Tips : Bela Kucing ?

Monday, October 29, 2012



Assalamualaikum..
Salam muhibbah kwn2... Dah lama aku xshare tips kat sini.. Rasanya malam ni nak share sikit tips ngan hgpa.. Hgpa nak tips apa? habaq mai kat aku.. Tips nak ngorat Lisa Surihani? woi! tu bini org laa.. haha.. Ok2, apa kata aku share ngan hgpa tips cena nak bela kucing? Ok dak? Ilmu jugak tu weh.. Kot2 la nnt tiba2 ada ibu kucing yang xbertanggungjawab p tinggai anak dia depan rumah hgpa.. Xkan nak biaq ja kan? Bela la sampai dia besaq...So, nnt barulah hgpa akan kata " nasib baik aku baca cerita kedai kopi duluu"... Hehe... Sebelum tu eloklah kiranya aku terangkan sikit kat hgpa antara kebaikan dan faedah2 jika hgpa membela kucing..


1. Release tension..
2. Melatih kita untuk menghadapi zaman keibu-bapaan ( gatai merelaa trok!)
3.Memupuk rasa kasih syg terhadap menatang..
4.Takda la asyik dok mengadap laptop ja 24/7..
5. Dapat pahala kalau kita betoi2 jaga makan minum dia...


See! banyak kan? So, apa tunggu lagi? jom la pakat2 p kedai haiwan atau pasar tani atau restoran2 yang berdekatan untuk dapatkan seekoq kucing! Jom ramai2!! And here come the tips untuk membela kucing.. Meoww..meoww..meeeesedapeeeooww..



1.Namakan Kucing Anda.

Proses penamaan kucing ni sama penting macam nak bagi nama kat manusia yang baru lahir... Kalau xdak nama, nnt cena hgpa nak panggil dia makan? kalau jerit meooowww nnt sekali ngan kucing2 jiran  mai attack nak makan... Pastu kalau dia kencing merata, cmna hgpa nak marah dia? kena ada nama, baru lah sedap sikit nak marah.. Hehehe...(merapu teruk).. Actually nama ni penting untuk eratkan lagi hubungan antara tuan kucing ngan kucing tu... Barulah makin sayang... Bagilah nama2 yg sepatutnya diberi pada kucing.. Cntohnya, putih, kuning, oren, merah, kelabu, hitam, tompok, dan sebagainya laa.. ikut la hgpa punya citarasa.. Tapi kalau hgpa perasan la kan, org sekarang suka bagi nama artis kat kucing... Ada nama Akim, Rosyam, Hafiz, Mawi, Black Mentor and macam2 lagi lah... Xpalah, yg pnting hgpa bahagia..




2. Belikan Kucing Anda Tempat Tinggal.

Yang ni xberapa penting sangat, tapi kalau bleh beli satu kat kucing hgpa tu kira ok lah... Takut2 dia lari p dok rumah org, hgpa buh la dia dalam rumah dia.. Boleh beli sangkar ataupun kotak... Kalau kucing hgpa tu mmg jenis yang dah mmg jinak, xperlu nak beli sangkaq ataupun kotak dah.. Just biaq ja dia dok melepak dalam rumah... Cuma tgok2 la sama kot2 dia p berak celah2 kerusi ataupun p kencing kat baju hgpa yg hgpa plan nak lipat malam japg.. 




3.Bagi Makan Dan Minum Yang Cukup.

Kalau dah bela tu, jgnla lupaa plak nak bagi makan n minum... Xkan nak suruh jiran sebelah yg bagi makan kot... Paling kurang pun bagi la 5-6 ekoq ikan bilis (kedekut trok!).. Kalau time dapat gaji tu beli la kat dia whiskers ka, friskies ka, seronok la jugak dia...Bab minum plak xsusah sangat, ayaq  paip ja pun kan?.. 2 kali sehari pun dah cukup dah jadual makanan untuk kucing hgpa... Kalau sayang kat kucing tu, kenalah jaga makan minum dia k.. 



4.Belai Mereka.

Kucing ni suka dibelai.. Macam manusia jugak lah kan?(errrrrr...krrrikk2..) Kalau bleh tu, amek la dalam 10 minit untuk tepuk2 kucing hgpa tu... geletek2 sikit perut dia sampai dia gigit tangan hgpa berdarah darah... Main baling-baling bola ka apa2 laa kan... Hehe.. yg pnting ada time yg hgpa spend dengan dia... Cewwaahh.. dah macam pakar motivasi haiwan dah aku ni.. Hehe...


(Sebenaqnya apa yg aku kongsikan ni xperlu dikongsikan pun.. Suma ni boleh pakat2 pikiaq sendiri.. Tapi aku tetap nak share gak...muehehe..)


So, tu jelah perkara2 yg aku dok buat selama mana aku pernah bela kucing.. Cuma sekarang ni kan aku dok kat Universti, So susah sikit la nak bela2 menatang ni.. Yg ada pun kat rumah la... Btw, lupa plak nak habaq tips yg last sekali, kalau lah dtakdirkan kucing hgpa mati, jgn lupa tanam mayat dia k... Jgn biaq cmtu jaa.. So, tulah yg aku nak share kali ni.. Ada yg dah mula minat nak bela kucing dak? Hehe... Kalu ada, bagus! jaga leklok k... Thats about it...

Assalamualaikum

Jom Tengok: Koleksi Header Cerita Kedai Kopi.

Sunday, October 28, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Dalam dok boring2 menyiapkan assigment ni aku rasa macam nak update blog la sat.. Hehe.. tapi malaih nak update panjang berjela-jela.. Just nak kongsikan dengan hgpa koleksi2 header blog cerita kedai kopi aku ni... Bila aku tgok balik suma header2 aku ni, barulah aku sedaq betapa pulunnya aku dalam bab header2 ni... Belambak nak mampuih header aku ..start daripada bulan 6 aritu sampai sekarang ni, dah berapa banyak kali aku tukaq header.. K lah, jom aku tunjuk k..

(Btw, idea share gambaq header ni aku pinjam daripada Cik Mai Senyum)

Versi nak raya..


Versi Nak Merdeka..

Versi saja2..

Versi Fail Terukk..

Versi Pemandangan indah la kononyaa..





Second latest..




Last but not least..



Banyak kan? Sebenaqnya ada belambak lagi.. tapi aku x berjaya nak cari yg lama2 punyaa.. Ni suma yg agak2 baru laa.. Apa yang bestnya is that everytime nak tukar header tu, ada ja ilmu baru yg aku dapat.. So, x sia2 lah aku kerja dok tukaq header ni.. Banyak yg aku dapat from blog tutorial, from video kat youtube n mcam2 lagi lah sumber.. So, tu ja pun yg aku nak share-kan malam ni...

Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol..
Assalamualaikum..

Pengalaman: Kisah Nak Balik Raya Kami :)

Thursday, October 25, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Tersebutlah kisah, tiga sekawan mahu pulang ke kampung halaman.. Kampung tercinta.. Kisah ini dilakonkan 3 watak utama.. Tuan kedai kopi, Ikram(kwn tuan kedai) n nur farhana.. Selain itu, terdapat jugak watak2 sampingan seperti mak cik tukang jaga kedai runcit, cashier kedai buku 1 malaysia, Kakak jaga pintu platform, dan beberapa lagi watak sampingan..

watak2 utama.. ( the real person may look different)


Ceritanya bermula beberapa minggu sebelum tibanya tarikh 25 oktober.. Si tuan kedai kopi dan cik nur farhana meminta tolong daripada saudara ikram untuk membelikan tiket secara online (seksanya tulis bahasa baku niii)... Pastu, ikram pun tolonglah belikan tiket balik ke Sungai Petani untuk aku n farhana.. Segalanya berjalan dengan lancar..Bas Mara Liner, pukul 10.30, 25 oktober.. 




25 Oktober 2012
Aku gerak daripada Kolej 12, UPM pukul 7.30 pagi.. Naik Rapid.. Pastu Rapid tu pusingla satu Serdang ni n last2 aku sampai ke Stesen KTM Serdang lebih kurang sejam kemudian.. Pastu aku pun belilah tiket KTM ke KL Sentral.. Meanwhile, Cik Farhana tengah atas LRT dok on the way ke KL Sentral.. We plan to meet there and then go find Ikram kat Puduraya(aku selalu terbayang "budu" n berudu bila sebut puduraya..:P).. 


Lebih kurang 15 minit atas KTM, Aku pun sampailah ke KL Sentral.. N jumpalah dengan Cik Farhana kat situ... Lepas tu Cik Farhana menghulurkan seketul duit syiling plastik berwarna biru.. Aku yg berjiwa kampung n yg mmg jarang sekali jejakkan kaki ke bndar yg gah ni mmg sedikit hairan la kan? Aku pun tanya la dia, "cena nak guna menatang alah ni??".. Dia tidak membalas pertanyaan ku, dia teruskan langkahnya ke arah pintu masuk tempat menunggu LRT.. Lalu dia sentuhkan duit syiling plastik itu di atas mesin tuu.. Barulah aku tauuu, begitu rupanya gunanyaa.. ( tudiaaa! ada gaya penulis novel dak?? ada kan? kan??)... Lepas tu kami pun naik la LRT n turun kat Masjid Jamek.. Dari situ kami jalan ikut naluri jaa... Pastu bila dah rasa macam agak2 kesesatan , barulah kami tanya sorang brother ni , n dia cakap "jalan straightt jaa".. N After that , sampailah kami ke Stesen Puduraya yg sekarang dah ada nama baru..Pusat Tranformasi Bandar (if im not mistaken)




Dah sampai situ, kami pun tunggu la Ikram sampai.. A few minutes after that, we saw ikram.. Dia g amek tiket.. Pastu dia mai kat kami.. Dia bagi tiket tu kat kami.. Kami x tengok dah, terus buh dalam poket.. Pastu kami tiga pun berjejak kasih la kat situ.. Almaklumlah, dah berpuluh taun x jumpaa (puluh taun la sangatt).. kami p la Sembang2, jalan2, Tengok2 buku kat kedai buku 1 malaysia, beli keropok dan sebagainya.. 




Sedaq x sedaq dah pukul 10.20 a.m. Kami pun gerak lah ke Platform yg spatutnyaa.. Pastu akak yg jaga platform tu tnya, " nak naik bas g mana ni?".. Ikram jawab, " nak naik bas g SP".. akak tu balas balik "Bas SP baru je gerak dik".. Pastu barulah kami keluarkan tiket kami n kami tgok betul2 kat waktu perjalanan...."10.15 A.M.!!!".. Keadaan mula tegang...  Muka ikram, farhana n kakak tu agak ke-cuak-kan.. Namun aku kekal tenang (konon2 hero laa..padahai dalam hati cuak gak, xnak aku beraya kat Pudu tuu)... 


(dah hampir2 sampai klimaks cerita aku ni)

Jam 10.25 a.m..
Kami still bincang2 g ngan kakak tu, maybe ada apa2 cara yg kami boleh kami buat.. Pastu dia cakap bas yg kami dah terlepas tu akan stop kat hentian Duta at 10.45a.m...  Kami pun decide nak ligan bas tu... Ikram try call atok dia mintak tolong amek n hantar kami... 10.35, Atok Ikram x sampai lagi, kami dok risau x sempat nak ligan bas tu.. So, kami decide to just take a taxi.. 


The real taxi may be different



Driver taxi tu memecut laju macam dalam cerita K..kkk..kkk..KL Drift... N Luckily masa kami sampai  kat hentian duta tu, the bus was still there... So, kami pun naik laa... Lega n syukur yg teramat sangat sebab dapat naik bas tu maka terselamatlah kami daripada terpaksa beraya di Kota Raya Kola Lumpuq.. :) Itulah Kisah Nak Balik Raya kami bertiga.. 


Ikram           , aku,            farhana..


Macam tulah ceritanya.. Pengajarannya kat sini, tgok betul2 tiket bas yg kita dah beli.. Papepun, kami bertiga dah selamat sampai ke rumah masing2... N sedang happy ber-online dengan wifi yg lebih laju..cewah!.. So, aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha.. maaf zahir dan batin yer kwn2.. Raya dengan selamat... Jgn merempit.. ingatlah org yg tersayang... :) Anda mampu mengubahnya..

Assalamualaikum..

Sembang2: Cerita Atas Bas?

Tuesday, October 16, 2012
Assalamualaikum...

Salam muhibbah kwn2... Sepanjang aku bergelar student UPM ni (sepanjang la sangatt kan),antara aktiviti yg paling banyak aku buat ialah naik bas... Hehe..  Xpercaya? nah cuba tgok senarai aktiviti2 aku kat sini... (Selain daripada solat 5 waktu sehari semalam k)..

1.Tengok Movie, Drama, Kartun dan sebagainya...
2.Online.. Baca artikel on9, journal, akademik stuff ( im totally lying.. Its Facebook mostly).
3.Makan, minum dan process penyahtinjahan..
4.Pergi kelas..
5.Naik bas..


So, tu la antara top 5 bnda yg paling banyak aku buat.. Study? owh.. study berada di tangga ke-6.. Hehe.. lepas tu comes basuh baju...Ok2, jgnla kata aku pemalas nak study.. Aku study dengan cara aku sendiri.. ( alasannnn).. Orait2, So where were we? Oh ya.. n about the bas.. Seriusly x tipu, mmg kerap aku naik bas kat sini.. Sbabnya dah mmg xda pilihan lain.. Budak2 first sem mmg kena naik bas... Kalau nak naik kenderaan kena tunggu sem lain...  Papepun, aku suka pengalaman naik bas ni sebab macam2 jenis manusia aku boleh tgok atas bas... Macam2 gelagat.. mcm2 ragam... (Aku pun sekali la beragam-ragam dalam bas tu..)

Kalau naik waktu pagi yg suma pakat ada kelas pagi tu mmg havocc nokhorommszzz.. Bas nak g kelas tu dah rupa bas nak g konsert JASTIN BIBIAQ.. Penuh n padat dengan manusia.. Especially perempuan.. Kenapa penuh ngan perempuan?Hgpa boleh tanya lagi noh... Dah bdak2 lelaki pakat dok merempit n hisap itu ini n xnak masuk universiti.. Thats why la bas penuh ngan perempuan.. Sebab lelaki mmg xramai pun kat universiti.. haha.. Ok2, tu dah nak melalut kemana dah tu.. So, pagi yg havoccc, bas yg penuh... Pagi style pagi.. Tengah hari style tgah hari.. balik kelas style lain plak.. hehe.. So jom kita tengok sikit style pengguna2 bas yg aku dok perati ni... Jom3!!



1.Mr/Mrs Kepohh..
Mr/Mrs Kepoh hgpa xpayah nak cari dah atas bas tu.. Boleh dengaq dia dok bersembang ngan mmber kiri kanan dia... Xkira dah org nak pkiaq apa.. Bas itu dia yg punyaaa.. Haha.. Abeh segala cerita pak pandir pak kadok keluaq yg bestnya satu bas boleh dengaq si tukang penglipurlara bercerita.. But dont worry, hak bersuara itu hak semua.. So, cakap jelaa.. Boleh menceriakan lagi suasana dalam bas tuu.. Lgipun, aku pun pernah gak jadi Mr Kepoh ni..




2. Mr/Mrs Yg Duduk Sebelah Mr/Mrs Kepoh n Dia x Selesa...

Mr/Mrs ni pun senang ja nak notice.. Tgok Mr/Mrs Kepoh n tgok org kat sebelah dia.. Kdg2 Org ni kelihatan sedikit annoyed by kekepohan kawan kat sbelah dia n kdg2 dia ni akan give a fake smile yg mmg obvious.. Hehe.. Sapa pernah jd mcm ni? Bukan apa, sebenaqnya dia ni xkisah pun nak menyembang ngan kawan sebelah tu, tapi jgnla sampai satu bas boleh dengaq..




3.Mr/Mrs Lambat Ke Destinasi..
Orait, this Mr/Mrs is easy to trace... Muka yg gelisah, Kerap memandang kearah jam tangan ataupun hp, Muka mcm tension sikit, n kelihatan seoalah-olah dia marah kat driver bas for going to slow.. Pernah jadi kat hgpa dak? Gebangla kalau xpernah kan.. Aku mengaku aku pernah( pagi tadiiii).. Maybe this person tgah kalut nak ke kelas yg dia dah lambar for sejam lebih or maybe dia tgah lambat nak jumpa awek dia yg garang yg dah tunggu dia sejam lebih.. Or maybe dia just dah xtahan nak terkencing... Hehe.. So, jgn g pressure dia kalau kita terjumpa kwn2 kita yg menujukkan simptoms2 cmni k.. Just give them some space.. :)




4.Mr/Mrs Nyanyi Bersama Radio Bas..

This is totally me.. Dengaq ja lagu yg aku suka di-play kat radio bas tu mmg terkebil-kebil mulut ni nak nyanyi sekali.. Tapi bukan aku sorang ja...Ramai ja yg suka sing along kat atas bas... Normal la kan? Ada yg just terkebil-kebil.. Ada jugak yg nyanyi dengan penuh penghayatan dan konsentrasii.. Haha.. dua2 pun aku pernah buat.. 




Mr/Mrs Letih n Just Need To Sleep
Kalau yg tertidoq truih atas bas mmg jarang la nak jumpa..tapi yg letak kepala n pejam mata tu mmg pemandangan yg normal kat atas bas... Biasalah tu, walaupun xbnyak keluaqkan peluh, tapi belajaq is quite tiring.. Sebab apa? Sebab kita gunakan otak untuk pikiaq... N otak pulak gunakan apa untuk pikiaq? Tenaga.. Thats why la bila abes kelas ja rasa letih lapaq n so on.. Sebab kita dah gunakan tenaga... So, xpelik la kalau muka org yg baru abeh kelas pukui 6/7 petang tu mcam muka org yg letih tahap gila2.. (tp kdg2 tu just buat over jaa..hehe..)




Mr/Mrs Handphone 24/7
Zaman skang ni suma org dah ada smartphone kan? (kecuali org yg tgah dok taip entry ni laa..).. Hey2! aku guna Samsung Experia Torchlight k.. Ok fine, aku xda smartphone..But who needs a smartphone when you can already use your phone to help you study in the dark? Ok2, lets not focus on that k.. Yg pnting aku suka taip mesej guna fon torchlight aku ni.. Fokus2! ok, selalu jugak tngok cik adik n cik abg2 kat atas bas ni dok fokus menaip meseg ataupun main angry bird kat smartphone depa..  Aku pun kadang2 tu mesege ngan cik adik comel aku mmg xhirau dah kat sesapa..haha.. So, it is normal  la kan?



Mr/Mrs Menghargai Alam Sekitar 

Selalu x buat ceni? Aku selalu! Dah tatau nak tgok mana2 part dalam bas tu, kita tgok la pemandangan bumi yg indah ni kan? Burung2 berkicauan.. Pohon2 menghijau..(Aduhai bahasa kuuu...)..  Selalu gak aku tgok org lain buat bnda ni.. Mmg selalu sangatla kan.. Nak watpa lagi kalau dah duduk sebelah tingkaq n org yg dok kat sebelah kita tu mmg a complete stranger, tgok luar tingkap jela pilihan yg ada pun.. Hehe...


So, amacam? ada yg terkena kat batang hidung hgpa dak? haha..Aku hidung aku dah kemek dah ni.. Suma tu aku pernah buat.. But im not saying that those are wrong things to do tau.. Aku just cerita2 ja pemandangan yg aku selalu tgok kat atas bas.. :)  Ehhh2.. Lupa plak.. ada satu lagi Mr yg aku x tulis kat atas tu... Mr yg usha gelagat org2 atas bas, pastu tulis entry blog about it.. Hehe.. Aku la tuu... Orait fellas aku nak g sambung buat bnda lain plak ( Movie).. Have a good evening... 

Assalamualaikum

Gambar Kopi(11): Makhluk Laut Aneh?

Sunday, October 14, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Pagi tdi sibuk aku  selesaikan segala masalah aku ngan ptptn... Finally settle gak sumanya.. Rasa mcm hilang satu beban kat otak aku ni.. Kalu x asyik dok pikiaq pasai ptptn ja.. Ada borang xcukup ka? Kat sini nak kena sign x? Nak cop tang mana?? Malam ni nak makan apa? (ok xda kena mengena..) hehe.. So, Ptptn(CHECK!).. Sekarang nak tunggu duet masuk je lah..Insyaallah la kalau xda sebarang masalah kat peringkat satu lagi tu.. So, kali ni aku just nak share ngan hgpa beberapa gambaq menatang2 laut aneh yg baru dijumpai.. Tengoklah k.. :)












So, thats about it..
Assalamualaikum..

Jom Tengok: Alat Untuk Makan Popcorn Abad 23?

Tuesday, October 9, 2012

Assalamualaikum...
Salam muhibbah...  Sihat? alhamdulillah.. Kalau sihat boleh la aku kongsi ngan hgpa satu bnda yg agak menarik ni... (Kalau x sihat pun aku nak kongsi gak).. Apa yg aku nak kongsi ngan hgpa ni bakal menjadi pencetus kepada penciptaan gajet millenium seterusnyaa (ayat xmo kalah tu...booooooo!!).. Ok, maybe aku over sikit.. Sebenaqnya apa yg aku nak share just ni ha, ada sekumpulan org yg cipta mesin pelancar popcorn.. Nama dia The Popinator... Cara bnda ni berfungsi mudah ja, masukkan popcorn kwn2 dalam Popinator tu, pastu kalau terasa nak makan  just cakap "pop".. N then mesin tu akan tembak keluar seketul popcorn ke dalam mulut hgpa..... X percaya? nah tgok video ni..




Amacam? cool? buang masa? merapu? haha.. Ok bnda ni mmg agak sempoi tapi ada beberapa persoalan yg buat aku pikiaq "ok, aku xperlu menatang ni untuk makan popcorn"..


1.Sapa yg suka makan popcorn seketui2?? seriusly?..
2. Kalau dia tembak pastu xmasuk mulut, kan membazir tu..
3. Guna tangan dapat keberkatan, dak gitu?
4.Benda alah tu nampak macam berat ja.. malas nak angkat p merata..
5. Sekali dia tembak tu masuk bijik mata, nahaaiii..


Kan? So rasanya kita kat malaysia ni xperlu kot Popinator ni... Makan guna tangan ja, lagi syiok dan nikmat... dan yg paling penting, jimatttt... So, tu jelah yg aku nak kongsikan dengan hgpa kali ni... Cauuu dulu k...

Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol..
Assalamualaikum

Sembang2: Kucing ohh Kucingg..

Saturday, October 6, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Sapa minat kucing ? msti ramai yg minat kan? kalau xminat tu maknanya hgpa tu buta kucing la jawabnya... hehe.. just kidding.. Dalam dunia ni ada berbillion manusia.. xkan la suma manusia nak suka kucing kan? kena ada la golongan2 yg xsuka, geli, benci dan rimas dengan kucing gak kan.. barulah balance.. Tapi kali ni aku bukan nak merepek pasai peminat2 kucing versus penggeli2 kucing... Aku just nak share a few facts about cats that kita mungkin xpernah tau pun sebelum ni... So, jom la sama2 tambah ilmu pasal kucing k.. :D


meooww
  1. Setiap tahun, lebih kurang 4 juta kucing di makan di Asia..
  2. Kucing boleh buat hampir 100 bunyi yg berbeza.. *contoh: meow, miiiiiauuuu, mangauuuu etc..
  3. 40 ribu orang kena gigit ngan kucing kat Amerika setiap tahun.. *nice job cat.. :P
  4. Kucing boleh lompat setinggi 5 kali ganda tinggi dia dalam sekali loncat..* kucing+katak? kutak?
  5. Kebanyakkan kucing ada 12 helai misai kat setiap pipi...
  6. Peminat kucing di panggil Ailurophilia.. *bahasa greek tuu.. 
  7. Kucing ada 32 muscles yg kontrol pergerakkan telinga bahagian luar.. *manusia ada 6 jaa..
  8. Kucing ada 130 000 helai bulu per square inch.. 
  9. Hujung hidung kucing yg kaler pink n selalu basah tu, karakteristiknya mcm cap cari... Lain kucing, lain pattern kat hidung dia..
  10. Jantung kucing berdetup dua kali ganda lagi cepat daripada manusia..
  11. Kucing xda liang peluh macam kita ni.. peluh depa keluaq kat celah2 kuku depa..*ololo comey..
  12. Baby kucing kuat tidoq sampai mata penuh taik mata sebab hormon tumbesaran depa hanya dirembeskan masa depa tidoq.. 
  13. Kalau hgpa perasan, kucing ni depa x meoww kat kucing lain..depa meow kat manusia jaa.. kat kucing lain depa akan buat bunyi hisss, dan sebagainyaa..
otootototo

So, tulah sikit sebanyak fakta pasai kucing yg aku nak kongsikan ngan hgpa.. ada banyak lagi, nnt aku share lagi k... Btw, tadi aku ada terbaca cerita pasai sorang mmber ni yg kehilangan 34 ekor kucing sekali gus beberapa bulan yg lepas... Sumanya mati sebab kena virus parvo..(parvo ataupun parzo xsure la plak..).. Sabaq noh kawan, aku tau mmg sedih bila kehilangan kucing... Perasaan bila kucing kesayangan mati ni lebih kurang mcam hilang adik atau abg... Mmg sedih.. Aku pun pernah rasa gak, ada sekali tu kucing aku kena langgaq depan mata aku.. Kepala dia pecah mcm bijik kelapa kena henyak dengan hammer... Sedih nak mampuih... dah la masa tu aku kecik lagi.. Mmg teriak laa kan... Tapi lama2 lepas tu dah dapat kucing lain, aku ok balik..biasalah budak2.. So, aku harap kwn kita yg kematian 34 ekoq kucing tu banyak2 sabaq la noh... Nnt hg cari kucing lain k... So, tu sajalah yg aku nak sembang2 kali ni... nnt sambung sembang lagi..

Nilah kucing2 yg 34 ekoq yg mati tu.. :(


 Sayangi Kucing Anda
Assalamualaikum

Sembang2 Dan Pengalaman: 3R untuk Mak Ayah Tanda Kematangan?

Wednesday, October 3, 2012

Assalamualaikum..
Salam muhibbah… Hgpa tau dak, karangan paling senang nak karang ialah karangan yg tajuk dia " pengorbanan ibu bapa anda terhadap diri anda". Kenapa aku cakap senang? Sebab kita boleh ceritakan mcm2 pengorbanan yang mak n ayah kita dah bagi kat kita.. N kita boleh luahkan jugak betapa kita sayang kat depa.. Walaupun nak cakap depan2 kita akan blush2 malu tapi mau la kan.. Tapi sebenarnya, dalam hati setiap anak tu pasti akan ada satu rasa yang memaksa diri kita ni untuk luahkan rasa sayang kat mak ayah kita.. Cumanya yg jadi penghalang is that kita segan, msti awkward sikit la kan, tetiba plak g cakap kat mak " makkk! cek sayang makkk! ".. Mak msti pikiaq, " anak aku ni msti nak suruh beli I-pad ni..".. haha.. tapi aku kompom, hati depa akan sronok tahap super sayyan yang ke 29 n akan berbunga-bunga macam jepun dilanda bunga melur kembang semangkuk bila dengaq kita cakap cmtu… Ucapan "mak abah, cek sayang mak abah" tu merupakan hadiah yg lebih mahal daripada kereta Preve..  So, aku cabar hgpa yg baca entry aku kali ni.. Japgi trus call mak abah ataupun update status facebook cakap " mak abah, saya sayang mak abah". Aku cabar hgpa n aku cabar diri aku sendiri.. Ok, cukup mukadimah tara tu.. 

Sebenaqnya aku nak sembang n aku nak kongsikan dengan hgpa mcm mana reaksi n respon n rasa kita terhadap mak ayah memberi reflection tentang kematangan kita.. Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang xamek tau tapi kalau hgpa nilai n recall balik ,perangai kita n respon kita terhadap apa yg mak ayah buat untuk kita tu boleh hgpa jadikan satu penanda aras tentang kematangan diri kita…


Masa kecik2.. mmg kompom la x matang kan?



Masa kecik2 dulu kita mmg xmatang langsung kan? Nak mainan mintak.. kalau xdapat, nanges.. Nak susu mintak… kalau xdapat, kencingg luar pampers… Nak berak, nanges.. kalau mak xbasuh, berak lagi banyak2.. Kita berperangai mcm tu sebab kita mmg xboleh nak pikiaq n xboleh nak nilai lagi benda2 yang ada kat sekeliling kita… Kita x kisah apa yg mak ayah korban kan untuk bagi kita kesenangan.. Masa tu kita xkenal pun lagi erti matang tu…



Masa dah besar sikit.. sekolah rendah.. jadi ketua kelas 4 arked…

Time ni kita dah boleh pikir sikit.. tapi apa yg kita pikirkan tu blum boleh dipakai lagi.. hehe.. Masa ni org lain beli beyblade, kita pun mintak kat mak duet nak beli beyblade.. tapi bila mak xbagi, kita x nanges tapi kita geram marah dan hentak2 kaki ngada2… Tapi xnanges dah.. dah reti malu sikit… Cuma lepas tu mmg seminggu xguna duet yg mak abah bagi p skolah sebab nak kumpul beli beblade… Kita x endahkan kenapa mak xbagi kita beli mainan2 tu suma… Kita x pikir yg main beyblade tu sia2.. kita cuma nak apa yg org lain ada… Kita xpikir perasan mak kita yg jugak tringin nak pakai apa yg wanita lain pakai tapi dia xmampu nak beli sebb nak beli baju raya anak2.. Kita masih belum matang…


Masa  dah lagi besar.. Dah masuk sekolah menengah.. yg lelaki nak usha gadis2 comels jaa.. Yg gadis nak mekap tebal2 sebab tau ada lelaki nak usha.. 


Time ni aku rasa graf kematangan tu turun mendadak sikit… Time ni jiwa asyik nak memberontak.. Mak abah suruh study, nak tgok tv… Mak abah suruh tgok tv, nak study.. Suma yg mak abah cakap suma salah… Time ni la kalau mak abah xbagi keluar ngan kawan p tgok muvie tu, tarik muka sampai mulut bertemu bulu ketiak.. Muncung jaa kan.. Masa ni entah kenapa, otak mmg xpikir pasal  bnda2 yang jauh… Pikir seronok yang sementara jaa .. Sebab tu la, time ni kalau silap pilih kawan.. Merananya bukan sehari dua.. tapi lama. Tapi ada ja remaja2 yg mmg matang at this stage… Maybe sebab didikan keadaan sekeliling kot… Tapi aku, aku mmg xmatang langsung masa form 1,2,3 dulu.. Merapu trok!


Masuk alam universiti… time ni dah ada gf/bf… dah janji nak sehidup semati(*jgn seberak, sekencing dah la yer..)…



Masa masuk alam university ni, aku percaya yang ramai yg bertemu dengan a great turning point of life… Sesapa yg fail SPM,  msti xnak rasa dah fail sekali lagi .. Baru nak teringat n terpikir kata2 mak abah dulu yg suruh kita study rajin…. tegah kita dari beli beyblade… larang kita tgok wayang…. Baru nak terfikir balik suma tu n level kematangan tu naik lagi beberapa  level… Time ni jugakla baru kita betul2 sedar yg susahnya mak abah nak cari duet untuk kita blajar n jadi manusia…Barulah kita blajar makan meggi dengan niat yg betul yakni untuk menjimatkan duet supaya x menyusahkan mak ayah… Time ni baru kita perasan yang mak ngan abah kita ni makin berusia makin sensitif jiwa depa… Sebab tu kita selalu contact depa.. Kita tau, depa sangat rindu kat kita…  Time ni jugak la kita pasang niat yg betul2 ikhlas untuk bayar balik segala benda yg mak ayah dah korbankan untuk kita.. walaupun kita tau mustahil tapi kita dah nampak sikit jalan cmna kita nak bayar pgorbanan mak abah sikit demi sedikit… Time ni kita dah begitu hampir untuk jadi insan yang matang….

Sampai sini ja aku boleh tulis sebab aku xtau apa yg org yg dah bekerja rasa… sebab aku baru berada kat alam universiti nii.. Apa yg aku ceritakan ni sebenarnya penilaian aku terhadap apa yg aku sendiri rasa.. kalau hgpa ada yg langsung xsama dengan apa yg aku alami, aku mintak maaf na.. Aku x generalizekan pun bnda ni wajib suma org rasa… Ada org yang matang awal,ada yg matang lambat… Sumanya bergantung pada lukisan hidup masing2 la kan… So, setuju x dengan hypothesis aku yg mula2 td? "3R:rasa, reaksi dan respon kita terhadap ibu bapa kita boleh jadi cermin untuk menentukan tahap kematangan kita".. So masing2 boleh nilailah diri masing2… xperlu org lain nak judge ataupun nak judge org lain.. Judge diri sendiri ja k?  So, thats all yg aku nak kongsikan….btw, jgn lupa aku cabar tadi tu.. "mak abah, saya sayang mak abah".. :)

#entry aku ni saja nak peringat hgpa kat mak ayah hgpa sbenaqnya.. tu motif utama.. So, what r you waiting for? Get your phone, call them!

Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kolestroll
Assalamualaikum..

Pengalaman: Cerita Kedai Kopi Masuk REMAJA?

Tuesday, October 2, 2012

Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Hgpa busy dak? aku ada benda nak kongsi ngan hgpa ni.. Tapi kalau dah sempat bukak blog aku ni kompom2 la hgpa x busy kan? hehe.. So, bacalah sampai habes noh.. Beberapa hari yg lepas ada sorang kawan blogger aku ni tulis sumting kat chat box aku kat tepi tu atas kanan tu... Dia tulis ni..


"jumpe blod(blog) anda kat REMAJA."

Aku pun curious la kan, REMAJA? Majalah tu ka? mmg aku pernah hantar email kat karangkraf about blog ni, tapi tataula plak depa btoi2 nak publish.. Pastu aku pun klik la dekat nama "AHS" tu untuk dapatkan kepastian n cerita yang selanjutnya la kan.. tapi xdapat.. nama tu di-link-kan ke benda lain.. So, aku pun bertambah penasaran la.. Nak beli majalah tatau kat mana ada juai.. Tapi aku nak jugak kepastian.. Hehe.. (PULUN TERUK TU!).. Aku try cari Majalah REMAJA edisi terbaru kat area2 UPM ni tapi xjumpa.. Kebetulan plak arini ada member aku nak kuar ke The Mines(Shopping mall) yg kompom2 ada kedai majalah2 suma ni kan, so aku pun kirim la kat kawan aku si Khairul tu... Hehe.. Dia pun tolongla belikan majalah REMAJA edisi Oktober.. Pastu dia bagi la kat aku.. Pastu aku pun bukak la dengan perlahan n dengan machonya (PEMBUHUNG! PADAHAI SELAK PAGE MACAM NAK TERKOYAK MAJALAH NI)..  n aku jumpa ni..

Gambar template blog cerita kedai kopi yang lama

Kita zoom sikit lagi k :)
.
.
.
.
.
.

Terselit kat celah2 tu..


Antara blog2 yg di-review by REMAJA untuk edisi oktober are,


Suma ketiga-tiga blog tu hebat2 belaka , follower depa suma beribu-ribu.. aku ni baru berapa kerat jaa followers..Rasa mcm taugeh yg terselit dicelah-celah Mee Goreng Special jaaa.. haha..  Papepun banyak2 terima kasih la kat KarangKraf yg dah pilih blog Cerita Kedai Kopi aku ni untuk direview bagi edisi bulan 10 ni... makaseh jugak kat Khairul yg tolong belikan Majalah ni.. n makaseh kat hgpa yg sudi baca entry ni sampai habeh.. So, tulah yg aku nak kongsi ngan hgpa untuk entry kali ni.. Makaseh sekali lagi.. 


Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kolestrolll
Assalamualaikum



 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger