan yang lepas, aku ada terbaca satu iklan pasai Biji Press, satu syarikat penerbitan yang baru lagi dalam dunia penerbitan ni, depa ada buat satu projek untuk terbitkan sebuah Kumpulan Cerpen yang berjudul Normasia.. N untuk projek ni, depa bukak kepada penulis2 amateur untuk menghantar karya masing2 untuk dipilih n dimuatkan dalam kumpulan cerpen Normasia tu..Depa nak pilih 15 org penulis amateur.. Aku plak masa tu baru ja lepas siapkan cerpen aku yang pertama.. So, aku rasa xsalah kalau aku cuba nasib untuk benda ni.. Manala nak tau kot2 ada rezki.. So, aku pun hantar cerpen aku yang bertajuk Jin 5 Hari..


 Buku Normasia Biji Press                    Cover Cerpen aku yang agak bajet 




n tadi, lepas balik daripada latihan nasyid, aku cek la email aku.. N agak terkejut gak laa.. Dapat Email daripada Biji Press yang habaq kata cerpen aku terpilih untuk dimuatkan dalam buku kedua depa ni...Alhamdulillah.. Satu pengalaman baru la untuk aku..Xpernah pernah sebelum ni dapat peluang camni, kali ni diberikan kesempatan oleh Allah untuk rasai benda baru ni.. 


Emai daripada Pihak Biji Press

Nak tau dak cerpen aku tu pasai apa? Meh aku nak cerita.. Ehh.. mana bleh... Hehehe.. Kalau nak, kena tunggu buku tu siap laa.. Nnt kalau buku tu dah siap diterbitkan, aku maklumkan kat sini k.. :) Nak beli dari aku pun boleh ja.. Kalau ada yang sudi laa...Harap2 projek depa ni berjalan lancar laa.. hehe.. So, itu sajalah untuk kali ni k.. Nak g sambung buat kerja jap.. :)


Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

Sembang2: Gigigigigigigiggigggwiyomii... XD

Saturday, April 20, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah..



Haritu Gangnam style, lepas tu Harlem Shake n sekarang ni Gwiyomi ni plak.. Hehe.. Aku rasa msti ramai yang dah pernah tengok Gwiyomi ni kan? Bukak ja Youtube, merata-rata pun ada video Gwiyomi ni.. Hehe.. Ada yang comel, ada yang comot dan ada jugak yang Comelot (comel+comot)..XD.. 

Sedikit latar belakang or asal usul Gwiyomi ni, lagu Gwiyomi tu sebenaqnya dinyanyikan oleh penyanyi Korea yang bernama Hari. Lagu tu mula2 didengarkan pada 18 Februari 2013..Mmg comel lagu tu.. Pergerakkan yg depa dok menari nari tu plak mula2 dibuat oleh Jung Ilhoon, seorang ahli kumpulan Kpop.. N lepas tu orang ramai pakat2 dok buat sama lepas tu upload ke Youtube.. N disebabkan benda tu agak fresh n comel, ramai lah yang jadikan benda tu ikutan...Sekarang, dah beratus ratus or maybe dah beribu kot orang dok buat video Gwiyomi ni.. 


Bukan perempuan ja yang buat benda ni, lelaki pun belambak dah dok buat.. Sampai bila agaknya benda ni akan terus dijadikan trend ek? entahla.. Lepas ni agaknya, benda apa plak la yang akan jadi kegilaan warga alam maya ni.. Hehe.. N satu nasihat aku untuk gadis2 diluar sana, kalau nak buat tu janganlah terlampau mencomelkan diri anda k.. Rasa mcm xelok plak lelaki2 dok tengok kecomelan hgpa tu kan? Or better xyah buat langsung laa.. Ntah somehow rasa xmolek.. Lelaki pun samalah, toksah dok buat la noh..Xbuat gwiyomi pun hgpa dah comel aih..  :D

Jom Layan Gwiyomi Kucing Versi Islamik ni Jom!



Orait, tu sajalah yang aku nak kongsikan kali ni.. Maaf kalau ada salah cakap mana2.. Hehe.. Ok, thats all for now..
Assalamualaikum
******************
Jemput Komen

Pengalaman: Curang!

Friday, April 19, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah..Tudia, dengaq tajuk macam suspend jaa kan... Sebenaqnya tadi dok rasa nak buat short story kat sini.. Short story yang mengisahkan kecurangan manusia terhadap orang2 disekeliling dia.. Tapi dok karang2 tadi idea xmau mai plak dah.. Haha.. So, biaq aku straight to the point kenapa aku nak tulis pasal Curang tadi tuu..Ekcelli, pada 21 April ni akan ada pementasan Teater kolej aku, Kolej 12. Tajuk teater kami tu Curang!.. Aku terlibat jgak dengan teater ni.. Tapi xmampu la nak jadi watak2 penting dalam cerita tu.. Aku jadi tunggol kayu ja kat belakang pentas tu..Serius ni, aku mmg jadi tunggol kayu...

Aku jadi tunggul kayu cmnila nnt.. Haha XD

Cerita curang ni mengisahkan orang2 yang curang n last2 sekali depa menyesal pastu depa bertaubat la kan.. Alhamdulillah, sumanya berjalan lancar so far.. Harap2 atas pentas nnt pun ok lahh.. Hehe.. Pelakon kami pun mmg power2 belaka *tudia tudia... Harap2 dapat rangkul gelaran juara.. Insha Allah.. Hgpa doa2 la sama kat kami k.. Pastu nak mintak tolong something daripada hgpa2 yang budiman ni.. Nampak x poster kat bawah ni?


Nak mintak hgpa tolong like poster kami ni..Untuk markah publisiti.. Hehe.. boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? boleh kan? Boleh la yer..



Hehehe.. kalau boleh, hgpa klik kat link ni Poster Curang , lepas tu kelik button like yer.. Thanx k.. Nnt aku belanja Coki Coki k.. Hehe.. Orait, tu sajalah yang aku nak kongsikan.. Thanx again kalau ada yang sudi like poster kami tu.. Domo arigato.. Until next time k.. And until then, Jangan Biarkan Hidup anda Diselubungi Curanggggg... 


Assalamualaikum
*******************
Jemput komen

Sembang2: Kenapa Kucing Suka??

Tuesday, April 16, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni terasa berat sangat kepala otak ni.. Bukan berat sebab kepala makin besaq ka makin banyak neuron ka, tapi berat sebab assignments makin seronok meramaikan diri depa.. Depa bertelur dan menetas dengan banyak, tapi xbanyak yang berjaya di habiskan.. Tapi xpa, I believe I can fly, I believe the assigments akan berhenti bertelur dan I believe that I will get everything done.. Akan tiba hari tu.. Hari dimana aku boleh kata "Ok,suma assigment aku dah siap" .. That day will come.. Please come.. *Kedebushh pang!! pang!! tampaq muka.. Toksah dok berangan nak siap assignment kalau malas nak buat assignment kimi oi! 

Ok, tu la benda yang banyak dok bermain dalam kepala otak aku sekarang ni.. Banyak masa dihabiskan dok pikiaq pasal assignments, tapi yang malangnya, sikit masa dihabiskan untuk siapkan assignment2 tu.. Harus diubah. Harus berubah.. Papepun ni aku nak share satu benda ngan hgpa ni.. Hgpa takut kucing dak? Member aku ramai yang takut dengan kucing atas sebab2 yang xdapat depa nak terangkan.. Kucing itu comel, bunyi depa comel, bulu depa comel, mata depa comel, cuma bila berak merata tu mmg xberapa nak comel sangat la kan.. Pokoknya, kucing itu comel.


 So, kenapa ada org takut kucing? *eleh.. hg tu takut lipas lagi merepek.. Hehehehehehehe.. Ok, benda ni sebenaqnya adalah sejenis fobia. Fobia menurut kamus dewan adalah keadaan amat takut terhadap sesuatu.. Fobia ni kadang2 bersebab n kadang2 tu xbersebab pun..It just happen.. Dalam kes takut dengan kucing ni, nama fobia tu adalah Ailurophobia.


Si "dia" aku pun sebenaqnya sangat takut dengan kucing..n dia mmg ada fobia terhadap kucing.. N dia pun tatau kenapa.. hehe.. it is fine with me walaupun aku suka kucing (cewwaahh)... Tapi yang peliknya, kucing sangat suka duduk dekat ngan dia.. Kami pun pelik bin hairan bin ajaib bin curious la kan.. Lagi dia dok elak dari kucing, lagi kucing minat nak p kat dia.. Kenapakah? So, tadi aku terjumpa satu artikel tentang benda ni.. Nak tau kenapa kucing suka p kat orang yang fobia kucing? 

"Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.


Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya."

Ok, rupanya tu lah sebabnya..Sebab si kucing tu rasa yang org2 yang fobia kucing ni xkan mendatangkan  ancaman kat depa.. ooooo.. tu rupanya sebabnyaaa.. Hehe..tapi aku nak tergelak baca satu komen kat bawah maklumat tuu... 

Brother ni msti fobia gak nii.. XD

Orait, so terjawablah sudah persoalan kami selama ni.. Hehe.. Papepun, kepada kwn2 sekalian, kalau kita tau yang member kita tu takut kucing ka, arnab ka, cacing tanah ka, kutu oink2 ka, n ............ lipas ka, jgnla kita dok usik depa dengan binatang2 tu k.. Kita tatau cmna depa rasa..Mungkin depa akan fobia lagi teruk lepas tu.. Kalau nak usik, usik guna benda lain k.. Orait, tu sajalah untuk kali ni..Kalau nak cek hgpa ada fobia apa2 n nak tau nama fobia hgpa tu, boleh la ke website ini.. 


Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen. Ada fobia apa2 dak?

Sembang2: Google Image Boleh Tolong?

Saturday, April 13, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Undian dah habes dikira (macam ramai ja yg undi), n header yang paling banyak dapat undian, adalah header yang berada kat atas blog aku sekarang ni haa..Hehe.. N aku dah tukaq a few things kat blog aku ni just untuk memberi nafas baru supaya aku xboring bercerita kat sini.. Hehe..

Hgpa suma pernah dengaq kan tentang Google Image? Google image ni banyak orang guna untuk cari gambaq la kan.. Dah nama pun image kan.. Ada yg cari gambaq retis2, ada yang cari gambaq kucing, ada yang cari gambaq hantu n ada jugak yang cari gambaq loqlaq (Sila rujuk kamus Dewan Edisi Kedah)..  Ada x yang cari gambaq Kimi Jamai? (boooooooooo......oooo! Kimi Jamai boooooo! XD)..Haha.. 

Tapi hgpa tau dak, selain daripada mencari gambaq, kita jugak boleh menyemak keoriginalitian sesuatu gambaq tu melalu google image ni.. Kita bleh tengok dari mana mai sesuatu gambaq tu, kita boleh cek apa gambaq asal sesuatu gambaq tu sebelum gambaq tu diedit..Dan banyak lagi.. Cara dia mudah ja, tengok gambaq kat atas tu, nampak kan gambaq camera kecik kat hujung ruangan carian tu?


Klik kat gambaq camera tu..

N then upload la image yg hgpa nak tau maklumat about it tu..


Antara kepentingan ataupun kelebihan benda ni ialah kita boleh tau kesahihan maklumat tentang gambaq yang kita terima.. Contohnya masa dunia tengah hangat tentang penayangan filem Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad dulu tu, ada satu gambaq yg tersebar kat internet mengatakan satu pawagam terbelah dua semasa penayangan filem tu.. Gambar yang diberikan sebagai bukti adalah gambar kat bawah ni..


Tapi bila aku try search kat Google image tu, rupa2nya gambaq tu adalah gambaq salah satu bangunan yang roboh masa gempar bumi kat Chile.. Tataula apa motif disebalik penyebaran gambar tu..



Contoh kedua,  Masa tengah panas serangan tentera Sulu kat Lahad Datu haritu, ada satu gambar yang tersebar luas yg mana dalam gambar tu menunjukkan mayat askar2 yang dikatakan askar Malaysia.. Gambar yang aku maksudkan tu adalah gambar ni..



Tapi bila di cari kat Google Image tu, ternyata gambar tu bukannya gambar tentera Malaysia.. Gambar tu merupakan salah satu gambar askar2 Thailand yang terbunuh kat selatan Thailand.. Kalau xpercaya, n nak tengok gambar2 tentera thai yang selebihnya tu, bleh la klik sini k..  So, those are antara contoh2 yang boleh kita amek, bagaimana untuk kita manfaatkan benda alah Google Image ni untuk kebaikan bersama..

Lepas ni kalau dapat apa2 gambaq yang agak menimbulkan kontroversi tu, bleh la try Upload kat google image tu dulu n tengok kot2 ada maklumat2 tambahan ataupun maklumat2 sebenar tentang gambaq yang kita dapat tu k.. Rasanya sampai sini dulu kot.. Sori, terpanjang lebaq plak dah aku menyembang kali ni.. Orait,  wa off dulu yer.. 


Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

Jom Tengok: Header Mana Paling Sesuai?

Friday, April 12, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Kepada yang dah selalu singgah kedai kopi aku ni, msti hgpa perasan yang header aku dah berubah kan? hehe.. Tengah2 malam ni aku tatau nak buat apa, tetiba terdapat idea nak terbuat header terbaru.... Hehe.. haritu aku dah buat dah header yang baru kat rumah, tapi bila pasang kat blog jadi xsesuai la plak.. Ke just aku ja yg rasa xsesuai ek.. haha.. Tataula, tapi header yang baru ni pun belum siap sepenuhnya lagi.. Belum dikemaskan lagi detail2nya.. Hehe.. Tapi saja nak buh siap2 bagi hgpa tengok..Cewwah..

Actually, aku nak mintak pendapat hgpa antara tiga2 header dibawah ni, mana yang hgpa rasa patut aku letak kat atas blog aku ni.. Bagi la pendapat hgpa noh.. Habaq mai kat aku kat ruangan komen kat bawah sana nuu.. Habaq sejujur2nya k.. Kalau rasa yang baru ni buruk, gtau ja.. Aku tukaq p jadi yang lama punya.. So, antara tiga header kat bawah ni, mana hgpa rasa sesuai?




Sebenaqnya aku paling suka yang first tu.. Simple ja kan.. Tapi just nak dengaq pendapat hgpa..Orait?Hgpa gtau la pendapat hgpa k...Makaseh noh..

Assalamualaikum.
Jemput Komen.

 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger