Sembang2:Wordless Wednesday... Xdala wordless sangat pun..(Tajuk pun dah panjang)

Wednesday, February 27, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tadi sebelum kelas Sejarah English, aku terasa nak ke tandas.. Nak p basuh muka sat.. Jadual aku padat sikit arini.. Hari rabu.. N kelas Sejarah English tu kelas last untuk hari ni.. So, mmg time tu berat kelopak mata ni naik sampai 12 kilo la.. G basuh muka.. Masa nak p basuh muka tu aku ternampak ada something dok gerak2 kat atas kubah masjid UPM ni.. aku ingatkan bendera parti politik yang melekat atas tu.. Rupa2nya tu orang.. Depa dok cat kubah masjid tu.. Meh tengok gambar depa..


Bukan selalu dapat tengok view cmni, so aku amek la gambaq.. hehe.. Aku rasa macam tertarik nak try buat sama.. Macam best ja.. Tapi mesti bahaya kan.. So, tabik sikit kat brader2 ni yang berani n sanggup tolong cat kubah masjid walaupun dalam keadaan yang merbahaya cmtu... 



Tu ja kot.. hehe.. Adios..
Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

Pengalaman: Sedikit Benda Nak Cerita :)

Saturday, February 23, 2013

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Hgpa sihat? lebih kurang 3,4 hari dah x bukak kedai ni.. Hehe...Sampai ada orang komplen kopi lambat sampai..haha.. So, nak kena bukak jgak sekejap.. Ni ada benda sikit nak share ngan hgpa ni.. Hoho..


Pertama sekali, dinding bilik aku dah ada hiasan sikit.. hehe.. Ok2, aku tau xdak benda yang nak dibanggakan pun, setakat tempek dua tiga helai kertas kat dinding, apa ke jadah nya nak habaq kat satu dunia kan? Tapi sebenaqnya, ni kira kejayaan besaq jugak dalam hidup aku ni.. haha.. tudia, dalam hidup truih.. Yela, daripada aku sem satu lagi aku dok pikiaq nak tempek something kat dinding aku ni, tapi x tertempek apa2 pun kat situ.. So bila dah berjaya menempekkan sesuatu kat situ tu, kira boleh celebrate mcm Lee Chong Wei menang emas 90karat Sukan Olimpik laa... hehe..  tapi xda nota apa pun kat situ, just kertas kosong.. Nnt plak aku buh nota2 kat situ.. Yg biru kecik tu just tulisan bahasa Thai yg bermaksud Sawat'di khrap.. :) Thanx RB tolong aku menampal.. 




Yang keduanya, harini aku baru dapat Baucar Buku 1 Malaysia.. Beratuq punyala panjang.. Tapi Alhamdulillah, lepas lebih kurang sejam setengah beratuq, dapat jugak baucer aku... Rm 250 semuanya.. Lega gila ada bantuan ni. At least dapat jugaklah bantu sikit nak beli buku.. Hgpa dah amek blum? Amekla, bleh beli buku, alat tulis, barang2 komputer, n banyak lagi.. :) 




Tadi aku p MPH kat Midvalley, sebelum sampai MPH tu, dalam pala otak ni macam2 buku nak dibeli, tapi bila sampai ja kat dalam MPH tu, tiba2 dah tatau nak beli buku apa.. Jadi jammed cmna pun tatau laa.. Last2 buku yang aku beli tadi just buku pasai kucing.. haha.. tapi aku mmg minat buku2 cmtu.. Penuh dengan gambaq jaa.. Kalau novel, mmg komproom2 aku xbaca.. 


Yang ketiganya, mak aku ada kongsi senarai ayat2 untuk diamalkan kalau hati tengah xtenang, kalau nak permudahkan urusan dan sebagainya la.. Tapi nasihat mak, kalau btul2 nak tenang, selalu2 la baca Al-quran tu.. :) antara yang mak kongsikan adalah mcm kat bawah ni..

Thanx mak.. :)


Last but not least,Pada tarikh hari ni 20 tahun yang lepas (24.2.1993), ada sorang gadis tu telah dilahirkan di muka bumi ni.. Hehe.. You know who you are.. Yelah, kome lerr.. Teman nak ucapkan selamat hari lahir kat kome tuu.. Saja nak tulis kat sini bagi kome terharu.. haha..  Papepun, may you have a great year ahead.. Semoga sentiasa didekatkan dengan kebaikan, dan dijauhkan dari segala keburukan..Selamat hari lahir sekali lagi.. 


Orait, tu jelah yang aku nak kongsikan for the time being.. Terima kasih sebab sudu (sudu? sudi!) mai jenguk kedai kopi separa nak reban aku ni.. haha..  Khap Khun Khrap (Terima Kasih).. Aku tutup kedai dulu noh.. Ok, cau cin cau!

Assalamualaikum
***************
Jemput Komen

Pengalaman: First Day Second Sem.

Monday, February 18, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Hehe.. Aritu aku cakap lepas ni dah jarang nak bertenggek kat sini kan? Tapi first day semester kedua pun dah kalut nak merepek kat sini.. Bukan apa, jari ni aku ni dari tadi dok gatai tak tentu hala.. Dah bubuh segala panadol, almetzyokoyoko, n minyak yuyi cap limau, suma dia xmau nak hilang jugak gatai tu.. Rupa-rupanya jari2 aku nak menaip kat sini haa.. Dah mula taip ni trus hilang segala gatai2 kat jari ni..


So, xbanyak yang aku nak kongsikan untuk kali ni, cuma just nak cerita kat hgpa apacer first day untuk second sem aku kat sini.. Harini bermula dengan fail sekali.. Fail? Ya, fail.. Smalam aku sampai malam pukul 10 malam kot kalau xsalah, lepas tu pejabat kolej pun dah tutup la.. So, aku xamek kunci bilik.. N pagi tadi, apa yg fail tu ialalalah aku tertinggai Spek/kacamata/lapisankacadihadapanmata aku kat dalam bilik.. N oleh sebab aku xdak kunci bilik, so aku xbleh nak amekla  Spek/kacamata/lapisankacadihadapanmata aku tu.. So, hari ni aku p ke kelas tanpa spek mata aku..

Muka aku kalau yang normal dengan spek..


Muka aku kalau xda spek mata..


Tadi ada tertidoq sikit dalam kelas.. Kelas Etnik.. tatau la awat aku ngantuk sangat..Padahai tidoq semalam awai jaa.. Masa lecturer tu dok terangkan pasai Course outline apa suma, aku ok lagi.. tapi bila dia start mengajaq Chapter 1, truih meja yang keras tu jadi empuk n lembut.. Maka, terlelap la sekejap.. Sampai la abes kelas.. hehe.. Adik2 kakak2 abang2 pokcik2 tok andak2, jgn tiru macam saya k.. 

Lepas kelas mengantuk tadi tu, Kelas Bahasa Thailand.. Kelas ni menarik, kenapa menarik? sebab td students dalam kelas tu ada cuma ada 5 orang jaa.. haha..




Tapi lecturer tu cakap sepatutnya ada 12 orang..Tapi yang mai arini 5 orang ja.. maybe ramai yang drop ataupun tukaq bahasa lain kot.. Aku rasa bahasa Thai ni macam menarik jaa.. Tapi tataula bila dah belajaq banyak2 nnt rasa cmna plak.. Harapnya ok lah.. Kelas Bahasa Thai tadi sepatutnya abes pukul 4, tapi tadi lecturer tu lepas pukui 2.30.. awai trok tuu.. Balik semayang, makan, tidoq..


So, macam tulah hari pertama aku untuk semester kedua ni...Tu saja kot aku  nak kongsikan kali ni.. Orait, aku tidoq dulu noh..

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen

Sembang2: Sayonara.. Balik UPM !

Saturday, February 16, 2013





Esok dah nak balik UPM... tatau nak kata apa perasaan aku sekarang ni..Nak kata sedih, xsedih sangat.. Nak kata seronok pun  jelas2 dah hipokrit kat situ.. haha.. So, sekarang ni perasaan aku just tengah2..Tapi bila mengenangkan yang aku balik UPM tu untuk menuntut ilmu, ada mai satu perasaan yang berkobar-kobar sikit nak melangkah masuk upm balik.. sikit jela.. hehehe.. Btw, barang pun aku xbrapa nak kemas lagi..  Yep, sekarang ni.. detik ni.. saat ni.. jam menunjukkan 2.16 pagi 17 hb februari 2013...  Tapi barang aku dok berteraboq tara tu jugak..


Baju tu lipat elok dah.. tapi malas nak buh dalam beg.. muehehe..

ni pun sama... kantoi guna sabun serai wangiii.. haha


Padahai tiket aku esok pukul 10.30 pagi.. Bas Jelita.. Awat bas tu nama Jelita? Ntahlah, sebab bini tauke bas tu mmg cantik jelita kot.. haha.. 



So, hgpa doakanlah perjalanan aku selamat2 sumanya... Xda tersesat sampai ke Singapura ataupun sampai ke Sungai Petani balik.. haha... Harapnya, sem depan aku akan lebih pokus dalam kelas n dapat result yang lebih comel.. Kepada member2 yang akan memulakan sem baru jugak, aku ucapkan selamat berjuang kembali... Ingat, belajar tu satu perjuangan, n perjuang tu mmg semestinya akan penuh dengan dugaan.. Dugaan dari bermacam-macam sudut, emosi, rohani, fizikal dan mental.. So, kita sama2 cuba perkuatkan setiap sudat tu ( sudat pun boleh.. suduuut) supaya kita dapat hadapi dugaan yang akan datang nnt.. 

 Lepas ni akan jarang sikit berjoget kat sini sebab nak fokus kat assignments and exam and bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla.. So, lepas ni mmg entry tu, sebulan sekali la baru terupdate.. hehe.. Ok, semoga semuanya baik2 saja...Thats all dari aku untuk kali ni..

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Jom Tengok : Gambaq Bulan Stail2..

Friday, February 15, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Semalam dapat result, harini alhamdulillah dpt duet.. Hehe.. Jom nak belanja sekampung...Cewwah, bajet dapat berjuta ja aku ni.. Hehe.. So, dah dapat duet tu, kenalah gunakan ditempat yang betoi.. Iaitu Tesco (Macam xda tempat len ja..) Actually Tesco tu dekat ngan rumah aku.. So, tadi aku ngan family p lah ke Tesco jap.. Nak beli barang untuk balik UPM nnt.. Lusa aku balik dah weh.. Hoooray, Yey! (Kalau dengar btoi2, akan kedengaran keseronokan yang fake disitu).. 


Btw, tadi kat Tesco tu,  masa aku jalan p ke Food Court dia, aku nampak dari jauh ada perempuan dok menyanyi atas mini stage kat situ... Sedap gak dia nyanyi.. Pastu aku p dekat2 lagi baru perasan yang nyanyi tu Rosma AF.. Suami dia Khai AF pun ada.. Depa dok promote produk Go Geus kat Tesco.. Tapi agak sedih sebab xramai sangat malam ni... Tapi still meriah la..  Esok pun depa ada lagi kat situ.. Sapa2 yang rasa nak tengok depa live, p lah singgah Tesco Extra SP.. :) 

So,  ni ada nak share gambaq ngan hgpa ni.. Gambaq2 kreatif guna bulan... Macam2 depa buat.. Menariklah jugak.. Nnt aku nak try buat gak r.. Buat bulan tu jadi macam Ka Me Ha Me Ha dalam cerita Dragon Ball tu.. hehe.. Jom Tengok.












Orait noh, sampai sini ja untuk kali ni.. Senyum2 selalu yer..


Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

Pengalaman: Result Dah Keluar..Alhamdulillah

Thursday, February 14, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Sekarang ni hati tengah berbunga bunga.. hehe.. Berbunga n bersyukur sangat2... Lega xterkata.. Dulu aku ada buat entry mintak kawan2 tolong doakan aku untuk final exam sem 1.. N malam ni dah keluar pun result exam tu... Sebenaqnya dah lama dah student2 UPM bleh cek result masing2.. Tapi xofficial la..  n aku pun dah lama dah cek.. Tapi xbrani nak kata apa2, sebab result yg tu belum official lagi... Tapi yang malam ni punya mmg yg official punya..  n lega sangat sebab yang keluar tu sama mcm yg aku tengok sebelum ni... Xdala dapat sampai 4 flat.. Tapi Alhamdulillah..




Slip periksa aku..
Slip periksa eden yang sangat fake.


Jadi aku nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih kat mak ayah aku,adik bradik, lecturer2, kat kawan2, kat someone2, kat hgpa2 suma yang ada mendoakan kejayaan aku tempoh hari.. Doa2 kalian sangat2lah aku hargai.. Mak aku selalu pesan, "Kalau hg nak something tu, kena la buat something to get it.. Kalau hg dok gatai lobang hidung, xkanlah nak suruh Si Bengkok tu mai garukan hidung hg kot, kenalah garu sendiri... (Bengkok tu nama kucing kami.. skang ni badan dia dok berkurap)"


Aku buat entry cuma nak kongsikan keseronokkan aku ngan hgpa2 yang rajin nak luangkan sikit masa untuk bukak blog aku ni.. Aku tau xramai pun yang baca ni, tapi aku hargai setiap sorang daripada hgpa.. sebab tu aku nak kongsi ngan hgpa.. Makaseh yer hgpa2.. :) Oklah, sampai sini ja kot untuk kali ni.. 

"Kalau hg nak something tu, kena la buat something to get it.. Kalau hg dok gatai lobang hidung, xkanlah nak suruh Si Bengkok tu mai garukan hidung hg kot, kena garu sendiri."

Si Bengkok.


Assalamualaikum
****************
Jemput Komen

Sembang2: Masuk Hospital :(

Monday, February 11, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tudia tajuk buat suspen bleh.. Aku xmasuk hospital pun ekcelli.. hehe..Siang tadi, mak aku ajak aku teman dia p melawat kawan dia kat Hospital Sultan Abdul Halim  Sungai Petani.. Kawan mak tu kena penyakit darah tinggi n kencing manis kalau xsilap aku.. Sebelum kena penyakit tu, dia terkena sihir buatan orang..Dia plak mmg jiran sebelang beberapa pintu ja dari rumah aku... So, aku pun setuju la nak ikut mak p melawat jiran kami tu...  

Ramai gila orang kat lobi hospital tadi...

Ni kat tingkat 8..


Seingat aku, last aku p ke Hospital tu is masa kakak aku beranak dulu.. Second last aku p hospital tu, masa aku kat MRSM.. Masa tu aku disyaki terkena H1N1.. Gila cuak time tu.. Tapi alhamdulillah lah, lepas cek2 suma ternyata bukan H1N1.. Time tu lega tatau nak kata.. 



Masa kat dalam hospital tu, aku tengok lah keadaan pesakit2 kat dalam tu..  Rasa simpati  dengan nasib depa.. Kita yang sihat walafiat dok berjoget sini sana, depa kat dalam tu dok terlentang atas katill... Abg aku pernah accident dulu, dia pernah terlentang kat hospital untuk satu tempoh yg lama gila.. N dia kata, terlentang atas katil hospital tu mmg bosan tahap dewa..  n apa yang aku tgok tadi tu mmg sedikit sebanyak bagi aku sedaq yang sangat besar nikmat sihat yang Allah bagi kat kita ni.. X boleh bayang kalau aku sendiri yang berada kat tempat depa..  


Ni bilik apa tatau.. 


Ni mesin apa tatau.. mcm komputer, tapi skrin dia kecik pot ja..


Lepas ni nak kena jaga kesihatan elok2 sikit.. Jaga kesihatan n keselamatan.. Kalau xjaga daripada sekarang takut2 nnt dah tua mcm2 penyakit yang datang... n satu lagi, janganla sia2kan nikmat sihat yang ada ni.. Sementara dok gagah perkasa n sihat walafiat ni, buatlah benda2 yang berpaedah.. Toksah dah la dok p men tikam2 mainan depan kedai apek tu haa ( ni aku habaq kat diri aku sendiri :P



Tu je kot yang aku nak kongsikan.. Just nak sembang2 sikit ngan hgpa.. Ingat tau, manfaatkan nikmat sihat yang ada ni sebaiknya..Takut menyesal plak nnt.. Btw, hgpa pernah dak masuk hospital untuk satu tempoh yg lama? Aku setakat ni, alhamdulillah blum pernah kena tahan kat wad lagi la... Harap2 xkan pernah langsung kena tahan kat wad.. Thats all for now..

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

Movie Time: The Impossible.. Sedih.. (Tgok Online)

Sunday, February 10, 2013
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Aku baru habis tengok satu movie ni.. Tajuk dia The Impossible.. Tgok online ja.. Cerita ni aku mmg dah lama teringin nak tgok.. Aku mula2 tau tentang cerita ni daripada FB, mmber aku ada post trailer cerita ni.. N masa aku tengok trailer cerita ni, aku nekad to watch this movie..  Cerita The Impossible sebenaqnya menceritakan tentang Tragedi Tsunami.. Movie ni is atru story mcm mana satu family ni, terselamat daripada Tsunami.. Starting dia happy ja.. Depa suma seronok dapat mai melancong kat Thailand.. Tapi everything changed bila ombak Tsunami datang.. Lebih menyedihkan bila ahli keluarga depa ni terpisah from each other... Yang mak hanyut dengan sorang anak lelaki depa, meanwhile Si bapak bersama dengan dua orang lagi anak lelaki depa..  Walaupun it seems impossible untuk depa bertemu balik tapi depa xputus asa.. Theypa ( They+depa) trus cari each other and finally usaha depa bertemu hasil.. Depa dapat jugak jumpa each other...  Sorilah noh, aku ter-cerita plak ending dia.. Hehe.. Tapi Xpa, nilai cerita ni is not dekat ending dia, tapi masa On the way nak ke ending tu..  Ada part2 yang terselak selak tu hgpa cepatkan lah yer... So, kalau ada yang nak tgok cerita tu bleh la klik http://mhomlink.blogspot.com/2013/02/the-impossible-2012-mhomuvee.html 




Btw, ni nak share sikit ngan hgpa reaksi aku masa tgok cerita ni... 






Lebih kurang cenggitu lah reaksi aku masa tgok cerita ni.. Mmg sedih weh... Level sedih dia lagi tinggi daripada cerita Titanic.. Yang jadi sedih tu sebab aku terbayang mcmmana la kalau benda cmtu jadi kat family aku sendiri... Cerita2 sedih tentang family ni mmg xbleh nak elak la sedih tu...Sedih dia lebih sikit, sebab family merupakan orang yang sangat dekat ngan kita.. Ye idak? 

Hgpa cubalah tgok yer cerita The Impossible ni.. Best.. Bintang untuk filem ni aku bagi,

8.5 Stars.


Thats all untuk kali ni...

Assalamualaikum..
***************
Jemput Komen.


Muhasabah: Setiap Yang Bernyawa Akan Merasai Mati

Thursday, February 7, 2013
"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya"
(Surah Ali Imran 3:185)



Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui ajal.. Hari ni, kat facebook ramai orang berkongsi tentang kisah adik Ahmad Adam Syukri yg telah pergi meninggalkan ibu dan bapanya untuk bertemu dengan Allah S.W.T.  Aku mula2 xberapa tau apa sebenaqnya cerita disebalik pemergian adik ni.. Jadi aku pun cari kat google.. Dan banyak yang aku jumpa blogger berkongsi tentang kelahiran adik adam syukri serta penderitaan yang dialami adik adam syukri dan keluarganya..


"Adik Ahmad Adam Syukri lahir pada 4/3/12 dan telah mengalami brain damaged (severe hie) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak.Beliau lahir secara vacuum dan sewaktu kelahirannya adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen.Scan MRI pd 9/3/12 menunjukkan otak adam mengalami kerosakan yg amat teruk.Adik Adam tidak pandai menelan air liur dan bergantung kepada mesin oksigen untuk terus hidup.Adik Adam juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.Mata kanan Adik Adam mengalami injured,begitu juga dengan telinga sebelah kanan yang tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinganya.Doktor pakar otak mengesahkan adam akan terlantar seumor hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal memang amat tipis.Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.



Kuatnya kasih seorang ibu...

Aku doakan keluarga arwah adik adam syukri tabah dalam menghadapi ujian Allah ni.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Percayalah, besar ganjaran yang Allah janjikan kepada mereka yang redha dan sabar dalam menghadapi ujianNya... Satu lagi berita kematian yang aku dapat hari ni datang daripada kawan aku sendiri.. Kakaknya telah pulang ke Rahmatullah pada jam 3 pagi semalam... Meninggal semasa tidur..  Banyak2 bersabar yer Pujah...

Kita yang masih hidup kenalah sentiasa ingat, kematian itu pasti akan datang.. Cuma kita xtahu bila... Apa yg mampu kita buat cumalah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah S.W.T.  Gunakan umur yang masih ada ni sebaiknya.. Sebelum sampainya masa kita pulak untuk pergi.. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua-dua mereka.. Al-Fatihah..

Assalamualaikum.

Muhasabah: Bohsia 2 dan Mesej.

Tuesday, February 5, 2013


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Surah. Al Baqarah:216)

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tadi adik aku pasang cerita Bohsia 2 kat Tv,  Aku xpernah lagi tengok cerita tu.. Bohsia 1 pun aku xtengok.. Tapi bila tgok pelakon2 dia suma mcm stail jaa.. Ada plak Zizan, haha.. Truih aku p baring depan Tv, join sekaki.. Boleh tahan gak cerita tu.. Lakonan depa mantap.. Si Sofi Jikan punya lakonan mmg gua tabik r.. Haha.. Mmg jadik dia bawak watak dia..n yang lain2 pun power.. Tapi yg paling penting, mesej yang pengarah cerita tu nak sampaikan melalui filem tu..




Hidup ni mmg tentang membuat pilihan.. Setiap semua benda yang kita buat adalah pilihan.. Even  kalau kita xnak buat pilihan pun sebenaqnya kita memilih untuk tidak membuat pilihan.. Dan hak untuk membuat pilihan tu sentiasa ada kat tangan kita.. Sebab tu Allah bagi kita akal..Supaya kita dapat pikiaq sebelum buat sesuatu keputusan.. Tapi kadang2, bila keadaan memaksa, bila situasi mendesak, kita terlupa nak fikir gunakan akal sebelum buat keputusan.. Kita pilih untuk gunakan nafsu dan emosi sebagai penyuluh jalan.. Maka, jalan yang kita pilih tu pun xberapa nak terang lah kan? Tapi pernah x kita dengaq kata-kata ni, "Sometimes the wrong choices lead us to the right places". Jadi, kesilapan kita dalam membuat pilihan awal2 tadi mungkin boleh bawak kebaikan untuk diri kita.. Mungkin Dia nak kita lihat dunia ni dari perspektif yang berbeza, Dia nak kita jadi lebih matang.. Jadi, jgn kita pikir yang orang jahat tu akan selamanya jahat dan jgn pikiaq yang kita xmungkin akan tersilap buat pilihan :)



Allah Maha Pengampun.. Semua orang buat dosa. Dosa kecik, dosa besar.. Mencuri, mengumpat, menipu, riak, takabur, fitnah dan mcm2 lagi dosa.. Jangan nak tipu kata harini aku xbuat dosa langsung.. Sedar atau tidak, kita mmg susah nak lari daripada berbuat dosa.. Tapi X bermakna kita boleh buat dosa.. Sebaiknya, kita usahakan untuk tak buat dosa..  Tapi, kalau dah terbuat tu, pintu taubat tu sentiasa terbuka luas.. Allah sentiasa bersedia untuk memaafkan kita ni.. Sejauh mana pun kita dah terlajak, selagi kita tak syirikkan Allah, Allah sentiasa maafkan kita..  Mungkin dugaan untuk kita kembali ke jalan yg betul tu lebih berliku daripada jalan yang kita dah sesat dulu tu, so kita kena kuat la.. Sentiasalah mohon sikit kekuatan daripada Allah.. 


So, tulah dua mesej penting yang aku dapat daripada cerita Bohsia 2 tu.. Allah nak bagi kita ilmu dengan mcm2 cara.. Dengan pengalaman, pemerhatian dan mcm2 lagilah.. Jadi, dalam apa jugak yang kita lakukan, ameklah sikit ilmu.. Even daripada movie sekalipun. So, tu lah sedikit sebanyak apa yang aku dapat daripada cerita tu.. Kalau ada tersilap cakap tang mana2, aku mohon ampun mohon maaf la yer.. Im just sharing a bit of my thought.. Tu saja untuk kali ni..

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen.

Sembang2: Aku Xbleh Tidoq.. Ni Nak Share Something..

Sunday, February 3, 2013


Nilah yang jadik bila aku xbleh nak lena.. Blog la mangsa aku.. Adohai.. Tadi aku baca satu artikel tentang keburukan xtidoq malam... Cuak gak aku baca keburukan2 dia.. Harap2 aku bleh ubah tabiat aku ni... Kalau ada petua, pliz la habaq mai kat aku k.. So, rasanya tu saja kot untuk kali ni.. Nanti kita sembang lagi .. 



Assalamualaikum.

**************
Jemput Komen
 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger