Sembang2: Rahsia Personaliti Aku? Btoi ka tuuuu..

Sunday, March 31, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Dalam busy2 sempat jugak aku menaip kat sini.. nampak xbetapa aku sayang kat blog ni..*dengan pembaca2 blog ni sekali laa..  Hgpa pernah dengaq x tentang rahsia personaliti diri mengikut bulan kelahiran.. Tadi aku ada terbaca artikel mengenai benda tu.. Kajian mengenai benda tu ada dilakukan Dato' Dr Fadzilah Kamsah.. Kalau hgpa pernah, aku nak tanya ni, hgpa setuju x dengan personaliti2 yang disenaraikan tu? Untuk aku, ada yang kena batang hidung aku n ada yang tersasar di tepian cuping telinga aku.. Haha.. Aku lahir bulan Januari, so jom tengok apa personaliti aku menurut kajian tu..



1. Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik.
  • Bercita-cita tinggi tu betoilah, memang banyak cita-cita yang aku pasang sejak tali pusat aku dipotong dulu.. N semuanya mmg tinggi2.. Serius orangnya? Ohh.. sedikit tersasar disitu .. Aku ni xserius pun..Xserius langsung.. Kalau nak tau aku ni serius atau x, hgpa call mak aku, tanya dia perangai aku kat rumah cena.. Tapi kalau in terms of doing tasks or kerja2 yang diarahkan, mmg kadang2 aku serius.. Suka mendidik dan dididik? Mendidik tu mmg aku suka, tapi aku xpandai nak mendidik orang lain... Aku xreti nak keluarkan benda yang aku paham dalam bentuk kata-kata.. Dididik tu mmg nak xnak kena suka la kan... Weeee.. ^^
2.Sangat mudah melihat kelemahan orang, dan suka mengkritik.
  • Untuk point yang ni mmg aku terpaksa tidak bersetuju.. Aku jarang nampak kelemahan orang, Yang aku selalu nampak is that setiap orang ada cerita depa sendiri n setiap orang ada potensi depa tersendiri.. Setiap apa salah silap yang seseorang tu buat msti ada sebab dia yang tersendiri ataupun ada pegangan dia yang kita x tau..
3.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Rajin? Sejujurnya aku cakap, aku mmg sangat rajin.. Tapi lebih jujurnya aku berterus terang aku mmg x rajin langsung.. Bukan nak memburukkan diri aku dimata hgpa, tapi sekadar nak bersikap telus dengan hgpa.. Tapi, walaupun aku xrajin, aku tetap buat apa yang perlu diselesaikan.. Bukannya jenis xrajin yang dok nganga jaa.. Haha.. 
4.Suka pada kecantikkan, Kekemasan dan teratur.
  • Rasanya hampir semua orang kot suka benda yang cantik, kemas dan teratur.. yang susahnya is cemana kita nak jadi cantik kemas dan teratur tu.. Ye idak? Haha..
5.Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Sensitif dan berfikiran mendalam? Kalau sensitif yang dimaksudkan tu is sensitif yang jenis mudah terasa tu, maksudnya tersasar lagi la tu.. Aku bukan jenis mudah terasa.. Seriusly.. Aku sebenaqnya suka ja melawak2 kasaq.. Tapi tengok jugak la dengan sapa aku melawak tu.. Tapi kalu sensitif yang dimaksudkan tu is prihatin dengan keadaan sekeliling, maybe betul kot.. Hehe.. 
6. Pandai mengambil hati orang lain.
  • No komen. XD
7. Pendiam kecuali diransang.
  • Yang ini agak terkena kat batang hidung aku.. Mmg aku ni jenis yang pasif sikit dengan kawan2..Aku lebih suka dengar daripada cakap.. Tapi bila diransang tu, mmg aku turut sembang la.. Tapi dalam rumah, im a complete crazy clown..
8.Romantik, suka kanak2, setia.
  • Ni suma aku rasa xperlu terang panjang2 kot.. Tengok bulu mata pun dah tau kan.. Haha..  
9.Sifat cemburu yang sangat tinggi.
  • Ni xberapa nak kena kot dengan aku..Aku bukan jenis yang cemburu.. Maybe sebab aku percaya kat si dia aku tu kot.. Hewhewhew *kededush.. Kalau dah percaya, rasanya cemburu yang over2 tu pun dah xperlu sangat kot.. Tapi kena ada sikit kot.. Yelah, kan orang tua2 selalu cakap, cemburu tanda sayang.. So, xcemburu langsung tu x sayang la kan? Haha.. Xdala weh, jgn layan aku merepek ni..

Sebenaqnya, benda ni ada betoi ada salahnya.. Kajian ni dilakukan based on keputusan majoriti orang yang di test tu.. So, kalau kita ni berada dalam kelompok minoriti tu, keputusan kajian tu mungkin ada yang xkena dengan kita... Papepun, sebenaqnya setiap orang itu unik dan menarik dan hensem dan cantik tertarik kau memang debommm.. Setiap orang itu ada kelebihan, kekurangan, potensi dan tabiat masing2.. So, cintailah diri anda yer.. :) Tu saja kot yang aku nak bebelkan kali ni...Kalau nak tau rahsia bulan lahir hgpa, bolehla klik sini.. Until next time...

Comel kan mereka?


Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

Jom Tengok: Seni Potrait Daripada Skrew.

Friday, March 29, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Ni aku baru balik daripada main bowling dengan kawan2 Kelab Albiruni aku.. Syiok.. Len kali nak buat lagi r.. Aku dapat buat strike sampai 4 kali.. Tu yang seronok tuu.. First time seumuq hidup selama 20 taun... Haha.. Orang lain buat strike sampai beratuih kali xhinggaq pun... Tapi seriusly mmg best.. Pastu dok belek2 kat internet tadi ada aku terjumpa sejenis teknik seni yang aku rasa baru lagi kot.. Seni buat potrait guna SCREW.. Makin kreatif manusia zaman la ni.. Nama pengkarya ni Andrew Myers .. Moh la kita tengok sama2 deh... Jom tengok..













Amacam? Stylo kan? Banyak kerja tuu... nak screw lagi, nak cat lagi, nak lukis lagi.. Fuhhh.. Gua tabik sama Andrew Myers yang berjaya buat benda alah ni... 
Oklah, tu saja kot..
P.S. Eden buat strike 4 kali td.. *kedebush!! kasi penumbuk sebijik baru tau.
Assalamualaikum..
*****************
Jemput Komen

Berita Kopi: Tahniah Irma Hasmie Dan Ayu Raudhah.

Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Dalam entry ni, aku xnak pok pek pok pek banyak2... Just nak ucapkan tahniah kepada Irma Hasmie yang baru melahirkan baby yang comel.. Tahniah buat Irma Hasmie ngan suami dia... Dan tahniah jugak kepada Ayu Raudhah yang jugak baru beranak.. Tahniahlah yer...


Ni gambaq baby depa..


Tweet Zaquan Adha menyatakan Ayu Raudhah dah melahirkan putera pertama depa..
Tahniah..


Lepas ni bertambahlah tanggungjawab masing2.. Jaga amanah itu sebaik mungkin, Insha Allah baiklah jadinya nnt.. Aku xbleh nak cakap banyak sebab aku pun xda anak lagi.. Haha.. Tunggu nnt aku ada anak, bleh la aku gebang banyak sikit.. keh3..Papepun, tahniah sekali lagi untuk depa.. Thats All kot.


Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

Pengalaman: What A Week.

Thursday, March 28, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Dah settle dengan dinner senior, sekarang ni aku dok sibuk buat prop untuk pertandingan teater antara kolej plak.. Lepas ni mmg boleh expect yang hidup aku akan serabut sikit r *mcmla sekarang ni xserabut .. Baru2 ni aku ada dua test yang mmg antara subject yang paling susah untuk sem ni  *Aku rasa la.. Satu subject literature n satu lagi subjek sejarah bahasa english.. So, mmg dua2 subjects ni memerlukan aku untuk banyak2  membaca.. Actually suma subject pun kena banyak baca.. Tapi tulah, dua subjek ni dia extra banyak sikit.. n Aku ni mmg "rajin" membaca pun.. Hehe..

Yang nak jadi ceritanya, pada hari kejadiannya test tu, aku terbangun pukul 8.49 pagi.. Test tu plak pukul.. ermm... pukul 9 kot.. haha.. mmg pukul 9 pun.. Jenoh kalut aku bangkit n basuh2 muka, basuh rambut, berus gigi pastu trus p Test.. Mandi? hehe.. Kali ni aku mandi ikut mazhab P.Ramlee jaa.. Keh2.. Dah emergency ceni terpaksa la buat yg mana patut jaa.. Nasib baiklah masa aku sampai tu, kwn2 yang lain baru nak start jawab.. Aku duduk, n jawab. Susah x soklan? Soklan dia sangat "comel" dan menguji kesabaran serta keutuhan brain cell aku.. Haha.. Tapi benda dah lepas, n aku pun dah usaha takat mana yang mampu, so now Tawakal ja.. :) Abes test tu, aku balik bilik.. Mandi n study untuk test petang tu plak... n untuk test petang tu pun susah jugak tapi rasa ok sikit kot dari test pagi tu.. Harap2 ok lah..

So, minggu ni mmg agak padat sikit.. Agak stressful sikit.. Tapi walaubagaimanapun, semua tekanan2 aku hilang bila aku terlihatkan dua gambaq ni kat facebook... Nak tengok? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Ok, sesiapa yang memerlukan bangla boleh beli sini.. LOL


Sony erection? What the fish? LOL.


So, tu sajalah daripada aku untuk kali ni.. Malam esok g men bowling freeeee.. Dapat release tension sikit.. Hehe.. Until next time..



Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen

Sembang2: Doodle Pertama Aku Untuk Hgpa.

Monday, March 25, 2013
Assalamualaikum.. 
Salam muhibbah.. Baru2 ni aku ada belajaq satu cara mudah nak buat doodle, so aku pun ingat nak try buat la kan.. Nmpak macam senang ja.. Hehe.. Then, aku terpikiaq, aku nak buat doodle gambaq apa ek? Pastu aku teringatkan kawan2 blogger aku.. *sila terharu beramai-ramai.. Haha.. Tapi nak buat doodle untuk semua macam hiperbola la plak kan? So, aku decide untuk hadiahkan doodle pertama aku sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blogging ni kepada pengomen-pengomen tegar kat blog aku ni.. Hehe.. So, Surprise!! Aku pilih Top 3 pengomen tegar aku.. N aku buat satu untuk Cik Pensil sebab aku dah pernah janji dengan dia dulu...Kehkehkeh.. Harus diingatkan, ni doodle pertama aku, so mmg buruk la.. Haha.. Insha Allah, aku try belajaq lagi untuk cantikkan lagi in the future.. :D

Nah Tengok! Nak amek simpan dalam laci pun boleh.














Ni sebagai tanda terima kasih aku kat hgpa semua sebab dok datang blog aku n baca kisah hidup aku.. Kepada yang xdapat doodle tu, jgnlah lepas ni dah xmai blog aku plak.. Haha.. Mai la mai la mai la mai la mai la noh.. Makaseh :)  Insha Allah nnt aku buat kat yang lain2 plak k.. Semoga Ukhwah kita ni kekal la smpai bila-bila...


Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

Pengalaman: Persembahan At Palace Of The Golden Horses.

Sunday, March 24, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Semalam 23.3.2013 berlangsung satu majlis makan malam untuk pelajar2 final year kolej aku ni.. Buat dekat hotel The palace of golden horses.. Hotel 7 bintang tuu.. Memang macam istana dalam tu.. Besaq nak mampuih... Nak tengok cemana rupa hotel tu? Tengok ni..



Amacam? Besaq kan? Nnt hgpa dah kawen, bawak la pasangan masing2 mai melawat tempat ni noh..Melawat jela.. haha..  Ni pasaipa plak aku dok sibuk nak bercerita pasai majlis dinner orang lain ni? Act semalam aku berkesempatan jugak p ke hotel yang besaq gedabang tuu.. P untuk buat persembahan..


Majlis mula dalam pukul 9 cmtu r... N persembahan aku is persembahan nyanyian yang first, after persembahan tarian.. Oh, lupa nak habaq, aku berduet dengan member aku Muaz... Kami nyanyi lagu belaian Jiwa..   Sampai ja turn kami naik stage, music pun dipasangkan.. Muaz start dulu.. "seindah.. tiada lagi kau ku ingatkan...lalalalla" sampai chorus part aku " Kau tahu betapa lalla", time aku nyanyi tu orang lain macam dok pelik2 n terpinga2, rupa2nya mic aku ada problem sikit... So, xbrapa nak dengaq suara aku.. Haha.. Agak ke-gabai-an dan ke-malu-i jugak r.. Tapi aku bantai nyanyi ja.. Syok sendiri pun syoksendiri la.. hehe..


Lepas dah nyanyi tu, dapat lah makan free.. Hehe.. menu dia masakan melayu.. Boleh tahan jugak la..  So, itulah sedikit cerita pasai dinner semalam.. Walaupun mic rosak, tetap dapat pengalaman jugak.. :) Orait, thats all la kot.. Until next time plak k.. :)

Gambaq posing bajet.. XD

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen.

GiveAway: Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 by Mak Dara.

Friday, March 22, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Setelah berabad lamanya aku xjoin apa2 segmen mahupun giveaway, hari ni, 22 march 2013 menjadi saksi kepada penyertaan aku untuk satu GA ni.. tudiaa, dok buat terok plak aku.. Haha..Mesti rmai yang kenal dengan blogger retis Mak Dara kan? Kali ni mak dara buat satu give away yang sangat simple tapi hadiahnya sangat2 lah banyak..Nama Give Away ni Malaysia's Next Top  Lucky Blogger 2013.. Gempak bunyinya tuu.. So, jom amek peluang ni untuk memeriahkan GA sesama blogger and at the same time menang banyak2 hadiah... Mari mari kita join ramai2 noh.. Nak join? Sila klik banner bawah ni k.. 

Syarat2 penyertaan GA ni mudah saja 
  1.  Follow Blog Bicara Mak Dara
  2. Buat entri dengan tajuk 
  3. "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
  4.  Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
  5. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.  SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan
  6. Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini
  7. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya..

So, orang2 yang aku nak tag untuk sama2 join GA ni adalah..


Jom sama2 kita memeriahkan GA ni k.. 
Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

Jom Tengok: Ranking MRSM dan SBP SPM 2012.

Thursday, March 21, 2013


Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. 21.3.2013 sepertimana yang semua rakyat malaysia tahu, Result SPM 2012 telahpun dikeluaqkan.. Tahniahlah kepada semua yang dah amek result tu k.. Kalau dapat result ok, teruskan usaha selepas ni.. Kalau xbrapa nak ok tu, gandakan usaha lepas ni k.. Bila result dah keluaq tu, selain daripada excited nak tau result sendiri, msti ramai yang excited gila nak tau ranking sekolah masing-masing kat Malaysia ni kan, especially budak2 MRSM ngan budak2 SBP.. Mmg dah jadi tradisi dan kebiasaan sekolah2 berasrama kat Malaysia mcmtu. Baguslah mcmtu kan, bersaing secara sihat untuk meningkatkan prestasi secara individual dan pada masa yang sama untuk naikkan nama sekolah..

So, ni aku nak kongsikan ranking MRSM dan jugak Top 37 SBP..Meh kita tengok.. Sumbernya aku dapat daripada twitter dan jugak facebook.. 


Ranking MRSM



Untuk SBP plak, ni dia Top 37 SPM 2012.

1.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0422)
2.Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawer (GPS 1.0620)
3.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.1067)
4.Sekolah Menengah Sains Alam Shah (GPS 1.1870)
5.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.2275)
6.Kolej islam Sultan Alam Shah (GPS 1.2976)
7.SBP Integrasi gombak (GPS 1.3417)
8.Sekolah Menengah Sains Muar (GPS 1.4349)
9.The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.4593)
10.Sekolah Menengah Sains Sultan mahmud (GPS 1.4928)
11.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.5032)
12.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.5105)
13.Sekolah Menengah Sains Muzhaffar Shah (GPS 1.5327)
14.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.5327)
15.Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.5410)
16.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.5719)
17.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.6755)
18.SM agama Persekutuan labu (GPS 1.6960)
19.Sekolah Menengah Sains Johor (GPS 1.7003)
20.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.7295)
21.Sekolah Menengah Sains machang (GPS 1.7527)
22.Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (GPS 1.7575)
23.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.7705)
24.Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (GPS 1.7862)
25.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.7924)
26.SBP Integrasi Rawang (GPS 1.8046)
27.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.8322)
28.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.8529)
29.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.8649)
30.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.8754)
31.Sekolah Menengah Sains Lahad datu (GPS 1.8961)
32.Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra ( GPS 1.9001)
33.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 1.9143)
34.SBPI Sabak Bernam (GPS 1.9209)
35.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.9593)
36.SBP Integrasi Jempol (GPS 1.9714)
37.SBP Integrasi Gopeng (GPS 2.000)



Papepun, aku nak ucapkan tahniah kat junior aku kat MRSm Merbok sebab dah cuba yang terbaik.. Semoga nnt satu hari cita2 kita tercapai untuk dapat No.1 tu.. Amin.. Tahniah tahniah tahniah lah semua sekali.. Lepas ni atur langkah elok2 kemana hgpa nak p.. Masuk universiti ka, kolej ka, matrix ka, cuba jadi yang terbaik ataupun jadi antara yang terbaik dan cari pengalaman banyak2 k.. And dont forget to have some fun jugak.. 
Semoga berjaya.





Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

Pengalaman: Jangan Tiru Aksi Ini.

Wednesday, March 20, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Secara jujurnya aku habaq kat hgpa la kan, aku ni bukanla pelajar yang cemerlang sangat pun.. Kadang2 aku tertidoq dalam kelas, kadang2 aku menyembang gak dalam kelas dan kadang2 aku melukis masa lecturer tengah dok ngajaq..



Ni member aku yang lukis.. Nak menyumbangkan lukisan gak kat galeri aku ni..


Dua lukisan ni aku lukis tahun lepas.. Haha.. dah siap jadi frame lagi kat bilik aku.. Kah3..

Bukan nak suruh hgpa tiru perangai aku ni.. hehe.. Saja ja nak buat pengakuan jujur ngan hgpa.. Hoho..Sila jgn tiru aksi ini dimana mana institusi pengajian yang anda berada ok? Hehe.. Kalau nak tiru jugak, lepas lecture tu, kat bilik nnt masa study tu fokus btoi2 bagi paham sepaham pahamnya.. Ok?  Bukanlah setiap kelas aku dok melukis jaaa.. Bila aku dok boring2 sikit tu, mulalah tangan ni gatai cari pensil n start melukis.. Kebanyakkan masanya aku fokus la dalam kelas ( yela tuu).. Btw, ada banyak lagi lukisan2 yang aku dah hasilkan, tapi malas nak p punggah buku cari.. haha.. 




Tu sajalah yang aku nak kongsikan kali ni.. 
Assalamualaikum.
"Lain orang, lain cara."
*******************
Jemput Komen

Muhasabah: Itu Semua Dugaan Dan Ujian-Nya.

Tuesday, March 19, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Hari ni aku ada dua kelas ja.. Xsesibuk hari hari yang lain.. Hgpa ingat x pasai konsert amal haritu? Sebenaqnya aku ada buat kesalahan sikit kat pihak Fakulti, n tadi aku dah g jumpa orang yang sepatutnya untuk aku mintak maaf atas kesalahan aku tu.. Aku ingatkan dia nak marah+tengking+makan aku, tapi rupa2nya dia baik ja.. Dia just cakap2 sikit n bagi nasihat n tunjuk ajar.. Fuhhh, lega bak hang!. 

Fuhh.. lega xkena marah.

Masuk topik entry kali ni, ujian Allah untuk manusia tu datang dalam bermacam-macam bentuk, and bagi aku, setiap satu benda yang terjadi dalam hidup aku ni adalah ujian Dia. Rezki ka, kemalangan, benda2 elok n xelok sumanya aku terima sebagai ujian.. Cuma kekadang tu bila ada ujian yang berat2 tu, mmg amek masa sikitlah untuk aku terima...Mak selalu pesan, "Kalau Allah uji hang sesuatu benda tu, maknanya hg mampu hadapi benda tu". Kata2 mak tu bertetapan jugak dengan salah satu ayat Al-quran yang bermaksud "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (Al-Baqarah:286)". So, segala ujian yang diberikan kepada kita semua ni sebenaqnya mmg didalam kemampuan kita. 


Antara ujian yang paling aku takut sekali is ujian kelapangan, nikmat yang melimpah-limpah, dan jugak tanggungjawab. Kenapa aku rasa macam tu? Ni aku nak cerita.. 


1. Kelapangan (masa)

Yep, kelapangan tu maksud aku dari segi kelapangan masa. Apa yang aku risaukan dengan kelapangan masa ni is that risau sama ada aku gunakan masa tu dengan perkara2 yang betul atau x. Perkara2 yang sia2 atau yang berfaedah.. Kadang2 bila tengah dok ada masa lapang tu aku x sedaq pun tentang kelapangan masa tu, tapi bila dah sibuk baru lah aku dok terpikiaq tentang masa lapang yang aku dah bazirkan tu.. Selalu macam tu, susah sangat nak bentuk diri ni supaya gunakan masa lapang tu sebaiknya.. Harap aku  dapat improve bab2 pengurusan masa ni..


2.Nikmat yang melimpah-limpah

Allah dah bagi banyak nikmat kat aku.. Dan jugak kat kita semua.. Tapi selalu diri ni lupa nak bersyukur.. Selalu muncul perasaan2 yang xsepatutnya dalam diri ni.. Selalu sangat lupa yang nikmat tu merupakan ujian dari Dia untuk tengok sama ada kita ni hamba yang bersyukur ataupun sebaliknya..  Sebab tu lah aku takut bila diuji dengan nikmat, aku risau aku akan jadi hamba yang lupa untuk bersyukur dan aku risau akan muncul rasa2 yang xsepatutnya.. Nauzubillah.



3. Amanah & Tanggungjawab

Amanah dan tanggungjawab ni selalunya dikaitkan dengan pemimpin la kan.. Well, sebenaqnya semua orang pun ada amanah, semua orang pun diberikan tanggungjawab.. Paling tidak pun, untuk memimpin diri kita sendiri kan.. Tapi, apa yang aku nak habaq ni is amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.. Mmg daripada dulu lagi, aku gentar ataupun aku rasa berat untuk pegang apa2 tanggungjawab sebagai pemimpin.. Bukat sebab kecut ka apa, tapi sebab risau kalau2 aku xdapat nak jalankan tanggungjawab dengan baik. Kesian dekat orang2 yang bersama-sama dengan aku.. Tapi bila dah diberi tanggungjawab tu, aku terima.Aku redha.. "Mungkin Allah nak bagi peluang aku rasa pengalaman ni" Ayat yg aku selalu guna nak sedapkan hati.. Tapi betullah, semua benda terjadi dengan izin Dia, so msti ada hikmahnya, paling tidak pun, untuk bagi kita rasa pengalaman tu..

Tudia, panjang lebaq nakhayyam aku taip.. Letih dah cerebrum hgpa baca.. Hehe.. Aku sekadar berkongsi sedikit benda dengan hgpa.. Kalau ada yang aku tersilap tulih ka apa, hgpa habaq mai la noh.. Kot2 ada pendapat dan pandangan aku yang silap ka, hgpa bagitau la yer.. Aku ni manusia biasa, manusia yang sering buat silap, n selalu jugak terbuat balik kesilapan yang sama.. Tapi dalam tersilap tu, aku cuba untuk perbaiki langkah aku.. So, tu sajalah yang kawe nak kongsikan dengan deme deme sekalian.. Terima kasih yer sudi baca.. 

Assalamualaikum
"Semua manusia itu diuji"

*******************
Jemput Komen.

Sembang2: Tahniah Dan Semoga Berjaya (STPM&SPM)

Monday, March 18, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Harini 18 hb Mac 2013 dengaq kata result STPM dah keluaq.. Msti hgpa yang nak amek result tadi tu tergetaq-getaq nak masuk dewan tu kan? Ingat lagi masa aku nak amek result SPM dulu.. Dok kerja tolak kawan2 suruh amek dulu.. Haha.. So, amacam? Ok dak result hgpa? Walau apapun yang hgpa dapat, aku ucapkan tahniah k.. 




Xkiralah result hgpa ok ataupun x, yang penting hgpa dah usaha n dah bagi yang terbaik masa Exam haritu.. Kepada yang dapat result cemerlang tu teruskan usaha kat Degree nnt n kalau result xbrapa nak comel tu, kita mulakan buku baru kat degree nnt k..Ni aku dok risaukan result adik aku yang SPM tu.. Haha.. Aku ingatkan result STPM ngan SPM keluar serentak, so tadi aku call la mak aku.. then mak aku cakap result SPM keluar 20hb ni.. Tataula si Ehsan tu dok cuak ka dok sibuk main futsal dia.. Papepun abg doakan yang terbaik untuk hang.. 






Macam aku cakap tadi lah, yang mana dapat result comey lotey tu, teruskan usaha hgpa and jangan bangga sangat tau dengan result tu.. Sebab nnt dah masuk degree atau diploma atau matrix atau asasi, it is a completely different world.. Kat universiti nnt, semuanya kita kena ushakan sendiri.. Semuanya tau...Tapi bukanlah aku nak kata yg hidup kat kampus ni tension ja memanjang..Sebenarnya seronok ja hidup kat kampus ni.. Kena pandai2lah cari keseronokan tu.. Tapi jgn dok cuba benda yang xelok plak tau... Kepada yang x dapat result comey lotey tu, jgn risau k.. Hgpa kena bangun balik.. Mulakan hidup baru, dunia baru.. Hehe.. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya k.. So, selamat maju jaya lah untuk kawan2 sekalian yer...


Itu saja yang aku nak kongsikan, Doakan adik aku tu dapat result yang baik yer..
Assalamualaikum.

“Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.”

Sembang2: Aku Tentang Penderaan Terhadap Binatang

Sunday, March 17, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Meh baca kisah sedih ibu kucing ni jap boleh?


" Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali. Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati. Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak! Kejamkan orang ni? "



Sedihkan? Kesian kat Si ibu kucing tu.. Kenapala ada manusia yang sanggup buat benda2 cmni.. Kucing tu secomel comel binatang pun depa sanggup perlakukan sampai mcm tu.. Entah apalah dosa kucing tu kat depa.. Kucing pun boleh rasa sakit.. Ibu kucing pun boleh rasa sedih.. Apa guna kita ada akal kalau xgunakan sewarasnya.. Aku buat entry ni skadar nak kita sama2 pikirlah benda ni.. Mmg kita khalifah kat dunia ni..Tapi status khalifah tu bukannya lesen untuk kita menzalimi makhluk2 lain.. 


Tu sajalah yang aku nak kongsikan dengan hgpa.. :) Btw, semalam aku ada masuk audition untuk satu program nyanyian ni.. Nama dia, Fiesta Idol..Aku nyanyi lagu Mahiaq Zain. :D Tapi xlepas masuk final pun.. Xpa2, saja syiok2 menimba pengalaman.. :) Satu persatu Allah bagi peluang kat aku untuk belajaq.. Orait. Until next time..


Assalamualaikum..

Pengalaman: Konsert Amal Al-Biruni

Friday, March 15, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Lamo dah eden mombiarkan blog eden ni terbongkalai.. Ni nak update la sat.. Lately, life have been a little bit busy.. Minggu ni tiap2 malam ada hal.. Sekarang tengah agak free, so nak cerita2 la sikit ngan hgpa..  Hgpa ingat lagi x aku habaq haritu pasai konsert amal yg aku promote mintak hgpa datang tu? Konsert tu dah pun berlangsung malam semalam... Laa, x ingat? ni ha poster dia..




Setelah seminggu dok memikirkan pasal konsert ni, akhirnya settle jugak.. Mujurlah ada member2 aku yang sangat2 supportive nak buat persembahan.. Thanx Ijat, paad,RB, letto, paan,Afiqah, Mya,Hashra, and Lyssa..Xlupa jugak thanx kepada Husna n Amy yang sudi jadi host malam tu.. N terima kasih sangat2 jugak kat kawan2 yang datang.. Ada yang bawak banner siap.. haha.. Makaseh. Walaupun xramai sangat yang datang malam tu, tapi suma yg datang tu mmg sangat awesome n depa buat majlis tu jadi meriah.. Thanx..

Ada satu cerita disebalik konsert ni, tapi yang tu biaqlah aku ja yang tau..  Btw, tujuan kami buat konsert ni is untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan jugak untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan, n Alhamdulillah, jumlah kutipan yang kami dapat malam tu boleh dikatakan mengejutkan jugak la.. Xla beribu ribu, tapi lebih la dari jangkaan aku.. :DD

Petang tu, aku terlupa nak charge phone besaq aku tu, so xda video la noh.. Video2 suma ada ngan kawan2 aku.. Nnt aku mintak kat depa k.. yang ada cuma satu gambaq jaa.. haha.. Nak tengok dak?

Haaa... tudia, suma dok nganga.. time ni tengah nyanyi lagu penutupan.. Belaian Jiwa.

Aku rasa tu ja kot yang aku nak kongsikan untuk kali ni... Until next time k..
Assalamualaikum

Jom Tengok: Top 10 Website on Alexa Rank

Saturday, March 9, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Aku ni boleh dikatakan baru la dalam dunia blog2 ni.. Baru setahun jagung... Jagung yg hidung dok berhinguoih lagi, jerawat pun xtumbuh lagi.. Haha.. So, banyak benda la yang aku masih tatau.. So, bila aku BW ke blog2 yg mmg dah pro, bila dibincangkan isu2 blogging ni, SEO, Rank and so on aku akan blurr seketika..Bab2 edit2 template dah tau sikit2... Tapi bab2 SEO and cmna nak naikkan alexa rank and pagerank mmg aku buta sikit.. Tapi adala jugak dok usha2 and dok belajaq sikit2.. Kita mula dari bawah pun xpa aih.. Semua orang pun kena mula dari bawah kan? Harap2 nnt one day aku adalah ilmu dalam bab yg tu plak.. 

Anyway, ni aku nak share ngan hgpa, website2 yang menduduki carta Top10 dalam ranking alexa.. Tau dak alexa tu benda apa? Aku pun xreti nak explain Alexa ni cmna, tapi it seems that this thing is pretty important for a lot of bloggers out there..Basically, kita bleh check ranking blog kita and a few other things kat situ ...Eh, ni dia Top10 website on Alexa rank beserta dengan maklumat tambahan dia.







 





Itulah dia senarai website top10 alexa.. nak tau dak rank aku berapa dalam dunia ni? haha.. xpayah tau laa.. berjuta juta juta juta nuu.. haha.. tapi xpa, kita mula dari bawah.. :) Oklah, thats all aku nak kongsikan..

Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen


 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger